Wednesday, October 8, 2008

GAMBAR BESAR DENGAN PATUNG BESAR

Salam semua,

Kadang-kadang rasa nak gelak pun ada dengan kebodohan dan kebengongan beberapa pemimpin kerajaan masa kini. Sebagaimana didalam artikel yang disiarkan didalam Utusan Malaysia 2,3 hari ini macam-macam komen telah dibuat oleh beberapa pemimpin yang tak tahu hujung pangkal samada komen tersebut betul atau pun tidak dengan faktanya.

Isu gambar besar sdr Anwar Ibrahim (DSAI) yang telah dinaikkan oleh para penduduk dan penyokong DSAI di Batu Caves telah dijadikan isu bagai nak rak besarnya oleh sesetengah pemimpin ini. Berbagai komen yang diberikan dari semua ahli komponen BN yang mempunyai berbagai hujah kononnya sebagaimana kenyataan sebagai berhala bentuk baru yang mengagungkan DSAI lah, kononnya lagi kos sebanyak RM5000 yang dihabiskan untuk menaikkan gambar tersebut membazir lah kerana menghabiskan wang rakyat, sesetengahnya pula mengaitkan isu mendewa-dewakan pemimpin lah.....

Itu cerita versi mereka yang sentiasa kehabisan modal lebih-lebih lagi disaat 3 komponen utama BN ini dalam persiapan permilihan parti masing-masing...UMNO, MCA dan MIC....
harus diingat, itu hanyalah gambar besar...apa bezanya selama ini apabila BN menaikkan gambar gergasi Tun Mahathir suatu ketika dahulu? apakah bezanya ketika PRU 12 baru-baru ini apabila gambar-gambar serta banner yang memaparkan 2 tokoh utama daripada UMNO dan BN sebagai bahan kempen mereka ketika PRU yang lalu? Bukankah itu perkara biasa? Bagaimana pula tentang Tugu Negara serta replika Bapa Malaysia yang suatu ketika dahulu jelas diadakan didalam bentuk tubuh badan itu sendiri? Apakah hukumnya terutama pada Tugu negara yang jelas telah diistiharkan haram untuk diraikan terutamanya pada setiap hari pahlawan pada setiap tahun? itu hukum yang jelas yang telah diputuskan oleh Majlis fatwa Kebangsaan. kenapa masih lagi diadakan upacara tersebut? Secara jelasnya gambar besar DSAI sekadar diletak bersama sempena hari raya eidul fitri yang lalu dan telah dibenarkan dinaik kan oleh Majlis Perbandaran Selayang....

Begitu juga apabila dikaitkan pembaziran RM 5000 tersebut boleh disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan serta susah....apakah faktor kegawatan ekonomi masa kini hendak dikaitkan dengan wang sejumlah itu? untuk pengetahuan kos menaikkan gambar besar itu adalah kutipan yang telah diusahakan oleh penyokong-penyokong PKR di Selayang bagi menunjukkan komitmen serta kesatuan ahli kepada pemimpin, salah ke?

Begitu juga apabila dikatakan gambar tersebut menunjukkan tindakan PKR mendewa-dewakan DSAI! Masya Allah....tidak sampai ketahap itu tujuan kita....apakah yang dikatakan sebagai mendewa-dewakan pemimpin? Tidak pernah mendewakan pemimpin sebagaimana yang dilakukan didalam parti2 komponen BN seperti sebelum ini....sanggup cium tangan, sanggup YES apa sahaja, sanggup membenarkan matlamat yang jelas bertentangan sebagaimana prinsip Machivelli "matlamat menghalalkan cara"!

Itulah hakikat kini...apabila sampai masa nanti, kita akan dapat melihat kebenarannya....

2 comments:

Unknown said...

hai rizang...selamat berblogging.
dalam kes ni aku nak nyatakan satu perkara. memanglah gambar tersebut bukanlah berhala dalam ertikata berhala sprt berhala dewa murugan hindu berdekatan ngan gambar bro nuar tu, tapi pendekatan mendirikan gambar sebesarbesarnya berdekatan dengang berhala dewa hindu tu betul-betul menyakitkan hati aku. dah takde cara lainke nak melahirkan kasih sayang yang tak berbelah bagi pkr terhadap bro nuar ni. dah la tu buat pulak dikawasan puak puak penyembah berhala. watpe tak buat kat ppauh ke.harap-harap lepas ni suruh-suruhlah diorang buang gambar tu.. derissxsmsd90

Suhaimi Said said...

Islam Hadhari melarang gambar besar kerana tak dikesamping dgn gambar Pak Lah/Najib.

Ingat tak cerita ikan di kolam. Pak Abu dapat seekor ikan di kolam, saiznya besar 5 kilo.

Pak Abu gi ke rumah Tok Imam, tanya Tok Imam, samada ikan itu halal dimakan atau tidak sebaba kolam Pak Abu itu bercantum dengan kolam Pak Man, dan ikan itu entah Pak Abu atau Pak Man punya. Pak Man memang sudah halalkan.

Tok Imam dengan muka berkerut terus berkata HARAM.

Pak Abu pun turun dari rumah Tok Imam untuk balik kerumahnya.

Sambil itu dia merungut: INGATKAN HALA, NAK BERI BELAH KEPALA PD TOK IMAM.

Mendengar itu Tok Imam berkata: TUNGGU SAT, NAK TENGOK KITAB LEBIH MUKTABAR.

OH, OH, ADA DALAM KITAB NI RUPANYA. KALAU BERKONGSI KOLAM SEUMPAMA ITU, HUKUMNYA HALAL!

Makan Pak Abu berilah kerat belah kepada pada Tok Imam.

Analoginya: BUAT GAMBAR BESAR PAK LAH,NAJIB - tak adalah hukum halal haram dan bazir tak membazirnya.