Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H

Salam kepada semua pembaca sekelian,

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya (hakikat itu)" -As Saba': 28

Sempena Maulidur Rasul 1431H, marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan ini dengan menguatkan iltizam kita menegak apa yang disarankan disepanjang tahun dan hayat kehidupan kita.

Tidak cukup kita dengan menunjukkan rasa gembira kita dengan bercuti semata-mata apatah lagi mengadakan perarakan dan berslogan semata-mata sempena Maulidur Rasul ini. Apakah dengan adanya perarakan yang dibuat setiap kali kedatangan Maulidur Rasul ini sudah cukup untuk dijadikan asas serta mendakwa sudah memenuhi tuntutan agama yang syumul ini?

Seharusnya gembirakanlah Rasulullah dengan kita semua mengamalkan dan menegakkan apa yang disarankan oleh Baginda serta meninggalkan segala apa yang dilarangnya.

Semoga kita semua akan turut bersama untuk menghayati apa yang telah dihasratkan dan semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW akan terus berkekalan disamping memperolehi cinta yang terbaik daripada Allah SWT hendaknya, Insya Allah.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijriah ini.

No comments: