Wednesday, February 11, 2009

POLITIK UMNO: SUARA KEADILAN & HARAKAH JADI MANGSA?

Ketua Penerangan PKR, YB Sdr Tian Chua

YB Dato Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS

Ketua Pengarang Harakah, Sdr Lutfi Othman

Salam pada semua,

Kesan pergolakan politik masa kini di negeri Perak sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada akhbar-akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan juga Harakah keluaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Semalaysia (PAS).

Hakikat yang perlu kita akui kini ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajui oleh Menterinya YB Dato Seri Syed Hamid Albar telah mula melakukan siri rampasan akhbar-akhbar alternatif. Tindakan merampas 2 akhbar alternatif utama di negara ini telah mula menimbulkan persoalan kepada rakyat terutamanya didalam menyampaikan info-info terbaru yang lebih tepat dan menyakini rakyat berbanding akhbar-akhbar utama yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut sumber, pihak KDN bertindak merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor. Ini kerana bagi menutup peluang para pembaca terutamanya yang berada dinegeri berhampiran Perak dari terus mendapatkan maklumat secara tepat apatah lagi dengan tahap kesedaran politik dinegeri-negEri ini semakin meningkat sejak PRU 12 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak. Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan."

Beliau juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Manakala Ketua pengarang Harakah Sdr Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, "pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.
Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam yang diedarkan mulai hujung minggu lepas dicetak."


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan, Sdr Tian Chua, Menteri KDN Dato Sri Syed Hamid Albar telah memberi jaminan tidak akan menganggu terbitan rasmi Parti KeADILan Rakyat, selagi Suara Keadilan mempunyai permit tetapi apa yang berlaku kini amat berbeza dengan jaminan yang dierikan oleh menteri berkenaa.

“Saya telah berkali bertemu Menteri (Dalam Negeri) dan beliau (Syed Hamid) sendiri telah memberi jaminan, selagi beliau menjadi menteri, beliau mengambil sikap yang agak liberal untuk membenarkan pelbagai suara. Serta kita tidak akan hadapi ganguan dari KDN,”

Sementara menurut Setiausaha Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, " operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu."

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

Tetapi masalahnya kenapa begitu tergesa-gesa tindakan daripada pihak KDN ini? Apakah ini satu arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan agar rampasan kedua-dua akhbar ini perlu dilakukan segera didalam minggu ini kerana ingin menutup peluang daripada rakyat mendapatkan maklumat terkini terutamanya di Perak serta perkembangan 2 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau yang bakal diadakan nanti?

Kenapa pihak pemerintah yang diterajui oleh Umno begitu takut kepada rakyat daripada menerima maklumat terbaru? Apakah dengan sekatan serta rampasan akhbar ini maka rakyat tidak lagi mampu berfikir serta memperolehi maklumat dari sumber yang lain?

Fikirkanlah sendiri...sesungguhnya tindakan sebegini lagi menyerlahkan sikap Umno dan Barisan Nasional didalam menghadapi protes rakyat....

2 comments:

hardy (Adi) said...

Salam. Koi baca sokmo blog awok. Jangan tulis panjang sangat. Koi malas baca panjang-panjang. Tapi baguslah awok tulis tu. Sbb banyak maklumat baru yang kita dapat. Insya allah kita jumpa di sana.

roshah said...

Biar la pemerintah nk lakukan apa-apa...mereka ni di pilih oleh rakyat kan...mereka ada kuasa..org yg berkuasa vs org yg x der kuasa...sape menang??
gua cadangkan agar pemerintah tahan ISA mereka ini:
1.Haji Hadi
2.Nik Aziz
3.Harun Din
4.Anwar Ibrahim
5. Lim Kit Siang
6. Saudara Nizar
Kalau boleh tahan mereka serentak atas mengancam keselamatan negara.Pastu Tarik semula permit harakah,suara keadilan,siasah.Bekukan semua permit ceramah.Dah buat semua tu,Bubar Parlimen...baru tau...huhuhu