Tuesday, September 29, 2009

'MERAKYATKAN PERBANDARAN'!



Antara gambar-gambar 'bunting' 'Merakyatkan Pembandaran' yang diambil sekitar Bandar Dungun

Ketika beraya di Dungun baru-baru ini, saya terpegun apabila melihat banner-banner serta billboard yang dipasang sempena ulang tahun Setahun Majlis Perbandaran Dungun (MPD) diseluruh bandar Dungun itu mempopularkan istilah yang dipakai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor iaitu 'Merakyatkan...'. Cuma perbezaannya kalau di Selangor lebih popular dengan istilah 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' tetapi di 'bunting', 'banner' dan 'billboard' yang dipasangkan oleh MPD pula ialah 'Merakyatkan Perbandaran"!.

Apakah yang boleh difahami dengan istilah 'Merakyatkan Perbandaran' sebagaimana yang dipopularkan oleh MPD tersebut? Kalau di Selangor istilah 'Merakyatkan Ekonomi' yang dicetuskan oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim lebih menumpukan kepada penjanaan eknomi untuk keperluan dan kegunaan rakyat negeri Selangor dan ini jelas lebih adil untuk rakyat merasai kembali keuntungan yang dijanakan oleh negeri tersebut kepada rakyat negeri itu.

Tetapi didalam konteks MPD pula apakah yang boleh diertikan sebagai 'Merakyatkan Perbandaran'? Sebagaimana yang dikatakan oleh penduduk Dungun ketika ditanya istilah tersebut digunakan;

"Apakah keuntungan atau penjanaan perbandaran Dungun kini benar-benar telah dinikmati oleh penduduk di Dungun itu? Bukan untuk menidakkan apa yang telah dilakukan oleh MPD terhadap pembangunan kepada penduduk didaerah tersebut tetapi apakah ertinya sekiranya penduduk terus dibebani kesan kenaikan cukai pintu, cukai tanah serta 'cost of living' penduduk di Dungun jelas semakin naik sejak dulu lagi apatah lagi selepas kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Dungun (MDD) ke Majlis Perbandaran Dungun (MPD)", itu tidak termasuk lagi kos barangan di daerah ini yang semakin meningkat dan keadaan infrastuktur di daerah ini seperti longkang dan sistem peparitan tetap tidak berubah sebagaimana dahulu juga!

Semua orang sedia maklum, Dungun dan Kemaman adalah di antara dua daerah yang kadar kehidupannya cukup tinggi di Terengganu! Kesan penemuan minyak diperairan kedua-dua daerah ini adalah antara penyebabnya. Sebab itulah bila istilah "merakyatkan Perbandaran' ini diguna pakai sebagai slogan MPD sempena ulangtahun setahun MPD, saya rasa ianya kurang bertepatan sekali.

Dengan kata lain lagi, Istilah 'Merakyatkan' ini semakin popular digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno didalam meraihkan simpati rakyat agar sokongan terhadap Umno dan BN terus meningkat! Kali pertama istilah ini digunakan di Terengganu ialah ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu awal tahun ini bagi menarik perhatian pengundi ketika itu. Meminjam istilah yang dipopularkan oleh Pakatan Rakyat ini juga turut menular apabila istilah 'Makkal Shakti' yang digunakan oleh masyarakat India didalam Pakatan Rakyat sejak PRU 12 2008 lalu turut juga kini digunakan oleh BN apabila menyokong sekumpulan kaum India untuk menubuhkan parti baru untuk kaum India pada 10 Oktober ini dengan nama Parti Makkal Shakti!

Dimanakah yang dikatakan sebagai 'Merakyatkan Perbandaran'? Kalau benar ianya dilakukan untuk rakyat, kenapa tidak diberi banyak peluang untuk rakyat nikmati bersama? Seharusnya istilah sebegitu usah mudah diperdagangkan demi kepentingan politik Umno dan BN. Sebagai pentadbir untuk kepentingan umum dan rakyat, seharusnya ianya dikongsikan bersama untuk rakyat juga....

No comments: