Kadang kala hendak dikatakan 'cetek ilmunya' pun boleh, hendak dikatakan 'buta pengetahuan' pun boleh, hendak dikatakan 'sengaja buat-buat tidak tahu' pun boleh juga.
Membaca laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 01 Julai 2010 di muka surat 4, jelas menunjukkan betapa naifnya pengetahuan seorang yang bertaraf Profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) ini apabila beliau dengan beraninya mengandaikan ‘Khalid kini turun pangkat jadi pegawai tadbir’ sahaja berdasarkan beberapa alasan yang diberinya.
Itulah lontaran yang dibuat oleh seorang Dekan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Profesor Dato Dr Ramlah Adam yang merumuskan TS Khalid Ibrahim kini dilihat sebagai tidak lagi mempunyai kuasa mutlak kerana segala keputusan pentadbirannya dikatakan pasti akan mendapat campur tangan Azmin dan Anwar?
Dr Ramlah juga mengandaikan kini Khalid seolah-olah telah turun pangkat menjadi orang nombor tiga sahaja dibelakang Anwar dan Azmin walaupun menjadi Menteri Besar Selangor.
Kita melihatkan andaian yang dibuat oleh seorang bertaraf Profesor ini agak begitu keterlaluan kerana seolah-olah pengasingan tugas antara menjadi Menteri Besar dengan menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri bagi sesuatu parti politik sebagai suatu perkara yang pelik yang di fikirkannya hanya terjadi di negeri pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja?
Apakah Dr Ramlah tidak tahu atau pun sengaja tidak mahu mengambil tahu bahawa negeri Terengganu kini juga di pimpin oleh seorang Menteri Besar yang didalam masa yang sama juga tidak memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu!
Tahu atau tidak sehingga kini, Menteri Besar Terengganu ialah Dato Ahmad Said manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ialah Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Apakah apabila ianya berlaku di negeri pimpinan UMNO dan Barisan Nasional maka perkara ini hanya didiamkan sahaja seolah-oleh rakyat di negara ini buta tidak mengetahui kebenarannya?
Justeru itu, adakah dilihat kedudukan MB Terengganu, Dato Ahmad Said juga telah turun pangkat dan dilihat hanya sebagai pegawai tadbir semata-mata selepas Hishamuddin dan Najib Tun Razak? Wujudkah campur tangan mereka berdua terhadap Ahmad Said didalam menentukan hala tuju kerajaan negeri Terengganu selama ini?
Oleh yang demikian, sebagai seorang yang bertaraf professor dan menjawat jawatan yang kanan lagi di universiti tersebut haruslah bijak dan perlu mengambil tahu didalam semua hal sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menampakkan kelemahan dirinya sendiri.
Akhirnya yang paling penting, jadilah seorang Profesor yang boleh berfikir dengan bebas serta mampu memberi pendapat yang bernas tanpa dipengaruhi oleh sentimen parti tertentu yang mana akhirnya pasti kredibiliti dirinya akan di pandang tinggi sebagaimana yang dimiliki oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Profesor (E) Khor Kay Kim dan beberapa yang lain lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau ada ulama upahan ,tentu ada professor upahan. semua nak jaga periuk nasi beb
Post a Comment