Thursday, July 1, 2010

INILAH 'CARA' AKHBAR KITA DI MALAYSIA

Siri menyerang negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) melalui media masa dan cetak berulang lagi dan akan terus berulang dengan ‘sesi terbarunya’ telah bermula pada akhir bulan Jun 2010 ini.

Buktinya apabila Utusan Malaysia (UM) sejak 2-3 hari lepas sehinggalah ke hari ini berterusan menyerang akan keputusan yang meletakkan Azmin sebagai Pengerusi MPN Keadilan Selangor manakala TS Khalid Ibrahim pula hanyalah memegang jawatan Menteri Besar Selangor sahaja.

Didalam Utusan Malaysia (UM) semalam 30 Jun 2010 telah memperuntukan dua muka surat penuh di halaman muka 4 dan 5 akhbar tersebut semata-mata untuk menyerang dan memburukkan kepimpinan PR Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim.

Kita sebagai rakyat bawahan melihat agenda yang berterusan oleh akhbar UM ini menyerang habis-habisan adalah sebagai usaha dan jalan terakhir UMNO / BN untuk kembali menambat hati rakyat didalam menawan negeri Selangor didalam PRU yang ke 13 akan datang.

Amatlah memalukan kita apabila akhbar-akhbar utama Negara kita telah dijadikan sebagai senjata utama untuk menyerang parti-parti pembangkang yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

Cuba kita bandingkan dengan akhbar-akhbar di UK, Amerika Syarikat, Jepun serta jiran tertangga kita di Indonesia, Thailand atau pun Filipina jelas memperlihatkan bagaimana akhbar-akhbar dinegara mereka menjadi sebagai satu ‘suara rakyat’ untuk memperbetulkan sebarang kecacatan dan kesilapan yang dimainkan oleh pemerintah.

Perbandingan kita dengan mereka ibaratkan langit dan bumi kerana kita tahu akhbar-akhbar yang berada di negara kita ini tidak mampu untuk menyaingi rakan-rakan mereka disana didalam menyampaikan cerita dan maklumat.

Melihat era akhbar di zaman ini amatlah berbeza ketika UM terutamanya beroperasi dizaman era Kolonial British yang secara jelas pada ketika itu menjadi alat untuk meniup semangat orang-orang Melayu terutamanya untuk bangkit memperjuangkan hak-hak kita agar diberikan tempat yang sepatutnya.

Dengan memaparkan ‘Tagline’ atau cogankata yang hebat di muka hadapan akhbar sebagai pengenalan akhbar masing-masing, sepatutnya sudah boleh menggambarkan kepada rakyat bahawa inilah matlamat dan halatuju akhbar yang bakal dipersembahkan maklumat dan berita yang sesuai untuk rakyat mengetahuinya dan bukannya dengan bertindak sebagai lidah rasmi kepada parti-parti politik seperti UMNO dan Barisan Nasional yang terus memainkan isu-isu yang panas dan jijik untuk dijadikan bahan kempen mereka!

Tetapi itulah hakikatnya yang harus kita terima dan akui akan haluan sebenar akhbar-akhbar ini dinegara kita…

No comments: