Thursday, February 11, 2010

BIAR SATU DIKORBANKAN, JANGAN KESEMUANYA TERKORBAN!

Usah kita mudah melatah atau melayan sebarang kecaman ataupun teguran yang dihamburkan oleh mana-mana pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terhadap sesama kita juga kerana itu tidak menggambarkan pendirian parti yang diwakilinya!

Apa yang diperkatakan diatas ini adalah merupakan sokongan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Sen Giaw ketika mengulas kenyataan dan kecaman yang berterusan dikeluarkan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kulim-Bandar Baharu, Kedah ketika diwawancara didalam program Soal Jawab TV3 baru-baru ini.

Satu persoalan yang berlegar diminda kita ialah, apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh YB Zulkifli Nordin ini? Ketika kita semua selaku pendokong yang telah bersama sejak awal penubuhan KeADILan ini sejak 1999 begitu gembira dengan kelahiran Pakatan Rakyat (walaupun tidak diikat secara rasmi sebagai gabungan seumpama BN) entah bagaimana tiba-tiba adanya suara-suara sumbang yang terus melagukan berbagai perkara yang memungkin boleh menjadi senjata Umno dan BN ‘menembak’ kita secara berterusan!

Apakah tidak ada cara lain atau medium alternatif yang sebaiknya bagi YB Zulkifli ini daripada berterusan menyerang parti kawan yang bersama membentuk suatu pakatan seperti PR? Apakah yang dimahukan oleh YB Zulkifli sebenarnya?

Diawal tahun 2010 lalu (sekitar bulan Januari), YB Shah Alam Khalid Samad pernah dikecamnya gara-gara diperkatakan tidak ‘memahami’ apa yang dikatakan didalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian. Isu serangan serta kecaman yang berterusan ini sampai ke kemuncaknya apabila YB Zulkifli Nordin ini membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad.

Hari ini YB Zulkifli secara terus menerus mengambil sikap menyerang kepada rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat. Apa makna pakatan pada pandangan YB Zulkifli pun kita tak tahu? Adakah pakatan ini berfungsi hanya sekadar ketika menghadapi BN sahaja tetapi tidak ‘menjuruskan’ sebagai sebuah pakatan didalam menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang memerintah?

Sebab itu apabila Dr Tan mengatakan usah dilayan dengan kecaman yang dkeluarkan oleh Yb Zulkifli ini kerana ianya bukan sebagai pendirian rasmi PKR dan tiada guna untuk kita melayan semua ini lagi pun ianya bukan sesuatu yang penting untuk dilayan!

“Manusia memang banyak mulut, kita pun tak boleh nak tutup mulut orang yang mengata kita. Bagi saya ini (kecaman Zulkifli) tidak penting sama sekali” – YB Dr Tan Sen Giaw

Apakah yang dimaksudkan oleh YB Zulkifli apabila secara berterusan mengatakan pakatan rakyat sebenarnya tidak serasi didalam konteks hubungan diantara parti-parti seperti PKR-PAS dan juga DAP?

Dr Tan juga menegaskan keserasian antara parti-parti ini bukan sekadar didalam hubungan sebagai suatu gagasan politik sahaja malahan turut merangkumi kerjasama diluar politik seperti mana kita melihat bagaimana Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim sendiri dibela oleh YB Karpal Singh yang juga merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan terutamanya didalam perbicaraan terbaru kes dakwaan liwat DSAI-Saiful.

Sebenarnya kalau kita melihat apa yang diperkatakan oleh Dr Tan tadi jelas keserasian antara parti-parti didalam PR semakin baik dan cemerlang walaupun baru dua tahun di satukan sebagai sebuah pakatan untuk menubuhkan kerajaan di beberapa negeri selepas PRU 12.

Saya juga berani mengatakan usaha yang di gerakkan oleh PR ini turut mencemaskan BN khususnya Umno sendiri kerana ‘kehebatan’ pemimpin-pemimpin daripada PR sendiri yang bersungguh-sungguh memainkan peranan masing-masing!

Disamping Dr Tan yang menyanggah kecaman YB Zulkifli ini, Dato Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden Pas turut senada dengan Dr Tan apabila menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Zulkifli itu tidak perlu dilayan!

Apa yang penting kini katanya; “Kita daripada PAS-PKR dan DAP akan terus memperkuatkan hubungan serta kerjasama sebagai suatu pakatan yang kuat didalam usaha memenangi pilihanraya umum yang akan datang disamping menghadapi serangan musuh politik yang sama iaitu Umno dan BN”

Secara jelas dan terang, kita seharusnya terus bersatu dan memperkuatkan hubungan sesama komponen didalam Pakatan Rakyat dan bukannya berterusan mencari salah atau menyerang antara kita sedangkan musuh politik yang sama adalah hanya Barisan Nasional yang merangkumi 14 parti komponen didalamnya.

Oleh itu kenapa perlu ada pemimpin-pemimpin begini yang masih suka ‘mengadu’ masalah mereka didada akhbar atau media milik pemerintah yang akhirnya semua cerita-cerita dalaman tersebut akan menjadi ‘peluru’ buat musuh kita khususnya Umno?

Bagi saya sudah tiba masanya pimpinan parti-parti didalam Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin masing-masing agar perlu menjaga disiplin diantara satu sama lain dan bukannya bertindak secara sembrono tanpa mengambil kira kepntingan bersama sebagai sebuah gabungan antara parti.

Ingat! Jangan kita rugi 'keseluruhan' kerana masih menyimpan seseorang yang jelas boleh menghuru-harakan parti daripada kita hanya rugi kepada seorang sahaja. Parti perlu berani mengambil risiko samada mengenakan tindakan disiplin yang cukup keras dengan menggantung seseorang ataupun memecat terus kahlian seseorang itu!

5 comments:

Hazil said...

Saudara,
Saya mohon saudara selami majoriti org Melayu yg senyap skrg. Saya yakin mereka mula kembali kepada UMNO, kerana apa yg dilakukan oleh PAS dan PKR seolah2 mengaminkan semua tindakan DAP. Tindakan keterlaluan DAP ini sebaenarnya 'back fire' kpd PR. Tidakkah PR rugi jika ini berlaku?

Tindakan DAP yg disokong oleh penyokong2nya kdgkala amat menjelikkan.Kepincangan mereka di 'down play' kan spt isu babi di Kedah dulu sehingga PAS dan PKR kini saya lihat telah buta. Org@ Melayu dan Islam yg kebanyakannya mengambil pendirian membisu, memerhatikan perkara ini.

Saya masih menyokong PAS dan menyokong kedua-dua pendirian yg bercanggah itu.
Tetapi saudara juga perlu faham , dlm konteks masyarakat Malaysia yg amat berbeza dgn bangsa Arab, serta beratnya penerimaan org Islam Malaysia terhadap penggunaan kalimah itu juga perlu diambil kira. Umat Islam amat resah dgn gejala Kristianisasi spt kes yg dikendalikan oleh YB Zul dan dia lebih memahami implikasinya.

Dan walaupun kita boleh menganggap bahawa tindakan membakar gereja dilakukan oleh pihak yg mengambil kesempatan, ia telah mendedahkan Malaysia kpd situasi yg lebih mudarat. Biarpun masjid dibakar, ia tidak dipandang sbg isu serius, seserius isu pembakaran gereja. Itu yg banyak dilontarkan dlm pelbagai laman blog. Sebagai Melayu dan Islam saya yakin ramai org Melayu spt saya tdk suka dgn keadaan ini.

Nmpknya amat senang Islam diperkotak katikkan spt seruan diambil tindakan oleh DAP dan penyokong meraka terhadap ADUN PAS dan PKR. Tetapi apabila berdepan dgn isu babi di Kedah misalnya, kenapa tiada tindakan? Jgn lah kita merasakan terlalu inferior sehingga kita melutut kpd org lain yg membela babi dan arak di masa yg sama menekan rakan dlm parti sendiri.

Berbalik kpd isu Allah, keberanian the Herald seolah mencabar pendirian org Melayu dan setelah melihat perkembangan yg berlaku ini, tidakkah wajar kita menghalang perkataan Allah digunkan oleh mereka utk mengelakkan kemudaratan yg lbh bahaya.

Walaupun saya juga bersetuju dgn analisis Dr. Zulkifli dari PAS ttg isu kalimah Allah, umat Islam di Malaysia perlu dididik sblm kita dpt mencapai ke tahap itu.

Jgn terperanjat nanti, sekiranya sokongan terhadap PAS dan PKR merosot dan akhirnya kita menang sorak, kampungb tergadai

Hazil said...

Juga ingin saya menambah ttg hujah mereka akan justifikasi penggunaan kalimah Allah tersebut di Malasyia..Sekiranya ia mengambilkira bahasa yg mudah difahami oleh penganut setenpat agama Kristian, mengapa pula kita tidak blh mengatakan bahawa, di atas faktor lokaliti juga, agama Kristian di Malaysia tidak wujud sblm kedatangan islam di Melaka. Ia hanya wujud setelah agama tersebut diSEBARkan oleh pendakwah2 Kristian. Oleh itu justifikasi, pro kalimah Allah amat meragukan bg penganut Islam dan membawa konotasi PENYEBARAN semata-mata. Lihat shj pendirian bercanggah mereka terhadap PPSMI.

I think every sane Muslim, have this feeling that something is not right regarding this issue, but cannot really point it out. If you think harder abt the consequence,you will agree with me. Why long before this issue, kalimah Allah dipermainkan oleh musuh Islam dgn meletakkan nama Allah di tapak kasut dan lain2 tmpt hina. Dan tindakan mereka memperjuangkan isu ini, pada saya, merupakan change of strategy semata2 to undermine Islam and muslims in malaysia.

Hazil said...

Tidakkah firman Allah yg berbunyi lbh kurang begini'sesungguhnya musuh2 Allah tidak pernah akan reda dgn kamu (islam)...Pernahkah kita terfikir mengapa dlm solat sunat spt tahjjud dan istikaharah, disunatkan membaca surah al-kafirun dan dan al-ikhlas. HablumminaAllah dan Hablumminnas...adalah kuncinya

smg kita dpt mengambil iktibar dan dpt berdepan dgn musuh2 Allah dgn tenang dan kekuatan, Amin..

CgLyn said...

Sangat bersetuju dengan komen Hazil yang panjang lebar. Apa yang dilakukan oleh YB Zul adalah untuk memberi kepercayaan kepada orang Melayu bahawa PKR adalah alternatif UMNO dalam penyelesaian masalah orang Melayu. Masyarakat perlu diajar untuk berterus-terang dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu meskipun menongkah arus, berlawanan dengan adab berjemaah, atau memberi peluru kepada musuh. PKR harus menyelesaikan masalah perbalahan dengan DAP sebelum keadaan bertambah buruk.

INGENIUR said...

Sdr Hazil & Cglin,

Terima kasih dengan pandangan terbuka Sdr berdua. Saya lontarkan artikel ini atas nama politik. Mungkin saya tidak nampak hujah sdr yang lebih tertumpu kepada faktor melayu dan islam itu sendiri. Saya bersetuju dengan pandangan Sdr dan jauh sekali menyanggahnya cuma satu perkara yg saya ingin katakan disini ialah, atas semangat setiakawan berdasarkan politik soal ketelusan dan 'saling menjaga sesama kita' didalam komponen amatlah perlu dijaga malahan terus dipupuk agar berterusan bertambah baik dan cemerlang daripada BN!
akhir kata utk Sdr berdua, saya ucapkan berbanyak terima kasih dgn hujah dan pandangan sdr yg begitu berguna kepada saya.
Saya akui, pandangan artikel ini terlalu umum dan lebih kepada pandangan politik semata-mata. TQ