Friday, September 4, 2009

SERAHKAN KEMBALI MANDAT KEPADA RAKYAT TERENGGANU SEGERA!


Didalam akhbar Star hari ini (termasuk akhbar-akhbar lain milik pemerintah negara ini) memaparkan kenyataan Timbalan Presiden Umno yang juga TPM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut politik Umno Terengganu selaku kerajaan yang memerintah negeri tersebut.

Ketika hadir diprogram majlis berbuka puasa di Hulu Terengganu semalam beliau dengan tegasnya melahirkan kesediaan untuk menjernihkan hubungan akibat pertembungan 'geng-geng' mantan MB Idris Jusuh dengan 'geng-geng' MB Terengganu kini Ahmad Said sejak PRU 12 2008 lalu.

Bagi beliau kemelut yang berlaku ini hanyalah bersifat peribadi diantara dua kumpulan ini dan secara jelasnya menyatakan kini sudah ada kesan yang positif kearah penyelesaian pertelingkahan kumpulan ini yang lebih berkepentingan peribadi ini! Sebagaimana kenyataan Muhyiddin yang dipetik daripada STAR;

"I am willing to address any lingering issue to resolve the year-long political impasse in the state and I will offer my service as mediator after Hari Raya or any time I am asked to intervene"

"So far, Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussien) as the state Umno liaison committee chairman and his deputy (Datuk Ahmad Said) have embarked on remedial measures to improves ties (between the the factions) and we see there is some progress in improving the relationship between the feuding camps"


Sebenarnya keretakan Umno Terengganu bukanlah perkara baru dan ini bukanlah yang pertama berlaku kepada mana-mana negeri yang dikuasai oleh Umno / BN. Apabila menjadikan amanah untuk memerintah negeri sebagai harta peribadi dan menjadikan jawatan serta kuasa yang ada sebagai batu loncatan untuk mencapai sesuatu impian tanpa mengambil kira hak rakyat yang sepatutnya maka inilah jadinya apabila sesuatu yang telah ada dalam gapaian tiba-tiba dilucutkan!

Sebagaimana didalam artikel saya terdahulu apabila menyentuh soal keretakan dalaman Umno Terengganu, perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi didalam keadaan setiap masa Umno dan BN yang diketuai oleh 'jaguh-jaguh pencacai propaganda' mereka termasuklah Ketua Pemuda Umno mereka sendiri Khairy Jamaluddin yang sentiasa berkokok di merata tempat apabila sentiasa menjaja dan menceritakan keadaan 'huru-haranya' hubungan parti-parti didalam Pakatan Rakyat yang memerintah dibeberapa negeri selepas PRU 12 lalu.

Nah! kini siapa yang huru-hara? Kita semua tahu 'kehuru-haraan' didalam Umno selaku pemerintah bukan setakat berlaku di Terengganu sahaja malahan juga di Perlis akibat ketidakpuasan hati mantan MB terdahulu Shahidan Kassim apabila tidak dapat menjadi MB semula. Kes ini sama sebenarnya dengan apa yang berlaku di Terengganu.

Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh pemerintah ini sentiasa menutup cerita-cerita pergolakan ini demi 'survival' politik Umno / BN itu sendiri dan sentiasa mendedahkan cerita-cerita palsu tentang masalah dalaman yang berlaku pada negeri-negri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Hakikatnya walaupun cuba untuk ditutup agar rakyat tidak dapat menghidu perkara ini tetapi mereka lupa dengan zaman yang serba moden kini apatah lagi di era ICT sekarang, rakyat lebih cepat mendapatkan maklumat yang sebenar dan 99% antaranya adalah benar dengan maklumat sentiasa terkini seperti pergolakan yang berlaku di Terengganu hari ini.

Masih kita ingat bagaimana diawal cerita pergolakan dalam Terengganu ini berlaku, beberapa pemimpin Umno menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku. Ini dibuktikan ketika di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu awal tahun tempohari, antara penyebab utama kekalahan BN di kerusi tradisi mereka ini ialah kerana tiadanya persefahaman diantara dua 'geng-geng penyangak rakyat' ini.

Kadang-kadang kita merasa hairan dengan sikap pemimpin-pemimpin atau wakil-wakil rakyat Umno / BN ini yang tiada langsung rasa hormat dan boleh menerima hakikat akan kehilangan jawatan sebagaimana yang berlaku kepada Idris Jusoh, Rosol Wahid, Din Adam dan beberapa kerat jenis 'natang' ini.(Perlu dingat ayat 'natang' ini di popularkan oleh geng ini ketika mengadakan tunjuk perasaan didepan Istana Terengganu dahulu dengan membawa banner "Kami Nak Deris Natang"!)

Sebagai pemimpin kita seharusnya ada sikap toleransi, tawadduk serta zuhud dan saling menghormati dan percaya antara satu sama lain apatah lagi mereka ini semua berada didalam bahtera yang sama pula? Sebab itu saya amat yakin semua pertelingkahan ini hanyalah semata-mata kerana kepentingan perut, tembolok, kocek dan kantung diri masing-masing belaka! Bohong saya katakan kalau ada diantara mereka ini 'meratibkan' ayat "kami berjuang untuk ini semua demi kepentingan rakyat negeri Terengganu belaka"!

Muhyiddin perlu mengakui, kehadirannya semalam di Terengganu dipandang sepi oleh mereka yang menentang kepimpinan MB Ahmad Said. Ini dibuktikan apabila dilaporkan hanya 4 sahaja dari anggota Exco dan hanya 1 sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang Hulu Terengganu malam tadi. Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri malam tadi. Begitu juga Idris Jusoh, mantan MB dan juga mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Apa lagi yang boleh diharapkan kepada kepimpinan Kerajaan Umno / BN Terengganu sekarang? Cara manakah lagi yang boleh diharapkan untuk menjernihkan kembali serta merapatkan semula saf-saf kepimpinan negeri ini? Jangan jadikan rakyat negeri Terengganu sebagai mangsanya. Rakyat tidak bersalah, Umno dan pimpinan mereka lah sebenar-benarnya bersalah didalam hal ini. Hanya menyerahkan kembali mandat pemerintahan kepada rakyat itu sajalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan pertembungan dua 'geng' ini.

Saya sebagai anak jati kelahiran DUN Kijal, Kemaman Terengganu untuk akhirnya menyarankan agar, bubarkan sahaja DUN Terengganu dan adakan semula Pilihanraya peringkat negeri, Insya Allah akan terhurailah segala masalah yang timbul ini. Apa yang pasti tidak mungkin lagi rakyat Terengganu melakukan kesilapan dengan memilih pemerintah seperti sekarang ini...

1 comment:

cucu awang teh said...

bro, tak sabar nak balik ngundi nih...