Sunday, October 11, 2009

BAGAN PINANG : KEAJAIBAN PASTI BERLAKU KALI INI!

Bersama Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Hatta pada malam terakhir kempen berlatarbelakangkan banner terbaru yang dinaikan oleh AMK Pahang.


Satu coretan peribadi sepanjang berada di DUN Bagan Pinang, N.Sembilan sejak selepas hari pernamaan calon sehinggalah ke hari ini hari mengundi 11 Oktober 2009. Berbagai kisah yang boleh digarapkan di ruangan ini kali ini.

Bermula dengan kekecohan Dato Azeez (Ketua Putera Umno merangkap Ahli MT Umno) yang kononnya diserang oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di satu sudut laluan pejalan kaki yang 'dikuasai' oleh penyokong PR. Kecoh sehari dua diseluruh negara akan kecederaan Azeez tersebut yang seterusnya keluar di akhbar-akhbar utama negara bagaimana Azeez dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seterusnya kelihatan lehernya yang 'dibekungkan' kerana kecederaan serius akibat 'serangan serta dipukul' oleh penyokong PR itu.

Selepas itu timbul pula isu 'anak tempatan dan orang luar' diantara kedua calon. Kalau tidak kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) di dun ini, pasti tidak ramai yang mengetahui rupanya Mantan MB N.Sembilan, Tan Sri Isa Samad rupanya anak kelahiran Sungai Udang Melaka dan bukannya kelahiran Negeri Sembilan! Mungkin kerana kesilapan akhbar utama mereka yang mengeluarkan tempat kelahiran sebenar Isa ini menyebabkan penyokong-penyokong Umno terus terkedu kerana yang pasti Zulkifli calon Pas tersebut adalah sebenar-benarnya anak jati Negeri Sembilan walaupun bukan kelahiran di Bagan Pinang pun (Zulkifli asal Lenggeng N.Sembilan. Apa-apa pun Isa usah mengaku 'engko orang Nogori yang Asli yo'....

Beberapa hari selepas itu suasana kian panas...penyokong BN terutamanya mula 'bermain kasar' dengan menjadikan isu "engko orang luar, jangan datang kat nogori kami ni nak tunjuk hebat! ini bukan Kelantan, ini bukan Terengganu dan yang pasti Negeri Sembilan ni negeri BN perintah, engko boleh poie kat nogori Pakatan Rakyat engko....". Akibatnya, beberapa pondok serta markas kepunyaan Pas telah tidak dibenarkan didirikan dengan alasan ini taman perumahan kami tidak boleh diganggu gugat oleh orang luar...

Tiga malam terakhir lagi panas rupanya, disamping 'All-Out' jentera dan ceramah PR terutamanya yang melibatkan pimpinan utama PR seperti DSAI, Hj Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang , Lim Guan Eng, Sivarasa Rasiah di kesemua tempat di Bagan Pinang tersebut, dikhabarkan ada juga provokasi berbentuk serangan yang telah mendatangkan kecederaan terhadap penjaga Markas Induk Pas akibat perselisihan faham diantara penyokong BN dan juga PR khususnya Pas.

Malam terakhir lagi hebat dan genting, DSAI dan rakan-rakan pimpinan telah berceramah di beberapa lokasi utama seperti di Markas Utama DAP di Batu 9, Markas PKR di Batu 4, serta di Si Rusa dan juga sekitar kawasan dan pesisiran pantai Teluk Kemang telah dikerahkan berceramah. Hampir kesemua lokasi yang diadakan ceramah oleh pimpinan utama PR telah diberi sambutan yang hebat serta yang pasti jalan 'Jem' sejauh 5-6 kilometer akibat sambutan ceramah tersebut.

Disamping itu juga di malam terakhir ini beberapa poster, bunting dan banner yang 'terkini' turut dinaikkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bagi untuk tatapan serta pengetahuan umum pengundi di Bagan Pinang nanti.

Hari ini, tepat jam 0800 Pagi, kesemua pusat mengundi dibuka untuk menerima kehadiran para pengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana yang termaktub didalam sistem negara demokrasi berparlimen ini.

Lokasi pertama ke pusat pembuangan undi di Teluk Kemang agak begitu perlahan gara-gara cuaca disebelah pagi yang hujan sekejap-sekejap tetapi berhenti sejam kemudian. Namun begitu gelagat para perayu serta penyokong BN yang 'begitu desperate' untuk menang telah menimbulkan ketegangan dengan berbagai kata nista yang dihamburkan kepada PR.

Seterusnya ke pusat pembuangan undi seterusnya dan berakhir di pusat pembuangan undi yang terakhir iaitu di Si Rusa yang begitu gegak gempita terutama ketika kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke situ apabila disambut dengan sorakan 'rasuah' 'rasuah' oleh penyokong PR. Antara Menteri Kabinet lain yang turut hadir ialah Dato Seri Ismail Sabri Yaakob serta Dato Saziman Mansor, manakala YB Dr Hatta Ramli serta YB Dr Shafie Abu Bakar (Adun Bangi) turut hadir bagi pihak Pas.

Secara peribadi, sudah dua kali telahan saya setakat ini tepat ketika bersama-sama di PRK iaitu di Parlimen Kuala Terengganu (KT) dan Bukit Gantang (BG). Apa yang saya ingin katakan disini ialah, pengalaman di malam terakhir di dua tempat (KT & BG) tersebut dengan melihat gelagat orang-orang muda serta masyarakat kini terhadap PR yang begitu mendapat tempat dihati mereka dan disambut umpama permadani merah menerima kehadiran PR ini. Apatah lagi kelihatan budak-budak muda yang tanpa takut dan segan silu tanpa upah mengibar-gibarkan bendera di kenderaan masing-masing sambil menyembunyikan hon kenderaan...nah sekali lagi keadaan tersebut berlaku malam tadi di Bagan Pinang selepas jam 1200 malam tadi!

Begitu juga suasana hari mengundi sejak awal pagi lagi tanpa disuruh dan dipaksa, hampir kesemua pusat pembuangan undi telah 'dipenuhi dan dikuasai' oleh pemuda-pemuda, wanita serta para penyokong dan perayu Pakatan Rakyat bagi tujuan merayu undi. Penyokong PR tanpa takut dan segan silu begitu berani mengambil tempat dan 'berhadapan' dengan perayu Puteri, Wanita dan Pemuda Umno yang jelas kelihatan tidak bermaya....Sekali lagi saya katakan, suasana yang berlaku ini ketika di KT dan BG turut berlaku juga hari ini di Bagan Pinang....Bersamalah kita berdoa, agar PR memenangi PRK ini dan biarkan Umno / BN terus hidup didalam kekalutan dan kegusaran akibat kekalahan demi kekalahan....

No comments: