Wednesday, August 12, 2009
LARANGAN SPR : HARAPAN KITA JANGAN DI ULANGI 'TAKTIK' 2004!
TIADA TOLAK ANSUR LAGI! Itulah kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)melalui Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam apabila bertegas akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan merayu undi dan membuka pondok-pondok panas ketika pilihanraya kecil (PRK) Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini.
Menurut beliau lagi SPR merancang akan bersama dengan pihak Polis bagi menguatkuasakan larangan ini selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sebagaimana yang tersiar di Utusan Malaysia 11 Ogos 2009, langkah ini diambil bagi mengelak beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku terutama ketika hari pengundian akan berlaku lagi sebagaimana di Dun Manek Urai, Kelantan tempohari.
"Kita telah buat keputusan bahawa di Permatang Pasir ini tidak akan ada lagi barung-barung parti politik, tiada lagi meja semakan dan kita akan pastikan tiada lagi merayu dan meraih undi pada hari pengundian" -Kenyataan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof.
Saya secara peribadinya amat-amat menyokong dengan segala tindakan yang difikirkan baik demi keselamatan pengundi yang telah diputuskan oleh pihak SPR cuma kadang -kadang saya risau perkara yang sebaik ini tidak akan dapat dijalankan sebagaimana yang dirancangkan sebelum ini. Kenapa saya berkata sedemikian?
Mengimbas kembali beberapa langkah dan perancangan yang baik yang dikemukakan oleh SPR melalui Pengerusinya yang terdahulu ketika suasana sudah hampir dengan Pilihan Raya Umum ke 11 2004 dahulu, Antara langkah yang masih diingati yang diperkenalkan ketika itu salah satunya ialah menguatkuasakan larangan merayu undi dan membuka pondok-pondok panas tidak melebihi kawasan lingkungan 100 meter sebelum memasuki pintu utama ke pusat mengundi!
Saya masih ingat lagi bagaimana ketika itu parti-parti yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) seperti Parti Keadilan Nasional (Tahun 2004 PKR tidak disahkan lagi selepas pergabungan antara Keadilan dan PRM oleh ROS ), PAS dan DAP secara 'jujurnya' dan 'lurus bendulnya' mengikuti segala arahan dan akur dengan perintah yang dikeluarkan dengan mendirikan pondok panas di luar lingkungan 100 meter serta perayu undi pula begitu 'baik' sekali mengadakan kempen merayu undi jauh dari lingkungan 100 meter itu.
Tetapi bagaimana pula dengan parti-parti dari BN? Haram kejadah langsung tidak mengendahkan larangan tersebut dengan mendirikan pondok-pondok panas yang betul2 bersebelahan dengan pintu masuk utama ke pusat-pusat mengundi. Malahan juga saya masih ingat lagi bagaimana ketika itu Puteri Umno yang baru di perkenalkan sebagai sayap baru Umno telah bertindak lebih agresif dengan menjadi perayu undi yang benar-benar 'berkesan' dengan 'menempel' muka-muka mereka betul-betul dihadapan pintu masuk tempat mengundi ketika itu untuk memujuk rayu para pengundi agar menyokong BN!
Mana dia penguatkuasaan ketika itu? Mana dia arahan-arahan yang mesti diikuti agar para parti yang bertanding mestilah mendirikan pondok-pondok panas serta kempen merayu undi mesti dibuat diluar lingkungan 100 meter daripada pintu masuk tempat mengundi? Mana dia SPR dan pihak penguatkuasaan yang terlibat untuk bertindak terhadap BN terutamanya Umno?
Sebab itu saya katakan secara peribadi diawal tadi, penguatkuasaan berbagai larangan atau tindakan demi kebaikan pengundi terutamanya di hari pembuangan undi saya tidak teragak-agak untuk menyokong dengan tindakan SPR dan pihak penguatkuasaan yang lain, tetapi masalahnya adakah penguatkuasaan ini hanyalah dimestikan untuk di akur oleh parti-parti daripada Pakatan Rakyat (PR) sahaja sempena PRK Dun Permatang pasir ini nanti?
Saya tidak mahu SPR hanyalah dijadikan kuda tunggangan oleh Barisan Nasional demi mencari kemenangan di Dun Permatang Pasir apatah lagi didalam keadaan sekarang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Ini dibuktikan apabila PR sendiri telah meraihkan kemenangan demi kemenangan di PRK bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti serta Manek Urai, dengan kata lain kesemua keenam-enam PRK di Semenanjung Malaysia telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat!
Untuk SPR, satu sahaja harapan kita semua...jangan di ulangi lagi segala 'taktik'yang telah digunakan ketika Pilihan Raya Umum ke 11 tahun 2004 dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment