Sunday, April 19, 2009
INILAH PRINSIP PAKATAN RAKYAT
Gambar-gambar Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ketika ceramah yang diadakan di Pejabat Perhubungan PKR yang baru di Kuantan, Pahang malam tadi.
Salam pada semua,
"Kita dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak kira samada PKR, PAS atau DAP pun, sekiranya kita dapat tahu ada atau terdengar desas desus mana-mana wakil rakyat daripada PR yang tidak mampu untuk menjalankan tugas, tidak mampu untuk memikul tanggungjawab dengan berbagai sebab ataupun terlibat dengan salah laku samada melibatkan rasuah, salahlaku seks atau berbagai lagi, kita akan nasihatkan mereka untuk mengosongkan kerusi dan menyerah mandat itu kembali kepada rakyat agar pilihanraya kecil dapat dibuat semula dengan kadar segera!
Ini adalah untuk membuktikan kepada mereka yang diluar sana terutamanya Umno dan BN yang kita ini amat serius didalam soal moral demi untuk rakyat. Kita tidak mahu kerana seorang dua yang melakukan hal ini maka semua wakil rakyat lain apatah lagi daripada PR akan terpalit sama dan dituduh sebagai pelindung kepada mereka yang terlibat.
Kita juga mahu agar individu yang dikaitkan ini dapat membersihkan diri mereka ini dengan kadar segera tanpa diganggu oleh unsur-unsur yang lain. Dengan cara ini sahaja kita akan lebih dihormati oleh rakyat. Kita tidak mahu wujudnya ruang yang kosong akibat ketidakmampuan wakil-wakil rakyat ini untuk menyokong dasar atau tugasanya sebagai wakil rakyat terganggu sebagaimana yang telah dipersetujui bersama sebelum ini didalam PR."
Inilah antara sedutan kata-kata DSAI kita berceramah di majlis perasmian Pejabat Perhubungan PKR Pahang yang baru di Kuantan, Pahang. Ceramah ini yang berlangsung didalam keadaan hujan lebat pada peringkat awalnya telah dihadiri oleh 10,000 orang yang hadir untuk mendapatkan maklumat terkini dan bermutu dengan mendengar ceramah isu-isu terkini secara terus dari mulut DSAI.
Ketegasan yang dibuat oleh DSAI ini jelas kepada umum bahawa inilah prinsip PR serta kita sebenarnya juga mahu menguasai pemerintahan negara ini dengan telus dan jujur serta mengimplementasikannya untuk semua. Kita mahu rakyat dibela dan dihormati tanpa sebarang penyisihan dan bukan sebagaimana yang diamalkan oleh Umno serta BN kini.
Rakyat seharusnya yakin dan membuka minda ini agar jangan dilagukan lagi secara berterusan oleh Umno dan BN yang kononnya hanya mereka (BN) yang mempu menguruskan perjalanan negara ini!
Apakah kita perlu memberi peluang kepada Umno untuk tempoh 50 tahun lagi bagi menguruskan negara kita? kesan yang dibuat oleh mereka ini jelas sekali amat pincang selama 52 tahun kemerdekaan negara dan ini bukan sahaja memberi kesan didalam memacu pentadbiran kerajaan malahan turut terpalit kesannya ini kepada rakyat jelata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hi zan.. tapi kalau difikir-fikirkan dengan otak yang yang waras, memang betul jugak apa yang dikatakan oleh Dato Najib ni. Sesapapun tak boleh nafikan yang PRK ni memang membazirkan duit rakyat. Dengan rekod PRK terdahulu SPR saje dah memperabihkan jutaan ringgit semata mata nak mengadakan PRK ini. Alangkah moleknya kalau duit sedemikian digunakan untuk benda-benda yang lebih berfaedah. Lagipun perrletakan jawatan Fairuz menimbulkan seribu tanda tanya:
- beliau bukannya dalam keadaan tenat nak mampus sapai tak boleh berkhidmat untuk DUNnya.
- beliau bukannya didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan untuk hilang kelayakkan untuk menjadi ADUN . Malah belum didakwa lagipun.
Apa salah beliau? Bukankah PKR begitu kuat mempertahankan ahlinya sekiranya diasak oleh pihak lawan. Eli, ADUN Bukit Telanjang ada sex affair dengan orang Islam PKR di sucikan oleh PKR. Aru , Ex ADUN Bukit Selambau dibela oleh PKR ketika kemuncak kesnya. Tapi Fairuz dengan pangkat dan kedudukan yang lebih besar dalam pentadbiran negeri PKR dipaksa meletak jawatan. Permainan ini betul betul meletihkan rakyat.
Post a Comment