Saturday, July 3, 2010

KALAU KARPAL TOLAK KITA TAK PELIK, KALAU UMNO TOLAK ITU YANG KITA PELIK & HAIRAN!

Apabila meniliti setiap kata-kata yang terpacul daripada mulut beberapa orang pemimpin UMNO termasuk juga Ahli Parlimen (MP) Bebas apabila ditanya pendapat mereka tentang kenyataan peribadi pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang dikatakan ‘menolak’ untuk berkompromi terhadap konsep Negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara boleh membuatkan kita tersenyum sendirian.

Melihat berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini seolah-olah kita seperti diberitahu bahawa UMNO telah pun menerima konsep Negara Islam ini tanpa halangan dan sanggup untuk melaksanakan segala tuntutan dalam pemerintahannya seperti hukum hudud dan sebagainya.

Kenyataan oleh Dr Mohd Fuad Zarkashi yang juga Ahli MT UMNO yang mengumpamakan cabaran Nik Aziz terhadap Karpal Singh ibarat ‘anjing menyalak bukit’ kerana menurutnya jelas sejak sekian lama sememangnya Karpal Singh menolak sebarang usaha kearah perlaksanaan Negara Islam di Malaysia.

Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Mukhriz Mahathir yang juga MP Jerlun yang mahukan agar penyokong PAS membuka mata akan perbezaan yang ketara antara PAS dan DAP ini. Katanya lagi konsep Negara Islam ini akan tetap di tolak oleh DAP dan ini membuktikan bahawa kedua-duanya tidak sehaluan didalam hal ini dan Cuma kelihatan sepakat hanya untuk mendapatkan kuasa sahaja.

Dalam pada itu juga kenyataan yang dibuat oleh MP Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang menggesa agar PAS wajar tinggalkan pakatan pembangkang sekiranya parti itu mahu meneruskan usaha mendaulatkan pemerintah Islam di negara ini memperlihatkan seolah-olah tugas untuk melaksanakan pemerintahan Islam ini hanyalah menjadi tugas PAS semata-mata?

Kadang-kadang kita merasa hairan, apakah UMNO sudi untuk berubah dan sama-sama bersetuju untuk melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS ini?

Kita mempersoalkan sedemikian kerana melihat daripada beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO ini yang begitu bersungguh ‘menasihati’ PAS agar segera keluar daripada pakatan pembangkang seolah-olah kini UMNO sudah bersedia untuk menerima apa yang dihasratkan oleh PAS selama ini bagi melaksanakan hukum hudud juga?

Amat tertarik dengan respon yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang secara sinisnya ketika menjawab persoalan oleh wartawan mengenai kenyataan Karpal Singh tersebut,

“Anda kena tanya dahulu pemimpin UMNO adakah mereka bersetuju dilaksanakan hukuman hudud di negara ini atau tidak. Apabila dapat jawapannya barulah saya akan jawab mengenai Karpal”

Untuk rekod, UMNO melalui Presidennya (Dato Sri Dr Mahathir Mohamad ketika itu) sekitar awal tahun 90an penah menolak secara rasmi permintaan dan hasrat oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Dengan kata mudahnya, kita sedikit pun tidak merasa hairan sekiranya Karpal Singh menolak dan tidak mahu berkompromi tentang konsep Negara Islam apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud berdasarkan syariah Islam sepenuhnya, tetapi kita amat pelik serta merasakan terlalu sedih seandainya yang menolak dan menentang perkara ini adalah UMNO yang selalu mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

Justeru itu, satu persoalan yang timbul kini ialah, apakah kenyataan yang bersungguh-sungguh di keluarkan oleh beberapa pimpinan UMNo sejak 2-3 hari ini menggambarkan bahawa UMNO pun sudah bersedia untuk memberi ‘kerjasama’ kepada PAS didalam apa yang dikatakan sebagai mendaulatkan pemerintahan Islam yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya? Sama-samalah kita menantinya….

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

ziarah sahabat

azman kamarul said...

Tidak hairan Karpal Singh tolak negara Islam kerana Karpal Singh tidak pernah mengucap dua kalimah shahadah TETAPI pemimpin umno dan pencacainya mengucap dua kalimah shahadah, sembahyang tunggang terbalik, berpuasa sampai macam nak mamposs tetapi mereka tolah hudud..

Puak-puak ini lagi pelik dan ajaib...mengaku Islam tetapi hukum Islam mereka tolah mentah-mentah...bahkan mereka taja maksiat , beri lesen judi , buat kasino .

Wahai pemimpin umno semua...sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap pasal Islam.