Monday, June 21, 2010

LESEN JUDI BOLA SEPAK: APABILA MENTERI BUKAN ISLAM SOKONG DITANGGUH DULU!

Amat malang sekiranya seseorang yang berjawatan Menteri, seorang Melayu beragama Islam pula dan sentiasa bercakap bahawa parti UMNO adalah pejuang tulen yang mempertahankan ketuanan Melayu dan berterusan juga memperkatakan bahawa pimpinan UMNO jugalah yang bermati-matian mempertahankan syiar Islam di negara ini TETAPI di dalam masa yang sama Menteri ini jugalah yang beria-ria menyatakan sokongan lesen judi untuk Piala Dunia 2010 ini!

Apa lagi yang kita boleh harapkan kepada UMNO sebenarnya? Kalau perkara yang melibatkan soal hukum hakam agama pun boleh dipersendakan sedemikian rupa, apa lagi perkara lain yang mampu UMNO lakukan?

Didalam Mingguan Malaysia semalam 20 Jun 2010, m/s 3 dengan jelas Dato Seri Nazri Aziz selaku Menteri di JPM mengatakan;

“Langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan PERJUDIAN kepada Ascott Sport Sdn Bhd adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam dinegara ini. Ini kerana kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam”

Saya pun ada ramai kawan yang bukan beragama Islam samada daripada kalangan kaum Cina, India, Serani, Siam, Iban, Kadazan, Orang Asal serta berbagai keturunan lagi tetapi apabila di utarakan kepada mereka kenyataan Nazri Aziz ini tentang apa yang dikatakan sebagai ‘cara hidup sesetengah masyarakat bukan Islam’ ini, masing-masing menunjukkan reaksi yang memeranjatkan dan menafikan sekeras-kerasnya!

Terus terang katakan disini, Nazri Aziz telah melukakan hati masyarakat bukan Islam dinegara ini dengan kenyataan tersebut semata-mata untuk mempertahankan seorang tauke judi agar perjudian secara ‘halal’ dan berlesen ini boleh dijalankan dengan kadar segera tanpa wujudnya halangan.

Judi samada di lesenkan atau pun tidak di lesenkan, dimainkan secara sah atau pun tidak sah, yang pastinya ia HARAM tetap HARAM! Sebagaimana kata seorang lagi Menteri di JPM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga semalam;

“Keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amatlah di alu-alukan. Baginya pemberian lesen judi itu hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan. Kegiatan judi juga boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial. Selama ini juga GERAKAN mengambil pendirian menentang aktiviti promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia

Nah wahai Nazri! Lihatlah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Menteri bukan Islam yang terus terang menentang perjudian ini. Presiden Parti GERAKAN sendiri memberitahu bahawa sebagai penganut agama-agama terhebat di dunia, sudah pasti kita perlu menentang sebarang perjudian!

Tetapi tidak kepada Nazri Aziz seorang pemimpin daripada parti UMNO yang selalu mendakwa mempertahankan Islam ini. Sebenarnya amat malang dan kita berasa sedaih kerana mempunyai seorang Menteri yang beragama Islam tetapi dilihat turut bersama untuk mempertahan serta mempromosikan judi bolasepak ini.

Apa lagi sebenarnya yang boleh diharapkan oleh kita semua terhadap UMNO? Sama-samalah kita berfikir kewajarannya ini….

1 comment:

anak bukit besi said...

Ni Menteri yg hamprak tuan! Inilah duri2 dlm UMNO yg menanahkan tubuh badan UMNO itu sendiri...namun masih ada nur dihati ppejuang2 UMNO yg lain...percayalah.