Tuesday, December 23, 2008

IJN MENJUAL KEPENTINGAN RAKYAT!



Hasrat Kerajaan yang membenarkan saja IJN Holdings Sdn Bhd (Kerajaan mempunyai kepentingan 99.99% yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) untuk menjual kepentingannya sebanyak 51% merupakan satu lagi ‘malapetaka’ yang bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia di masa depan.

Didalam keadaan sekarang pun IJN yang dipunyai oleh kerajaan bayaran untuk melakukan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pun sudah teramat tinggi, inikan pula sekiranya kerajaan membiarkan sahaja kepentingan ini dibeli oleh Sime Darby Bhd. IJN yang dikenali umum oleh masyarakat antarabangsa adalah merupakan pusat perubatan jantung yang utama di rantau ini.

Cakap-cakap Perdana Menteri mengatakan, “memang ada kebaikan sebaliknya sekira ada syarikat kerajaan seperti Sime Darby yang juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ingin membantu” adalah cakap-cakap kosong sahaja demi kepuasan puak-puak tertentu tanpa mengambil kira langsung pandangan rakyat Malaysia yang masih lagi mengharapkan agar kerajaan sedar dan jangan bertindak melulu!

Ketika ditanya oleh wartawan adakah pengambilalihan ini disebabkan kerajaan tidak mampu lagi untuk menanggung kos IJN? Pak Lah menafikannya “Kerajaan masih boleh tanggung, bukan tidak boleh tanggung, kalau kita tanggung, kita tanggunglah”
Sime Darby dikatakan telah membayar harga premium melebihi penilaian hospital biasa sebanyak 16 kali nisbah harga kepada pendapatan (PE) memandangkan IJN ini merupakan pusat pakar jantung yang terkenal di rantau ini.

Yang pastinya dan berdasarkan pengalaman lepas-lepas, sekiranya sesuatu kepentingan kerajaan diambil alih oleh syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan atau dengan bahasa mudah ‘diswastakan’ maka bayaran perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi dan ini secara tidak langsung tidak dapat dinikmati serta dibiayai oleh golongan yang susah dan miskin.

Alasan mengatakan bidang perubatan memerlukan kos yang tinggi serta besar kerana memerlukan peralatan yang canggih serta memerlukan ubat-ubatan serta pakar-pakar perubatan yang terbaik juga tidak dapat diterima langsung. Sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan bertanggung jawab kepada rakyat disesebuah Negara, semua ini perlulah dilakukan secara cermat dan berhemah dengan mengambil kira semua kepentingan. Apa erti sesebuah kerajaan sekiranya tidak mampu menyediakan ini semua untuk rakyat?

Walaupun apa alasan yang diberikan sebagaimana menurut kata Menteri Kesihatan, Dato Liow Tiong Lai “ modus operandi serta objektif IJN akan kekal sebagai pusat jantung yang berkhidmat untuk rakyat walaupun diambil alih pada masa depan” adalah cakap-cakap untuk ‘menyedapkan hati’ rakyat sahaja.

Kenapa kerajaan begitu mudah mengelak tanggungjawab sosialnya untuk kepentingan rakyat Negara ini? Itu satu persoalan yang cukup pelik kerana setiap kali Bajet Negara yang dibentangkan setiap tahun, Kerajaan telah memperuntukkan bajet yang cukup besar untuk Kementerian Kesihatan ini. Apakah semua bajet-bajet ini telah digunakan untuk tujuan yang lain? Kerajaan selalu mendakwa bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan yang cukup menjaga hak-hak rakyat serta begitu bertanggung jawab untuk setiap nyawa rakyat Negara

Thursday, December 18, 2008

GARA-GARA PRK KUALA TERENGGANU:DULU WANG EHSAN SEKARANG ROYALTI KEMBALI

Gambar 1) YAB Dato Ahmad Said, MB Terengganu sekarang

Gambar 2) YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, 'Bakal' Perdana Menteri Mac 2009

Gambar 3) Mantan MB Terengganu Dato Seri Idris Jusuh bersama 'Bakal' Mantan PM Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi


Salam pada semua,

Saya tersenyum sendiri apabila mendengar kini Kerajaan Terengganu sudah mula memperolehi kembali Royalti Minyak semalam. Suatu ketika dahulu, kalau tak salah ingatan saya pada tahun 2001 kecoh satu negara gara-gara 'pertelingkahan' berkenaan dengan royalti minyak ini diantara kerajaan Terengganu pimpinan PAS ketika itu dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Berbagai hujah yang dikemukakan oleh 'pemuka-pemuka' didalam Umno serta BN samada dari luar Terengganu atau dari dalam negeri Terengganu itu sendiri. Masih terbayang-bayang saya bagaimana ketika itu Dato' Seri Rais Yatim bermati-matian memperkatakan bahawa

"Tiada perjanjian sebenar-benarnya antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Terengganu dalam hal pembayaran wang royalti minyak ini. Semuanya hanyalah pemberian ehsan daripada kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Terengganu kerana minyak ini dijumpai di persisiran pantai Terengganu. Yang ada hanyalah cuma 'Perjanjian Persefahaman atau pun MOU!"

Begitu juga lah apabila Tengku Razaleigh sendiri pernah ditanya perkara ini oleh wartawan turut mengiyakan perkara ini. Jawapan ini secara tidak langsung telah mengesahkan serta menguatkan lagi fakta bahawa sememangnya tiada perjanjian yang khusus tentang pembayaran wang royalti kepada kerajaan Terengganu. Tengku Razaleigh sebagai bekas Menteri Kewangan serta bekas Pengerusi Petronas diawal penubuhan syarikat petroleum negara ini sudah tentulah mengetahui begitu banyak berkaitan pembayaran ini dan semestinya kenyataan beliau itu ada 'asas'nya menurut wartawan lagi.

Kenyataan-kenyataan yang menafikan hak kerajaan Terengganu ini juga turut berkumandang lagi apabila beberapa pemimpin dari Terengganu sendiri seperti Dato Seri Idris Jusuh yang ketika itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang begitu lantang sekali agar royalti minyak ini di tarik kerana pada pandangan beliau dan juak-juak UMNO Terengganu kononnya kerajaan Terengganu pimpinan PAS tidak pandai hendak menguruskan wang ini malahan dipercayai akan turut 'menyalurkan' wang royalti ini kepada PAS pusat serta memperkuatkan PAS di semua negeri-negeri di Malaysia!

Akhirnya, Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu pun menarik kesemua royalti yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terenggau pada setiap suku tahun serta merta. Itulah kerja puak-puak UMNO ini yang begitu mementing politik mereka daripada memberi peluang untuk kerajaan yang sah ketika itu menguruskan wang royalti ini. Mulai 2002 maka kesemua royalti itu telah ditukarkan namanya kepada 'wang ehsan' yang mana terus disalurkan oleh kerajaan pusat melalui jabatan-jabatan kerajaan persekutuan di Terengganu serta turut juga disalurkan melalui UMNO negeri yang di pimpin oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ketika itu.

Akibat kaedah wang ehsan ini jugalah pihak kerajaan Terengganu pimpinan PAS ketika itu telah mengambil tindakan mahkamah untuk penyelesaiannya sehingga ke hari ini masih lagi belum mencapai kata putus dan tiada keputusan oleh pihak berkenaan. Ketika BN berjaya mengambil alih kerajaan Terengganu pada PRU 11 2004 lalu, kaedah pembayaran masih lagi diteruskan melalui wang ehsan namun perbelanjaan yang begitu 'kasar' serta tidak diketahui langsung oleh sesetengah YB-YB BN sendiri telah 'memerangkap' Menteri Besar sendiri iaitu Dato Seri Idris Jusuh! Berbagai pembangunan kononnya untuk rakyat Terengganu telah dibuat walaupun hakikatnya langsung tidak beri manafaat kepada rakyat Terengganu seperti Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun disana.

Ini di buktikan melalui kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar barunya Dato Ahmad Said apabila diminta mengulas berkenaan wang ehsan dan cara ianya dibelanjakan. Beliau sendiri mengakui tidak di ketahui kemana di belanjakan, untuk tujuan apa dan kadang-kadang apabila projek yang diadakan di negeri sendiri pun begitu pelik dan tidak sepatutnya diadakan menurut kehendak rakyat Terengganu itu sendiri!

Sejak dari itu, kerajaan Terengganu mulai 'bermimpi' agar wang royalti ini dapat diberi serta diuruskan sendiri oleh kerajaan pimpinannya. Menerusi kenyataannya yang terbaru pada awal November lalu apabila ditanya oleh wartawan sebaik sahaja beliau selesai menemui Perdana Menteri bagi membincangkan tentang wang royalti ini, beliau hanya mampu berkata paling awal kerajaan negeri akan memperolehi secara terus wang royalti ini hanyalah Mac 2009 nanti!

Tetapi di takdir Allah SWT, Kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan......Kematian Allahyarham Dato Razali (Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ahli Parlimen K.Terengganu) telah menukarkan segala-galanya. Akibat daripada Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang bakal berlangsung pada 17 Januari 2009 nanti, tidak semena-mena wang royalti dapat di kembalikan kepada kerajaan Terengganu. Ibarat sedikit kata-kata Timbalan Perdana Menteri ketika di penyerahan 'Mock-up Cheque' baru-baru ini ;

" Kerajaaan Pusat akan membayar secara terus wang royalti ini bagi memudahkan kerajaan Terengganu berbelanja serta menyusun pembangunan yang perlu dibuat di negeri ini demi rakyat negeri dan mahu rakyat menikmatinya"
"Dengan adanya pitih ini maka mudahlah kerajaan Terengganu menguruskannya sendiri..."

keputusan yang dibuat ini benar-benar memeranjatkan kita semua kerana kalau dahulu ditahun-tahun awal kemenangan PAS menguasai kerajaan Terengganu, bermacam helah dan hujah yang dikemukakan sehingga ada yang mendakwa tiadanya perjanjian khusus berkaitan wang royalti ini, yang ada cuma belas ehsan kerajaan Persekutuan sahaja terhadap negeri Terengganu untuk memberinya.....itu UMNO oh UMNO....demi pilihanraya dan umpan untuk rakyat, segala-galanya boleh berubah sekelip mata!

Wednesday, December 17, 2008

TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA MEDAN PEMIMPIN UMNO / BN MEMPOPULARKAN DIRI

1) Suasana runtuhan tanah daripada atas bukit.

2) Keadaan sebuah rumah yang hampir ranap sepenuhnya akibat runtuhan tanah


Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 lalu telah dijadikan oleh para pemimpin UMNO / BN medan untuk mempopularkan diri kepada rakyat kononnya mereka inilah yang prihatin serta mengambil tahu masalah yang di hadapi oleh rakyat. Apabila kita melihat kehadiran mereka ini yang kadang-kala kehadiran mereka ini boleh dipertikai tentang apakah peranan mereka serta untuk apa sepatutnya hadir kesitu.

Sebagai contohnya apabila para menteri serta pemimpin-pemimpin utama dari pelbagai parti komponen BN ini yang hadir dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan sehingga boleh mengelirukan orang ramai dan menjadi satu medan untuk mereka pula mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri masing-masing. Kehadiran yang ramai baik daripada Menteri-menteri serta wakil-wakil rakyat BN, Kawasan kejadian ini juga turut dihadiri oleh para pemimpin semua peringkat seperti Pemuda, Wanita dan juga Puteri. Semuanya mempunyai matlamat yang satu.

Seperti kehadiran Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ali Rustam yang juga calon Timbalan Presiden UMNO yang datang dari jauh semata-mata ‘kononnya’ begitu prihatin tentang apa yang menimpa penduduk di Bukit Antarabangsa ini. Apakah masalah rakyat di negeri Melaka telah selesai yang membolehkan Ketua Menteri ini hadir dari jauh semata-mata kerana bersimpati kepada penduduk disini?

Bagi saya, Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kehadiran beberapa orang yang cukup dikenali ini seperti antara lain lagi, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib juga calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (calon Timbalan Presiden UMNO) , Dato’ Ahmad Sabery Chik (calon MT UMNO), Dato’ Halimah Sadiq (calon MT UMNO), serta beberapa orang tokoh menteri serta yang berjawatan didalam UMNO terutamanya hanyalah sekadar mempromosikan diri masing-masing menjelang pemilihan didalam UMNO terutamanya yang melibatkan jawatan no 2 didalam parti itu sendiri.

Kehadiran Mukhriz Mahathir biar pun atas nama NGO Aman Malaysia, itu juga adalah medan masing-masing untuk mempromosikan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan yang akan datang. Apakah sumbangan yang boleh dilakukan oleh Dato Seri Khir Toyo dan juga Khairi Jamaluddin ke sana? Kalau tidak medan untuk mereka mempromosikan diri untuk jawatan yang sama?

Mungkin kehadiran Khir Toyo sedikit menonjol kali ini dengan hadirnya beliau semata-mata untuk ‘menghentam’ kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai serta reti untuk memantau segala projek-projek yang sedang dijalankan dilereng-lereng bukit di Bukit Antarabangsa itu sendiri? Mereka semua ini hadir dengan niat yang sama, iaitu ‘menolong’ orang yang didalam kesusahan. Keprihatinan mereka yang melampau ini telah dijadikan isu yang cukup hebat di berita-berita media utama negara ini. Mereka lah semuanya yang begitu mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di sana.

Namun Khir Toyo lupa agaknya apabila apabila 99 projek yang berada dilereng bukit adalah diluluskan oleh kerajaan lalu dan satu persoalan yang diketahui semua ialah bagaimana projek-projek ini boleh diluluskan sedangkan pada tahun 2001 sudah ada garis panduan yang diwartakan yang disebut 'Total Planning Guide Line' yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam garis panduan tersebut telah menetapkan pembangunan di kategori tiga iaitu cerun diatas 25 darjah dan empat iaitu cerun diatas 35 darjah mestilah dihentikan serta merta. Garis panduan serta undang-undang ini sudah ada sejak 2001 tetapi kelulusan masih diberikan untuk semua projek-projek ini pada tahun 2004 sehingga 2007. Maknanya undang-undang tidak dihormati!

Apa pula peranan calon Ketua Wanita UMNO Dato Seri Sharizat Jalil kalau tidak mempunyai matlamat yang sama? Ini semua telah dijadikan modal oleh mereka terutamanya menjelang pemilihan UMNO nanti. Kenapa ketika rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat operasi meroboh rumah di Plentong dan Batu Berembang tidak dihadiri oleh mereka semua ini? Alangkah bagusnya kalau masalah rakyat yang ‘terlebih’ bawah ini di bantu dan diberikan keutamaan kerana mereka ini orang biasa yang tiada harta benda untuk memungkinkan mereka berada di tempat yang ‘high class’ seperti di Bukit Antarabangsa itu sendiri.

Saya juga berasa pelik apabila ramai para pemimpin UMNO ini begitu ‘pandai’ mengeluarkan berbagai kenyataan yang berbentuk teknikal dari sudut kejuruteraan. Bermacam kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah perkara yang berlaku ini adalah kerana sistem perlaksanaan dan penyelenggaraan yang berlaku di lereng-lereng bukit ini tidak mematuhi piawaian yang telah di tetapkan. Ada juga membuat kenyataan yang begitu lucu bunyinya sedangkan para pengamal kejuruteraan begitu cermat sekali mengeluarkan kenyataan dari pelbagai aspek.

Saya sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung didalam bidang kejuruteraan ini merasakan kenyataan yang dibuat oleh mereka (pemimpin UMNO / BN) ini kadang-kadangnya merasa hairan kerana mereka ini semuanya berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan rasa gundah dan ketakutan penduduk yang berhampiran dengan tempat kejadian tersebut.

Begitu juga bila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Seri Ong Ka Chuan yang turut memberikan kenyataan yang bersifat tidak matang apabila menafikan kejadian yang berlaku ini adalah berpunca daripada kecuaian manusia! Mungkin kenyataan beliau ini juga adalah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau seorang yang buat kerja walaupun telah kalah didalam pemilihan Timbalan Presiden MCA baru-baru ini. Tidak semestinya yang kalah tidak boleh dikekalkan sebagai menteri lagi?

Secara peribadi, hanya kenyataan daripada Menteri Kerja Raya, Dato Ir Mohd Zin Mohamad sahaja yang saya rasa boleh dipakai serta diambil kira berdasarkan pandangan beliau sebagai seorang yang pernah terlibat sebagai pengamal kejuruteraan. Beliau mengakui bahawa segala yang berlaku di Bukit Antarabangsa ini adalah berpunca daripada kecuaian manusia. Kenyataan beliau ini telah disambut oleh semua penduduk di Bukit Antarabangsa ini sebagai kenyataan yang tidak terburu-buru apatah lagi untuk menyalahkan faktor alam semata-mata.

Itulah hakikat apabila kehadiran mereka semua ini hanyalah sekadar medan untuk mempopularkan diri sahaja. Itulah jadinya apabila ada beberapa orang dikalangan mereka ini yang begitu ghairah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk ‘teknikal’ secara tidak langsung telah menonjolkan mereka ini kepada umum yang kononnya mereka begitu mengambil tahu serta arif sangat-sangat tentang apa yang berlaku serta bakal berlaku! Secara tidak langsung juga mereka ini mengambil berat yang ‘teramat sangat’ kepada rakyat. Oleh yang demikian inilah pemimpin yang perlu ada dan perlu diberi jawatan ketika pemilihan UMNO Mac 2009 nanti pada pandangan ‘puak-puak’ UMNO ini. Inilah yang dikatakan pemimpin bersama rakyat setiap masa kononnya.

Monday, December 15, 2008

KORBAN EID ADHA 1429

1) Sedang melapah daging lembu yang telah disembelih.

2) Penduduk setempat yang turut hadir ketika korban di lakukan


3) Lembu yang telah selesai disembelihkan

4) Suasana ketika lembu di tumbangkan untuk di sembelih sempena korban 1429 ini.


Korban sempena Eid Adha amat besar pengertiannya. Alhamdulillah, sebanyak 5 ekor lembu di korbankan sempena menyambut kedatangan eid adha tahun ini. Majlis korban yang dimulakan sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat eid adha ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang turut mengambil tugas masing-masing dengan menyembelih, melapah daging serta mengagih-agihkan daging korban tersebut.

Wednesday, December 3, 2008

BN AND NEW AGENDA

Salam for all,

There are many reforms that the BN can introduce to regain back their popularity and public confidence. Being political veterans theyknow exactly what are the changes or reforms that are needed. The question is whether they are really sincere in making the changes to move foward or do they prefer to remain in their present mould to carry out their political struggle.

The main stream media is suggesting that the BN is in the process of instituting many reforms, but such reforms, whether within the BN structure or within the goverment are yet to be seen. It is now becoming clearer that as the leopard cannot change its spots, UMNO too is still interested in proceeding with its political platform based on the Malay agenda.

Since General Election 2008, instead of preparing for a two party system rule, UMNO / BN have been more concerned about how the Malay rights and supremacy are being eroded due to the changes in political goverment instituted by the Pakatan Rakyat coalition ruled states. The main stream media also seems to be highlighting even the minor hiccups in the Pakatan ruled states without publishing some of the good programs and policies introduced by them *.

Even the other BN component parties have chosen to continue their political journey in their present structure without making ang major changes. Therefore, it looks as though the BN and the component parties have decided to go for another round of contest with the opposition at the next general elections without any fundamental changes in their structure and policies.


* winning strategies of Anwar Ibrahim

SUARA KERAMAT DR SYED HUSSIN ALI


Salam pada semua,

Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR merupakan orang lama dalam politik. Kehidupan yang penuh ranjau didalam memperjuangkan hak-hak selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi di negara ini membuatkan beliau sesungguhnya seorang yang 'hebat' di arus politik negara kita ini semenjak tahun 50an lagi. Berikut sedutan ucapan beliau ketika di perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan Malaysia 2008 yang berlangsung baru-baru ini.

"Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera UMNO dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan tidak adil dan korup yang kita ganti"

"Untuk menaikkan suhu kepanasan suasana perkauman, mereka membangkitkan bermacam-macam isu. Di Pulau Pinang menimbulkan soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kedudukan istimewa orang Melayu, dan di Perak pula mereka membesarkan soal kedaulatan raja-raja. Di Selangor pula misalnya, beberapa orang pemimpin UMNO dan media mereka membangkitkan isu ladang Babi. Walhal merekalah, semasa berkuasa dalam kerajaan, yang mula-mula meluluskan projek itu, dengan tujuan untuk membuka ruang serta peluang perniagaan serta keuntungan bagi kroni-kroni mereka"

"Mereka (pengundi) memberikan mesej agak jelas bahawa parti yang melaksanakan dasar, menjalankan kempen dan mengambil tindakan membela hak satu kaum sahaja dan menafikan hak kaum lain semakin tidak di terima"

"Fasal 5.10 dalam Perlembagaan KeADILan menegaskan, 'Berdasarkan prinsip keadilan, memastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional"

"Sudah tentu kita mahukan kemudahan sosial dan layanan lebih baik dari segi undang-undang bagi rakyat biasa. Sudah tentu kita tidak ingin melihat mereka terus hidup dalam gobok buruk yang digelar 'haram' atau diasak beramai-ramai ke flet yang sempit tanpa kemudahan yang lebih berperikemanusiaan"

KATA-KATA EMAS DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Salam pada semua,


Antara sedutan Ucapan Dasar Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika di pembukaan Kongres Nasional PKR 2008 yang begitu menarik untuk di fahami oleh semua golongan rakyat Malaysia tentang aspirasi perjuangan parti ini. Sedutan yang saya petikkan ini begitu menarik perhatian dan amat mendalam maknanya serta mudah untuk difahami dan di hadzamkan. Antaranya ialah,

"KeADILan tertubuh hasil dari hasrat perjuangan dan doa rakyat yang inginkan perubahan dalam politik negara. Agenda kita adalah agenda rakyat. Gerakan kita adalah gerakan parti politik yang berlandaskan sistem demokrasi. Justeru kita tidak akan mampu mencapai kemajuan sekiranya kebebasan berfikir dan hak untuk mengemukan pandangan di nafikan..."

"Pelan ransangan RM 7 Billion yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang baru gagal memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur. Justeru tidak hairanlah berlaku pengucupan kepada kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kedalam negara. Laporan terbaru United nations Conference on Trade and Development World Investment Reprt 2008, mendapati pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM 38 Billion pada tahun 2007"

"KeADILan menegaskan peralihan kuasa tersebut (dari Dato' Seri Abdullah Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Abd Razak) tidak akan memberi sebarang perubahan positif kepada kerosakan sistem pentadbiran utama negara seperti Badan Kehakiman, Institusi Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Institusi Parlimen"

"Meskipun terlalu besar halangan yang cuba dilakukan kerajaan Pusat, namun berkat iltizam yang kuat pimpinan, kita telah mampu melaksanakan sebahagian janji-janji kita kepada rakyat. Contohnya di Selangor ini, kita telah memberi bekalan air percuma kepada rakyat termasuk ahli-ahli UMNO, menitikberatkan pendidikan anak-anak Selangor, prihatin kepada golongan warga emas dan para ibu tunggal dan berbagai kemudahan lagi, semuanya tanpa mengambil kira ideologi politik sama sekali"

KONGRES AMK MEDAN PERJUMPAAN RAKAN-RAKAN LAMA

Gambar 1) Rakan lama Sdr Ghani (Ketua AMK Besut), Sdr Shamsul Iskandr (Ketua AMK Malaysia) dan Bekas Adun Chini, Pahang Sdr Jafri Rashid

Gambar 2) Bersama Sdr Jamil (Ketua AMK Temerloh)

Gambar 3) Pn Nurin (Bekas Naib Ketua AMK Malaysia) bersama anaknya yang hadir dari Kedah

Gambar 4) Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Sdr Yusmadi Yusof yang juga seorang Peguam

Gambar 5) Pn Errah (Bekas Exco AMK Malaysia) yang juga isteri kepada che'gu Bard ahli MPT Parti Keadilan Rakyat.


Di Kongres AMK 2008 yang lalu, peluang bertemu kembali rakan-rakan lama didalam AMK sejak sekian lama tidak di lepaskan. Peluang bertemu dengan rakan-rakan lama dari pelbagai destinasi, samada dekat atau pun jauh. Ada yang membawa bersama anak, ada yang datang sekeluarga, ada yang datang sendirian. Walaupun masing-masing sudah berbeza haluan kehidupan tetapi haluan didalam parti tetap masih teguh, terbukti setiap kali Kongres PKR diadakan pada setiap tahun, peluang untuk berbual serta bertanya khabar tetap ada sekiranya hadir....

Tuesday, December 2, 2008

BERSAMA TOKOH-TOKOH DI ALAM POLITIK MALAYSIA

Gambar 1) YBhg Dr Syed Hussin, Timbalan Presiden PKR ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Kongres Nasional AMK 2008

Gambar 2) Bersama YAB Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan ketika jamuan makan Malam AMK 2008

Gambar 3) YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng ketika hadir bersama di Kongres Nasional PKR 2008

Gambar 4) Blogger terkenal tanah air, YM Raja Petra Kamaruddin ketika di perasmian dan ucapan dasar Presiden PKR.

Pengalaman bersama para tokoh-tokoh terkenal yang turut hadir ketika di Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2008 cukup terasa 'aura'nya. Walaupun sekejap, tapi peluang berbual bersama mereka ini cukup di hargai dan diingati. Pengalaman dan pahit getir tokoh-tokoh terkenal negara ketika ini cukup membuatkan kita sedar betapa mereka ini sememangnya tokoh yang hebat.....

SEKITAR KONGRES AMK 2008

Gambar 1) Bersama dengan Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia

Gambar 2) Bersama dengan Sdr Yusairi, Setiausaha AMK Bahagian Temerloh

Gambar 3) Berada di 'Press Room' ketika di Kongres AMK , 28 November 2008

Cukup berbeza dan amat terasa kelainannya daripada dulu....begitu lah gambaran yang diberikan oleh semua yang hadir pada hari pertama di Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Ramai yang teruja dengan suasana Kongres AMK, begitu ceria dan apa yang di alami pada hari ini adalah berkat pengorbanan semua sejak 1998....

Monday, December 1, 2008

PKR / PAKATAN RAKYAT TURN SIGHTS ON SARAWAK

Pic. 29/11/2008) Dato' Seri Anwar Ibrahim at the Opening Ceremony of the National Congress of Parti Keadilan Rakyat (PKR) at Malawati Stadium, Shah Alam, Selangor


Salam for all,

As mentioned by PKR Adviser YB Dato' Seri Anwar Ibrahim at the close of the National Congress Of Parti Keadilan Rakyat (PKR), the next target of PKR / Pakatan Rakyat would be Sarawak which is expected to have its state elections within the next two years.

Dato' Seri Anwar Ibrahim (An Opposition Leader at the Parliment of Malaysia) has started main inroads there and has already hit the campaign trail. Since DAP also has substantial following in the state among the chinese community, the Pakatan Rakyat coalition hs good chance of penetrating the state and causing an upset, given the fact that there are also dissastisfactions with the leadership of the present Chief Minister, Tan Sri Taib Mahmood. Furthermore, Taib Mahmood is expected to relinquish his party position soon due to his age and therefore Barisan Nasional (BN) is again in a dilemma.

Retaining Taib Mahmood might produce negative results for them as he has been there for too long. If they want to replace him, then a new popular leader has to be found. If the new BN leader of Sarawak is also from Taib's family circles, then that also will be counter-productive as allegations of nepotism will surface which can become a winning point for the opposition.

Added to all these woes are the sentiments and feelings reflected by leaders and people of Sarawak since the General Election 2008. Together with Sabah, the political groups in Sarawak are also now demanding for more autonomy, developments and share of wealth from the federal govenment in the wake of such alluring promises showered on them by Dato' Seri Anwar Ibrahim *.

With all these developments, the next state which is likely to be a political battleground and hotspot for BN and Pakatan Rakyat would be Sarawak.....


* Winning strategies of Anwar Ibrahim

Wednesday, November 26, 2008

SPEAKER DEWAN RAKYAT SEPATUTNYA LEBIH ADIL


Gambar: Dato' Seri Nazri Aziz, Menteri JPM

Salam pada semua,

Setiap hari dan setiap minggu kita selalu terbaca betapa banyaknya usul-usul yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dan para Ahli Parlimen pembangkang ditolak bulat-bulat oleh Dewan Rakyat. Alasan yang di buat oleh Tuan Speaker atau Timbalan-timbalan Speaker hanyalah satu iaitu tidak memenuhi syarat yang di peruntukkan.

“Saya telah meneliti perkara ini dan saya mendapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai, walau bagaimana pun perkara ini tidak perlu di segerakan.Oleh yang demikian, saya menolak usul di bawah peraturan mesyuarat 18(2)” kata Tuan Speaker Dewan Rakyat tersebut.

Terbaru usul yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo yang menggesa agar Dato’ Seri Nazri Aziz selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di bawa ke jawatankuasa hak dan parlimen untuk dibincangkan kes nya yang di tuduh berbohong didalam dewan rakyat turut di tolak dan ini telah menimbulkan pertikaian lidah diantara Ahli parlimen pembangkang, kerajaan dan tuan Speaker itu sendiri.

Kelmarin, usul yang dibuat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang sekali lagi di tolak oleh Dewan Rakyat apabila usulnya itu yang menggesa agar Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dapat membincangkan isu ekonomi Negara yang semakin parah dengan kadar segera. Ini kerana ianya melibatkan kepentingan Negara kita dari segi ekonomi Negara dan rakyat terutamanya.

Boleh dikatakan setiap kali Dewan Rakyat bersidang, pihak pembangkang sering membuat usul mengambil kira pelbagai isu-isu semasa namun begitu ianya sentiasa di tolak oleh Tuan Speaker Dewan Rakyat walaupun kebanyakan usul ini amat baik dan penting demia kepentingan rakyat Malaysia ini.

Satu persoalan yang selalu bermain di fikiran saya ialah, kenapa begitu sukar sekali Tuan Speaker Dewan Rakyat untuk menerima usul yang di kemukakan ini? Speaker Dewan Rakyat sepatutnya lebih terbuka serta bersikap adil didalam hal ini. Jangan terlalu berat sebelah terhadap pembangkang.

Kalau di perhatikan layanan yang terhadap usul-usul yang dibuat oleh wakil dari Barisan Nasional selalu diberi peluang oleh Speaker walaupun kadang-kadang kelihatan usul yang dikemukakan ini tidak begitu penting terhadap rakyat. Namun ianya tetap member peluang dan di terima usul-usul yang dikemukakan oleh ahli parlimen BN demi kelangsungan terhadap politik mereka.

Sebagai sebuah Negara demokrasi, peluang yang adil perlu dibuka seluas-luasnya oleh Dewan Rakyat bagi membuat usul yang difikirkan baik untuk semua apatah lagi demi kepentingan rakyat Negara ini tanpa memikirkan siapa yang membuat usul tersebut.

Sekiranya kita masih ingat, ketika Almarhum Dato Ustaz Fadhil Noor yang bersama-sama dengan semua Ahli-ahli parlimen ketika PAS, PKR dan DAP ketika itu pernah menyokong secara terbuka sokongan untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin walaupun usul ini dikemukakan oleh ahli parlimen BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) kerana atas prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Apakah dengan menerima usul-usul yang dibuat oleh pembangkang ini, Tuan Speaker ini boleh dikatakan tidak mengenang budi kerana perlantikannya ke jawatan tersebut telah dicadangkan serta disokong secara majority oleh YB-YB Barisan Nasional? Oleh itu apakah tidak boleh menerima sebarang usul dari pembangkang walaupun usul tersebut mungkin keras dan tajam teguran terhadap kerajaan?

Secara peribadi, Tuan Speaker perlu pandai bertindak adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen walaupun ianya dating daripada pembangkang. Perlu di ingat, YB pembangkang ini dipilih oleh rakyat secara sah ketika Pilihanraya umum yang lalu dan rakyat lah yang menghantar mereka ke Dewan Rakyat ini untuk menyuarakan pandangan serta pemasalahan rankyat. Oleh itu tiada sebab untuk di nafikan hak ahli-ahli parlimen ini demi rakyat umumnya.



Monday, November 24, 2008

KEMENTERIAN PELAJARAN: ANTARA KUALITI DAN KUANTITI

Salam pada semua,

Semalam saya di hubungi oleh rakan-rakan lama ketika di Universiti dahulu yang kini telah menjadi cikgu, menceritakan pengalaman 'terkejut' dengan beberapa keputusan peperiksaan terutamanya sebaik sahaja UPSR di umumkan pada beberapa minggu lepas.

Menurut beliau, isteri nya yang mengajar di sekolah rendah melahirkan perasaan yang amat terkejut apabila ramai pelajar-pelajarnya terutama yang berada di kelas yang tercorot memperolehi 5A didalam peperiksaan. Amat mengejutkan lagi bila beberapa kertas yang disangkakan gagal terutamanya Bahasa Inggeris dan Matematik turut memperolehi A.

Saya secara peribadi bila ditanya pendapat oleh rakan lama tersebut sedikit pun tidak terkejut. Ini kerana keputusan peperiksaan yang diperolehi kini kadang-kadang amat tidak masuk akal. Perumpamaan ini dilahirkan setelah melihat sendiri kewajaran A yang diperolehi itu.

Melalui sumber-sumber yang sahih, ramai yang berpendapat Kementerian Pelajaran kini lebih mementingkan Kuantiti dengan meramaikan lagi pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dengan memperolehi 5A keatas berbanding ketika dizaman persekolahan saya dahulu Kualiti itu amatlah dijaga dan dititik beratkan.

Menurut sumber itu lagi, keputusan yang kekadang tidak masuk akal ini menyebabkan kualiti pelajar keperingkat yang lebih tinggi lagi akan turut jatuh. Saya mengambil contoh bagaimana ramai yang berpendapat isu ramainya pelajar-pelajar ini memperolehi 5A adalah kerana di percayai markah lulus telah di turunkan separas 20%! manakala markah untuk memperolehi pula diturunkan sehingga ke paras 60-65% untuk memperolehi A! Kalau melihat senario yang di dakwakan ini, amatlah malang bagi kita apabila Kementerian Pelajaran lebih melihat kuantiti daripada kualiti!

Pada zaman persekolahan kita dahulu era 80an (zaman kurikulum lama sekolah rendah) untuk memperolehi 5A itu adalah sesuatu yang sukar dan memperolehi 3A atau 4A sudah dikira hebat di mata masyarakat apatah lagi selepas itu peluang kita untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau ke Maktab rendah sains mara (MRSM) begitu cerah. Namum kini dengan kuantiti yang ramai memperolehi 5A telah menyulitkan serta menutup terus peluang para pelajar yang memperolehi 3A atau 4A untuk kesana kerana dengan kuantiti 5A yang besar sudah tentu tidak mampu menampung pelajar-pelajar yang memperolehi 5A kesana.

Secara peribadinya, langkah meramaikan lagi pelajar memperolehi 5A tanpa mengambil kira kualiti serta tahap percapaian yang telah di rendah gred nya merupakan satu kesilapan! Mungkin dengan memberitahu kepada orang ramai bahawa langkah menggunakan Bahasa Inggeris didalam pengajaran sains dan matematik adalah merupakan langkah yang tepat. Tengok tepat atau tidak berdasarkan ramainya pelajar mendapat A dalam subjek sains dan matematik itu sendiri, secara tidak langsung mengaburi mata rakyat dan penentang-penentang terhadap penggunaan bahasa Inggeris tersebut.

Untuk pengetahuan semua, apabila pelajar yang tiada kualiti ini mendapat 5A secara mudah dan seterusnya berpeluang menyambung pelajaran ke SBP, adalah dibimbangi sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menguasai pelajaran serta mengekalkan kecemerlangan ketika di PMR dan seterusnya di SPM pula. Namun begitu kerajaan amat pandai apabila berterusan memanipulasi kan 'kehebatan' pelajar-pelajar ini apabila keputusan diperingkat PMR serta SPM ini turut 'cemerlang' peperiksaannya....

Profesor kejuruteraan saya ketika pengajian di Universiti suatu ketika dahulu ketika berjumpa dengan saya di satu seminar kejuruteraan baru-baru ini pernah mengadu kepada saya betapa teruknya prestasi pelajar-pelajar kejuruteraan kini apabila masuk ke semester kedua pelajar-pelajar ini telah kena 'tendang' universiti gara-gara mendapat keputusan yang teramat teruk dibawah paras 1.90 CGPA! Profesor tersebut ada berkata sejak 4 tahun kebelakangan ini universiti ini telah mengambil pelajar-pelajar yang mendapat 7A keatas sahaja didalam keputusan SPM.

Saya bertanya kepada Profesor ini kenapa boleh berlaku? Sebabnya yang diambil masuk ke Universiti ini bukan calang-calang pelajar untuk kursus kejuruteraan. Semuanya mendapat 7A keatas? Jawapan Profesor tersebut mudah aje...."Dulu masa zaman 90an kebawah dengan sistem SPM kurikulum lama, walaupun pelajar-pelajarnya mendapat sekadar gred 1 dengan agregat 24 pun didalam SPM tetapi tetap boleh tamatkan pelajarannya di IPT selama 4-5 tahun berbanding kini sebabnya SPM dulu-dulu memang hebat dan penilaian pada sistem pemarkahan memang konsisten gred nya yang tidak di tukar sesuka hati demi politik para menteri"

Tambah Profesor itu lagi, "Kini walaupun Universiti ini mengambil pelajar yang rata-ratanya cemerlang dengan keputusan SPM 7A ke atas tetapi kualitinya rendah...ye lah mahu nya tak rendah kalau daripada seawal UPSR lagi semua gred boleh di ubah-ubah kan? "

Itulah hakikat kini apabila kepentingan politik mengatasi segala-galanya walaupun akhirnya pelajar yang akan menjadi mangsa. Biar kuantiti itu kurang tetapi kualiti nya meningkat naik. Tidak hairan lah apabila Universiti-universiti awam di negara kita semakin menurun kualitinya, kerana segalanya bermula dari awal lagi.

Monday, November 17, 2008

JANGAN JADI 2 X 5

Salam pada semua,

Sejak akhir-akhir ini banyak pandangan-pandangan serta komen-komen yang kekadang cukup 'merisaukan' kita terhadap pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR itu sendiri. Komen-komen yang bersertakan 'bukti' samada benar atau tidak benar sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai pembaca terutamanya pengunjung internet itu sendiri boleh mempercayainya.

Terbaru lagi komen terhadap kepimpinan YB Fairus, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang tentang segala tindak tanduk beliau selaku orang no 2 yang berada didalam pimpinan Kerajaan Pulau Pinang cukup merisaukan kita selaku pendokong Pakatan Rakyat.

Edisi terkini didalam pelbagai blog telah menceritakan bagaimana beliau gagal menjalankan tugas sebagai YB yang dipilih oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ketika berhadapan dengan pembangkang yang di ketuai oleh UMNO di DUN Pulau Pinang secara langsung telah mencalarkan imej beliau sebagai YB yang dihormati serta secara tidak langsung terhadap PKR serta kepimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Didalam hal ini, samada benar atau pun tidak kegagalan beliau yang cuba melarikan diri daripada tugas sebagai YB terhadap kerajaan Pulau Pinang atau rakyat di Dun beliau itu perlulah di ambil serius oleh kita semua sebagai pendokong kerajaan kini.

Episod terhadap YB Fairus ini bermula apabila 'komen' yang dibuat oleg YB Dato Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap beliau secara tidak langsung menyebabkan ramai yang mempercayai terhadap komen-komen terbaru terhadapnya. Samada bukti itu jelas ada ataupun tidak bukanlah persoalan sekiranya hal ini telah di tangani sejak awal.

Dalam isu terbaru yang ditonjolkan samada oleh musuh politik beliau atau pun tidak, cukup merimaskan kita sekiranya benar. Isu yang dimainkan ini sedikit sebanyak boleh mengugat kepercayaan rakyat terhadap beliau terutamanya di Pulau Pinang. Komen-komen ini walaupun nampak nakal, boleh di lihat di blog http://alahaifairustkmpenang.blogspot Antara komen-komen yang telah dibuat terhadapnya adalah seperti berikut;

"Budak Fairus Ghaib; Setelah menyedari gilirannya yang akan tiba, budak Fairus yang duduk di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan TKM 2 Prof Ramasamy, mula cari helah angkat kaki keluar dewan.Guan Eng yang sedar Timbalannya ghaib, mula mengarahkan staf dewan mencari budak Fairus di luar dewan dan menjemputnya masuk.

Tapi apa yang berlaku, beberapa minit kemudian staf tersebut memaklumkan budak Fairus memberitahunya, dia ‘sakit perut’ dan meminta Exco lain tolong jawab bagi pihaknya.Jadi, bagi nak menjaga air muka kerajaan negeri, Guan Eng meminta salah seorang Exco Abdul Malik Kassim menjawab soalan tersebut.

Ini bukannya kali pertama budak Fairus itu bertindak demikian. Pada sidang Dun kali pertama dulu selepas PR memerintah, si budak Fairus membuat tindakan yang sama. Ghaib tidak menjawab soalan nombor 1.Yang menjadi mangsa-Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri kena jawab demi menjaga air muka kerajaan negeri PR.Dia bukan sahaja membisu seribu bahasa sepanjang perbahasan dewan lalu, malah kerap kali masuk lewat dalam dewan. Budak Fairus ni hanya membaca teks pada sesi pengulungannya di akhir persidangan dewan. Waktu-waktu lain mulutnya terkunci rapat ! "

Bukan 1 atau 2 komen-komen terhadapnya dibuat tetapi cukup banyak. Adalah menjadi harapan kita semua semua agar semua komen-komen yang berbentuk negatif ini tidak lah benar. Dan sekiranya benar-benar berlaku berdasarkan teguran yang telah dibuat oleh DSAI suatu ketika dahulu terhadap beliau. adalah amat malang kerana kita masih mempunyai sifat dan tingkah laku yang hampir atau sama dengan YB-YB dari kalangan BN....Jangan kita jadi tidak ubah seperti mereka juga...jangan jadi 2 x 5....sama saja dengan mereka...

Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang bersikap tidak bertanggung jawab serta lari daripada tugas yang telah diamanahkan oleh parti dn rakyat. Kita mahu pemimpin kita rajin serta bertanggungjawab didalam menjalankan tugas. Kita mahu pemimpin kita di pandang serta dihormati oleh semua rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

Wednesday, November 12, 2008

PEMIMPIN - OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT

Salam pada semua,

Sesudah subuh tadi, aku menatap kembali akhbar-akhbar perdana negara yang banyak bercerita serta di kuasai oleh cerita-cerita tentang hasrat calon ini bakal bertanding, calon ini tak layak bertanding, pelan peralihan wanita Umno, harapan calon-calon yang bakal bertanding...semuanya berkisar pemilihan parti keramat 'Melayu' (kata-kata pendukung Umno lah) yang bakal berlangsung bulan Mac 2008 nanti.

Satu episod sejarah yang amat penting dalam persejarahan Malaysia sebelum melangkah lebih jauh. Detik sejarah yang penting itu ialah saat-saat Dato' Onn Jaafar hendak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

"Sebelum Dato' Onn meninggalkan UMNO satu perhimpunan Agung Khas telah diadakan di Hotel Majestic pada 23 dan 26 Ogos 1951. Dalam perhimpunan itu Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung baru setelah mengalahkan lawan-lawannya dalam pertandingan 3 penjuru. Nama Tunku Abdul Rahman Putra telah dicalonkan oleh Encin Bahaman Shamsuddin. Beliau ditentang oleh Tuan Hj Ahmad Fuad, calon yang dikemukakan oleh Dato' Onn, Encik C.M.Yusuf dicalonkan oleh Raja Ayub bin Raja Bot dan Encik Tajuddin Bin Uda Isa"

* Catatan Tan Sri Dato' Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka

Banyak pengajaran dan kesimpulan yang boleh kita perolehi berdasarkan episod diatas. Salah satunya adalah tentang adanya pertandingan 3 penjuru merebut jawatan Yang Dipertua Agung (kini di panggil Presiden) dan telah ada kempen-kempen yang dijalankan bertujuan menaikkan calon masing-masing.

Misalnya Dato' Onn dalam ucapannya telah menyokong Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai YDP Agung UMNO dengan alasan bahawa beliau seorang haji dan ulamak yang berkemampuan untuk memimpin. Tunku pula kerana pada pendapat ramai dicalonkan kerana pendidikan tingginya serta kewibawaannya memimpin kesatuan Melayu United Kingdom ketika menuntut dahulu serta status berdarah raja.

Persoalannya disini yang ingin diketengahkan ialah adakah calon-calon ini sendiri yang mendabik dada mengatakan dia seorang yang layak dan berkebolehan untuk memimpin? Jawapannya tidak kerana ini atas keyakinan orang ramai terhadap calon-calon tersebut.

Akhirnya Tunku dipilih sebagai YDP Agung UMNO berdasarkan status berdarah raja yang mana pada ketika itu orang melayu umumnya amat menyanjungi pada istana. Tetapi satu hal yang unik ialah sikap calon-calon yang lain yang kalah dalam pertandingan ini. Mereka tidak terus menarik diri tetapi sebaliknya terus patuh kepada keputusan mesyuarat yang berkehendakkan mereka menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Secara peribadi saya sengaja mengambil peristiwa ini kerana untuk membandingkan keadaan zaman sekarang dengan segala keadaan yang berlaku pada hari ini terutamanya dalam saat-saat perebutan jawatan pucuk pimpinan UMNO samada di peringkat cawangan, Bahagian dan seterusnya Majlis Tertinggi parti.

Berbagai isu sudah timbul sekarang, bermula dengan isu kuota dan kelayakan seseorang calon, lepas itu timbul isu politik wang yang telah hampir 2 dekad masih tidak padam-padam malahan semakin membara kehangatan isu rasuah wang didalam politik UMNO kini, wujudnya pula isu memilih pemimpin bukan berdasarkan keupayaan tetapi kerana faktor siapa yang lebih tinggi menawarkan imbuhan agar seseorang calon itu dipilih, sehinggalah kini isu terbaru dan cukup memalukan didalam parti yang dianggap keramat oleh pendokong parti cap keris ini ialah adegan tumbuk menumbuk serta baling membaling kerusi ketika mesyuarat agung UMNO diadakan telah mula 'dirasai' kehebatannya....

Keadaan yang sedemikian rupa tidak pernah berlaku kepada ahli UMNO pada zaman sebelum dan awal kemerdekaan negara. Jika pun ada hanya seorang dua sahaja. Sejarah Melayu juga tidak pernah mencatatkan tentang trend dan keadaan sedemikian berlaku didalam sistem politik orang melayu. Kenapa perkara ini harus berlaku kini?

Kemungkinan-kemungkinan yang ada antara lainnya ialah kerana telah terbukti kini bahawa tangga pertama untuk mencapai kejayaan dalam politik atau dalam perniagaan ialah dengan memenangi satu-satu jawatan didalam parti. Ekoran daripada inilah kalau kita melihat kini, kebanyakan yang menang adalah ahli perniagaan atau kontraktor yang semata-mata mengharapkan dengan kemenangan mereka ini menjaminkan segala macam jenis projek yang menghasilkan wang akan diperolehinya.

Kalau dahulu, UMNO kebanyakannya di pimpin oleh penghulu-penghulu, guru-guru atau kerani-kerani dan ahli-ahli agama yang mana mereka ini lebih dekat kepada rakyat dan tahu tentang permasalahan orang ramai. Berbanding kini semua itu telah menjadi sejarah. Bagi mereka kini, faktor tentang kebolehan, kelulusan, kejujuran, bertanggungjawab serta rapat dengan orang ramai tidak lagi berguna. Faktor wang yang banyak serta menjanjikan habuan yang lumayan sekiranya menang pada satu-satu jawatan itu lah kriteria yang paling diutamakan oleh perwakilan untuk memilih mereka.

Secara dasarnya, hal yang demikian telah cukup jauh menyimpang daripada amalan budaya Melayu. Hang Tuah dilantik menjadi Laksamana Melaka kerana kegagahan serta sifat kepahlawanannya, Datuk Bahamana bergelar Orang Kaya Semantan adalah disebabkan kegagahannya, Dato' Onn pula berdasarkan kepada kepandaian dan kebolehannya menyatukan orang Melayu dan begitu jugalah yang lain-lain didalam konteks keperibadian dan kehidupan orang Melayu. Kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti, kebolehan dan daya kepimpinannya.

Sebagai akhirnya, apakah mungkin akan muncul pada masa akan datang seorang Perdana Menteri Malaysia yang menggunakan wang untuk mempengaruhi pemilihannya?

Saturday, November 8, 2008

RASUAH DAN UMNO IBARAT LAGU DAN IRAMA

Salam pada semua,

Ibarat Lagu dan Irama, begitulah juga Rasuah dan UMNO. Mesyuarat agung bahagian-bahagian parti UMNO diseluruh negara sejak 9 Oktober sehingga 9 November 2008 nanti turut tidak terkecuali dengan pelbagai isu yang diperkatakan orang daripada peringkat rakyat biasa sehingga lah ke peringkat pemimpin-pemimpin negara kita.

Hakikat ini telah diakui sejak awal lagi dan ianya mula serius sebagai satu barah dalaman kepada Umno itu sendiri sejak 2 dekad kebelakangan ini. Rasuah wang dan pelbagai lagi yang dijanjikan ketika pemilihan terutamanya lebih dikenali sebagai Politik Wang didalam parti yang dianggap 'keramat' oleh segolongan orang-orang melayu di Malaysia ini.

Kesan daripada politik atau pun dengan lebih mudah lagi bahasanya sebagai RASUAH ini juga sudah sampai ke peringkat kemuncaknya tahun ini apabila semua jawatan utama didalam Umno di peringkat tertinggi MT ini akan di pertandingkan pada perhimpunan agung UMNO Mac 2009 nanti.

Berbagai pihak terutamanya didalam Umno sendiri telah ramai menimbulkan perkara tentang gejala politik wang ini. Secara asasnya politik wang atau Rasuah ini telah mula berakar umbi apabila MT Umno memperkenalkan sistem kuota untuk setiap jawatan yang bakal di pertandingkan. Sistem ini secara tidak langsung telah menghalang daripada ahli-ahlinya secara bebas untuk bertanding walaupun secara jelas dan nyata didalam perlembagaan parti iaitu dengan setiap 2 percalonan sahaja, seseorang ahli di mana-mana peringkat pun boleh bertanding sebagai calon untuk jawatan-jawatan tertentu walaupun di peringkata jawatan Presiden parti!

Meninjau kembali sejarah sistem kuota ini diperkenalkan ialah bagi mengelak para ahli berebut-rebut untuk menjadi calon apabila berlakunya pertandingan didalam Umno yang cukup dahsyat pada tahun 1987 tatkala Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu sebagai Presiden parti telah ditentang serta diberi saingan yang sengit oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden parti. Akibat perpecahan sehingga pengharaman Umno itu sendiri pada tahun 1988 inilah maka pihak MT memutuskan agar sistem kuota perlu diperkenalkan untuk semua calon yang berhasrat untuk bertanding didalam Umno.

Namun begitu, akibat daripada syarat dan sistem kuota ini jugalah telah menyebabkan gejala rasuah didalam Umno membiak begitu cepat dan berkembang serta bercambah umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Tanpa mengambil kira pandangan serta nasihat ahli-ahli parti agar sistem kuota ini tidak perlu diadakan maka inilah akibatnya apa yang telah berlaku didalam parti melayu yang dianggap keramat ini.

Cuba bayangkan apabila di peringkat bawahan pun sistem kuota ini telah dilaksanakan telah pun dikaitkan dengan isu politik atau rasuah wang, apatah lagi sehingga di peringkat tertinggi parti? Apakah jaminan perkara seperti ini tidak akan berlaku? Keputusan pembatalan kemenangan serta hukuman pergantungan ahli terhadap bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad oleh Jawatankuasa Disiplin Umno apabila beliau didapati bersalah terlibat dengan gejala politik wang atau dengan bahasa yang cukup mudah dan di fahami melakukan rasuah ketika pemilihan tahun 2004 ini telah membuktikan betapa pemimpin-pemimpin diperingkat parti lagi besar 'langkahnya' didalam polik wang ini.

Didalam Umno, apabila ahli-ahli dikaitkan dengan penglibatan mereka dengan politik wang, ianya tidak dianggap sebagai rasuah! Ini kerana didalam parti ini politik wang itu berbeza dengan rasuah wang walaupun ia turut melibatkan wang suapan! Adalah suatu yang teramat pelik didalam keadaan Pak Lah sebagai Perdana Menteri berkata kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab akan membasmikan segala kegiatan rasuah dan selalu melaung-laungkan bencikan rasuah serta kita perlu bersama-sama membenteraskan rasuah secara besar-besaran di seluruh negara TETAPI pembenterasan gejala ini gagal untuk dilaksanakan didalam Umno agar ahli-ahli perlu bersama-sama membenci rasuah ini. Hakikatnya, perkara ini tidak berlaku didalam parti Umno pimpinannya sendiri!

Ibarat "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi ibunya sendiri pun berjalan tidak betul" itulah perumpamaan yang sesuai apabila Pak Lah bersungguh-sungguh agar kakitangan kerajaan serta rakyat jelata jangan mengamalkan budaya rasuah tetapi ahli-ahli Umno tetap mengamalkan rasuah tanpa boleh dikawal lagi. ITULAH UMNO....IBARAT LAGU DAN IRAMA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN, BEGITU JUGALAH RASUAH DAN UMNO BERPISAH TIADA....

Tuesday, November 4, 2008

SAJAK "DAMAI ABADI" 2 VERSI

Salam kepada semua,

Pada 02 November 2008, Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) peringkat negeri Pahang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Temerloh.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh panel-panel jemputan seperti YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Sdr Mustaffa Kamil Ayub (Pengarah SEHARUM), Sdr Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia), Tn Hj Abas Awang (Bekas Pengarah Pelajaran WP) dan YBhg Dato' Fauzi Abd Rahman (Bekas Timbalan Menteri Penerangan).

Berbagai isu yang dibangkitkan, berbagai perkara yang diutarakan, berbagai pandangan di lontarkan namun bacaan sajak yang dibacakan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman ketika membentang kertas kerja di seminar tersebut amat menarik perhatian peserta seminar sehari tersebut yang mana turut mempunyai tajuk "Damai Abadi" tetapi berbeza dengan sajak versi Pak Lah. Perbandingan 2 sajak ini dengan 1 tajuk yang sama "Damai Abadi":


SAJAK "DAMAI ABADI' VERSI PAK LAH

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya raya

Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie

Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dia lah Teman, Dia lah Wali
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan

Dia mencukupi, aku hidup bererti
Menikmati damai abadi



SAJAK "DAMAI ABADI" VERSI DATO' FAUZI

Anak dan menantu ku telah cukup menghimpun
Aku kaya tidak terhingga

Dengan jawatan dan teman ku yang muda
Hidup ku di puja-puja

Selagi aku miliki kedudukan
Sentiasa didampingi pelawak berjenaka

Aku jumpa Ghazali Shafie
Terlantar di hospital, tanpa siapa peduli

Hanya lisan ku berteka teki
Agar korang tetap mempercayai
Satu lakonan ku yang bestari
Cari makan

Sekarang mencukupi, aku nak berhenti
Akan ku lihat pengganti ku mati


Seminar ini telah menerangkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap rakyat Malaysia serta menjelaskan lagi pelbagai harapan serta hasrat sekiranya pimpinan yang baru mengambil alih peranan sebagai pemerintah.

Saturday, November 1, 2008

HARGA MINYAK TURUN LAGI, HARGA BARANGAN LAIN?

Salam pada semua pengunjung blog ini,

Hari ini tepat jam 12.01 pagi tadi ;01 November 2008, Kerajaan Malaysia pimpinan BN sekali lagi menurunkan harga minyak untuk pasaran negara ini untuk kali ke 4 semenjak harga minyak dinaikkan secara 'melampau' daripada RM 1.92 kepada harga RM 2.70. Kenaikan harga minyak ini yang dibuat 4 bulan lalu benar-benar telah membuatkan rakyat di negara ini sengsara dengan kos kenaikan barang pengguna dan pengangkutan yang lain turut dinaikkan sama.

Semalam ketika mesyuarat mingguan Kabinet Malaysia telah membuat keputusan agar harga minyak sekali lagi diturunkan sebanyak 15 sen. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, penurunan harga minyak ini adalah selaras dengan penurunan harga di peringkat dunia.

Penurunan harga minyak secara berperingkat-peringkat sebenarnya tidak begitu efektif kepada rakyat. Penurunan harga yang sedikit tetap akan membebankan pengguna kerana didalam masa yang sama harga barangan lain tetap berada ditahap ketika harga mula-mula dinaikkan. Kalau kita melihat trend pelarasan harga yang dibuat sejak diturunkan kali pertama pada Ogos lalu tidak menggambarkan kepekaan kerajaan kepada rakyat. Berikut adalah pelarasan-pelarasan harga minyak yang telah dibuat oleh kerajaan:

PELARASAN HARGA KALI PERTAMA PADA 23 OGOS 2008: Harga yang diturunkan ini untuk 'persiapan' rakyat menghadapi bulan Ramadhan pada 01/09/2008 yang mana harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

PELARASAN HARGA KALI KEDUA PADA 25 SEPTEMBER 2008: Harga ini diturunkan untuk menghadapi Hari Raya pada 01/10/2008 dimana ianya hanya membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

PELARASAN KE TIGA PADA 14 OKTOBER 2008: Selepas raya & juga untuk menghadapi Deepavali, kerajaan sekali lagi bertindak menurunkan harga pada kadar harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

PELARASAN TERKINI PADA 01 NOVEMBER 2008: Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebagaimana yang selalu dikatakan oleh Menteri yang bertanggungjawab pada pengguna ini, kerajaan perlu berbincang dan mengkaji terlebih dahulu sebelum usaha-usaha penurunan harga itu boleh dilakukan. Ini kerana faktor penurunan harga minyak perlu di ambil kira pada semua aspek.

Adalah amat menghairankan apabila kenyataan yang sebegini dijadikan sebagai satu alasan utama ketika ditanya tentang penurunan harga minyak tetapi kenapa ketika mahu menaikkan harga minyak, segala aspek terutamanya kesusahan dan penderitaan rakyat sedikit pun tidak dijadikan asas perkiraan?

Hakikat yang sebenarnya kerajaan BN ini teramat panik dan takut apabila harga minyak dipasaran dunia naik suatu ketika dulu, sedangkan laporan dunia ada menyatakan yang kenaikan harga minyak dipasaran dunia itu dulu hanyalah bersifat sementara dan sebagai kerajan yang selalu mengakui amat cekap memerintah negara sepatutnya kerajaan mengambil langkah 'bertahan' terlebih dahulu dengan harga lama (RM 1.92) dan saya amat yakin kerajaan boleh menurunkan lagi harga minyak sehingga ke paras harga RM 1.70.

Berdasarkan laporan APEC dan mengambil kira faktor simpanan semasa minyak dunia dan mengambil kira juga faktor antarabangsa di negara-negara Teluk, di Amerika Syarikat dan sebagainya, Harga minyak dinegara kita pada ketika itu ialah RM1.92 bersamaan pasaran harga minyak dunia sekitar 70-80 dolar setong, cuba tengok pula sekarang ini pasaran harga minyak dunia ialah sekitar 60-70 dolar sahaja setong, Tetapi sekarang kerajaan BN boleh menunjuk kepada semua sekarang yang harga minyak yang dinaikkan 'gila segila gilanya' dulu RM2.70 sudah boleh diturunkan balik sekarang!

Tetapi kerajaan lupa untuk melihat kesan kenaikan harga barangan yang lain turut melambung kenaikan harganya! Kini, walaupun harga minyak sudah masuk kali ke empat diturunkan namun adakah harga barangan lain turut turun? Jawapannya TIDAK malahan ada sesetengah harga barangan makin naik di luar pengetahuan kita sebagai pengguna! Walaupun merayu atau diadakan kempen penurunan harga barangan lain oleh Menteri itu sendiri, namun harganya tetap sama...tetap tidak turun lagi....

Tuesday, October 28, 2008

MENGATA ORANG 'DIA' YANG LEBIH

Salam pada semua,

2, 3 hari kebelakangan ini, riuh rendah satu negara dengan isu yang dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia berkaitan soal penambahan tulisan-tulisan cina dan tamil serta tulisan jawi/arab di jalan-jalan dikawasan bersejarah yang digazetkan oleh Unesco (World Heritage Site).

Berdasarkan apa yang diperjelaskan oleh kerajaan Pulau Pinang berkaitan dengan penambahan tulisan tersebut, sumber mengatakan bertujuan bagi menunjuk kepada pelancong-pelancong asing tempat-tempat yang bersejarah dan memudahkan lagi mereka apabila penambahan tulisan tersebut diadakan.

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28/10/2008 memaparkan bagaimana beberapa pihak membidas usaha dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang. Umno Bahagian Tanjung Pulau Pinang mempersoalkan niat sebenar kerajaan untuk memasang papan tanda jalan didalam tulisan tersebut bagi tujuan warisan di jalan-jalan sekitar Pulau Pinang. Bagi mereka tiada sebab yang kukuh untuk kerajaan negeri ini bertindak sedemikian.
"Jika sebab pelancongan pun memang tidak boleh diterima kerana pelancong datang negeri ini untuk mengenali keunikan negara kita dan bukannya hendak tau pasal jalan. Lagipun bahasa bukan isu kepada mereka kerana bahasa melayu menggunakan abjad-abjad roman dan itu sesiapa pun tau baca, jadi papan tanda jalan bukan satu masalah" Ulasan yang dibuat oleh Raja Munir Shah Raja Mustapha, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung.

Kenyataan yang dibuat oleh UMNO ini juga mengaitkan isu politik didalam hal ini. Bagi mereka isu pelancong yang tinggal disini pun tidak akan mengalami masalah kerana katanya, pelancong telah pun ada peta malahan sikap masyarakat kita yang sentiasa mesra dan suka membantu para pelancong.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Sdr Jeffri Salim menambah, "Mereka akan mengadakan bantahan sekaligus meminta agar papan tanda itu diturunkan jika ianya dilaksanakan kelak. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan telah termaktub dalam perlembagaan negara ini, jadi pemasangan papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa tidak perlu dilaksanakan"

Sementara itu Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Nik Mohamed Nik Mohamad Salleh berkata, "kerajaan negeri harus memberi pertimbangan terhadap tujuan sesuatu papan tanda yang dipasang". Katanya lagi, "kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat tempatan daripada orang luar iaitu dengan mempermudahkan sesuatu perkara bukannya melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan polemik antara kaum"

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, telah jelas seluruh rakyat negara ini memahami bahasa melayu dan tidak mempunyai masalah untuk memahaminya. Beliau juga berharap agar Kerajaan Pulau Pinang dapat menghormati bahasa rasmi negara dengan tidak mencampuri bahasa-bahasa lain pada papan tanda.

Berbalik kita soal tujuan penambahan tulisan-tulisan tersebut ditambah. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pun turut mempunyai papan-papan tanda dalam pelbagai bahasa, ada Arab, ada Jepun dan berbagai bahasa lagi. Kenapa mereka semua ini sedikit pun tidak memberi komen? Kalau nak dikatakan tidak menghormati bahasa rasmi negara, pun boleh dikatakan ye, tetapi ini berkaitan soal memudahkan para pelancong yang datang ke negara kita atas tujuan yang satu iaitu perlancongan!

Begitu juga di Bukit Bintang, disesetengah tempat dan lorong turut di namakan didalam Bahasa Arab kerana bagi memudahkan para pelancong dari negara Arab ke situ dan sebab itu lah diletakkan tulisan arab. Dalam hal ini kita semua kena rasional, Kerajaan Pulau Pinang hanya menambah tulisan-tulisan tersebut pada beberapa lokasi yang difikirkan sesuai dengan imej sebagai kawasan perlancongan warisan dunia.

Kalau nak dikirakan ini salah, kenapa para pemimpin ini tidak memberi komen atau menentang atau mengadakan protes di KLIA atau di Bukit Bintang bagi menunjukkan kepada semua bahawa kita menetang sebarang penambahan tulisan selain bahasa melayu sahaja. Soal mengutamakan pelancong luar daripada dalam negara, Apakah yang dilakukan di KLIA terutamanya lebih mengutamakan masyarakat tempatan ke? KLIA sebagai pintu masuk utama negara sepatutnya lebih kedepan untuk kita menonjolkan penggunaan bahasa melayu kepada orang luar. Tetapi kenapa kita tidak lakukan? Sebabnya kita tidak pernah membuang tulisan atau bahasa melayu tersebut cuma menambah beberapa tulisan bahasa lain.

Dalam hal ini pun sama, kerajaan Pulau Pinang tidak membuang tulisan bahasa melayu tetapi menambah beberapa bahasa yang difikirkan perlu sahaja. Sebagai contoh, dikawasan melayu papan tanda akan turut mempunyai tulisan jawi atau arab, begitu juga di kawasan Cina dan India akan turut mempunyai tulisan Cina dan India tanpa membuang tulisan Melayu. Tujuannya hanya lah satu, sama seperti di KLIA atau Bukit Bintang iaitu untuk tujuan utama perlancongan!

Wednesday, October 22, 2008

APA YANG DIBIMBANGI, TERJADI KINI

Salam pada semua,

Tajuk diatas, "Apa yang dibimbangi, terjadi kini" memang telah didengari sejak akhir-akhir ini. Kalau dahulu, apabila rakan-rakan bercerita tentang perangai YB-YB dari BN dengan berbagai karektor yang berubah sebaik sahaja menang dan menjawat jawatan sbg wakil rakyat atau YB, sudah pasti kita akan berkata...."Ala biasalah tu...YB BN, memang dah macam tu...." tetapi bagaimana pula kalau orang ramai kini bercerita tentang perangai YB-YB daripada Pakatan Rakyat dan lebih tepat lagi kalau YB daripada PKR?

Semalam rakan saya sejak era reformasi 98' ada bercerita berbagai-bagai tingkah laku para YB-YB terutamanya daripada PKR yang telah berubah tingkah lakunya sebaik menang sebagai ADUN atau Ahli Parlimen (MP). Cerita ini memang telah saya dengari sejak 3,4 bulan dulu. Dulu kita sekadar dengar tanpa mengambil serius. Bagaimana pula kini apatah lagi, cerita ini memang benar-benar berlaku pada si empunya badan?

Secara peribadinya, saya telah banyak mendengar tentang hal ini. Sebagai contoh teguran terbuka DSAI terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Fairus beberapa bulan lalu telah membuktikan apa yang diperkatakan oleh rakyat bawahan ini benar-benar terjadi. Mungkin faktor kesibukan YB Fairus sebagai Timbalan KM adalah alasan yang kuat baginya untuk tidak turun kebawah dan menyelami apa kesusahan rakyat di kawasannya itu. Sebagaimana kata DSAI dulu, walaupun sesibuk mana sekali pun dia sebagai Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu, beliau tetap turun dan meninjau permasalahan rakyat di parlimen Permatang Pauh! walaupun jauh sekalipun untuk beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Permatang pauh, namun demi tugasan dan tanggung jawab beliau terhadap penduduk di parlimennya, beliau tetap balik! Oleh itu alasan yang diberikan oleh YB Timbalan KM itu sekadar alasan yang dangkal, sebagai wakil rakyat disitu, tugas dan tanggung jawab terhadap rakyat dikawasannya perlu dipikul walaupun sesibuk mana sekali pun kita! Selepas teguran tersebut, YB Fairus telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap rakyat di kawasannya, tahniah YB!

Namun begitu cerita tentang karektor YB ADUN PKR yang lain juga turut didengari sama. Menurut rakan-rakan lain, ada juga seorang YB PKR yang masih muda telah mula mengabaikan tugasnya untuk turun ke padang ! Beliau berkata, bila YB itu dipanggil untuk turun ke program yang dianjur oleh parti tidak kira samada jauh atau dekat walaupun di negeri sendiri, YB tersebut selalu memberi alasan sibuk...tetapi kesibukan YB ini bukan kerana program parti di tempat lain atau pun meninjau rakyatnya, rupa-rupanya sibuk di padang golf! Ye lah...sebagai wakil rakyat muda belia apatah lagi sebagai orang muda kita perlu sesuaikan diri dengan sukan dan secara tidak langsung perlu bermain golf kot? (menurut yang diberitahu YB tersebut kini sudah mula berjinak dengan golf )....tetapi permintaan ahli terutamanya di peringkat bawah juga perlu di ambil kira! Kalau lah program yang dekat di negeri sendiri pun YB ini sudah gagal untuk hadir, bagaimana pula kalau pendokong-pendokong parti di negeri lain ingin menjemput beliau? Sanggup ke datang?

Yang terbaru lagi best....YB ini berstatuskan Ahli Parlimen (MP) pun mempunyai karektor yang lebih kurang sama dengan yang lain apabila sudah mula menunjukkan tahap kesombongannya dengan tidak mahu turun ke bawah bertemu rakyat serta ahli parti terutamanya bila di jemput. Seseorang ada membertitahu saya, apabila di jemput ahli untuk datang dan bersama didalam program yang di anjurkan, boleh ke sebagai YB menjawab "Kenapa perlu saya hadir pulak"? Kalau benarlah sebagaimana yang diberitahu ini, adalah teramat malang kita mempunyai YB yang berkarektor seperti ini? Ada juga yang memberitahu mengatakan YB ini sombong dan tidak boleh di tegur apatah lagi oleh orang-orang lama didalam pasti sejak awal lagi.

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Daripada perbincangan dengan rakan-rakan yang telah aktif bersama-sama semenjak 1998 dahulu dan telah mula bersama didalam PKR sejak penubuhan lagi (dahulunya 1999-2002 ketika dinamakan Parti Keadilan Nasional) sehingga kini telah merumuskan beberapa perkara yang memungkinkan terjadinya perkara-perkara diatas:

1. YB yang berkarektor sedemikian mungkin tidak pernah merasa kesusahan dan keperitan kita sejak diperingkat awal parti ini diwujudkan. Betapa sukar dan susahnya kita untuk menghidupkan parti apatah lagi menghadapi pilihanraya umum? Dulu diawal menyertai PRU, segala kos dan berbagai lagi ditanggung sendiri dan dengan bantuan sedikit sebanyak rakan-rakan, berbeza dengan kini walaupun tidak banyak tetap mendapat bantuan parti terutamanya melibatkan kos deposit calon dan deposit poster.

2. YB yang berkarektor sebegini juga masih muda dan mungkin juga baru menyertai parti (mungkin dulu masih sebagai pelajar universiti atau masih tidak berani menyertai PKR kerana kurang keyakinan terhadap PKR itu sendiri atau sesetengahnya masih lagi sayang kepada UMNO?)

3. YB yang berkarektor sedemikian mungkin tidak pernah cuba untuk menimba pengalaman daripada orang-orang lama yang pernah bertanding sejak 1999 lagi, calon lama cuma tidak ada rezeki untuk menang. Mungkin nasib YB tersebut bertanding di PRU 12 lalu beliau menang maka perasaan ego dan riak atas kehebatannya mula terserlah kini tanpa mengambil kira pengorbanan calon2 yang pernah bertanding disitu dahulu.

Amatlah diharapkan agar senario ini dielakkan secepat mungkin. Jangan jadikan ini sebagai satu contoh kepada yang lain. Dibimbangi ini akan menjadi satu contoh untuk rakyat menyamakan YB PKR seperti juga YB dari kalangan BN! Semoga apa yang diperkatakan orang ramai tentang karektor YB ini tidak berlaku lagi.

Wednesday, October 15, 2008

MUKHRIZ & ANGIN PERUBAHAN

Salam pada semua,

Berita terkini percalonan untuk pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO semakin sengit dan hangat. Namun berdasarkan sumber media massa milik negara menunjukkan bagaimana hanya 3 nama calon sahaja yang sentiasa meniti dibibir perwakilan pemuda UMNO diseluruh negara kecuali Sarawak yang mengadakan persidangan pemuda bahagian sekarang ini.

Mukhriz Mahathir, anak kepada bekas PM Malaysia ke 4 kini mendahului begitu jauh iaitu menperolehi percalonan sehingga hari ini sebanyak 40 percalonan dan secara rasminya telah melepasi kuota untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di ikuti oleh Khairy Jamaluddin (menantu kesayangan Pak Lah) yang baru memperolehi 20 percalonan dan di ikuti oleh saingan ke 3 nya iaitu bekas MB Selangor, Khir Toyo 12 percalonan.

Mukhriz yang begitu vokal dan lantang menyuarakan pandangan-pandangannya secara peribadi kepada Pak Lah terutamanya selepas PRU 12 baru -baru ini begitu yakin akan memenangi jawatan ketua pemuda pada permilihan yang akan datang berdasarkan sokongan akar umbi terutamanya. Perubahan yang mahukan kepada beliau ini begitu meluas diseluruh negara. Percalonan yang begitu mendadak selepas seminggu persidangan pemuda bahagian berlangsung menunjukkan bagaimana pola percalonan begitu menyebelahi beliau.

Penganalisis politik, Joceline Tan didalam The Star turut membuat ulasan yang sama tentang keupayaan beliau kini berbanding percabar yang paling hampir iaitu KhairyJamaluddin,

"Datuk Mukhriz Mahathir was probably as surprised as many others in Umno to have zoomed ahead of the assumed strongman candidate Khairy Jamaluddin. By the end of first weekend round of Umno Youths divisions meetings on sunday, he had 40 nominations, more than the minimum 38 he needed to contest the umno youth leadership! getting the requisite nominations is a key psychological milestone and that he got there before Khairy and Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has been pretty stunning"

Ini menunjukkan perubahan yang ada ketika persidangan ini telah mula wujud lebih-lebih lagi selepas pengumuman Pak lah yang tidak akan mempertahankan lagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac 2009 ini. Apa yang berlaku kini turut di akui oleh ramai perwakilan pemuda itu sendiri.

Harrison Hassan, Ketua Pemuda Umno Subang yang baru turut mengakui bahawa segalanya telah berubah kini. Perubahan yang diharapkan ini diharapkan mampu diterjemahkan ketika pemilihan pada mac nanti. Respon yang ditunjukkan oleh perwakilan pemuda kini juga telah jelas menunjukkan bahawa Mukhriz kini menjadi pilihan yang utama para perwakilan pemuda bahagian untuk mencalonkan beliau. Statistik secara rambang sebagaimana yang berlaku di beberapa bahagian telah membuktikan Mukhriz sentiasa ke depan berbanding Khairy dan Khir Toyo.

Di Setiawangsa, keputusan yang dibuat oleh perwakilan menunjukkan Mukhriz menang 53, Khir 29 dan Khairy cuma 7 undi sahaja. "Angin perubahan yang mahukan Mukhriz begitu kuat dan amat ketara disini" kata Zulfida, ahli pemuda umno dari Setiawangsa itu.
Manakala apa yang berlaku di bahagian Tenggara, Johor lagi dahsyat apabila perwakilan pemuda menjerit "Tidak Mahu!" sebaik sahaja nama Khairy dicadangkan sebagai calon ketua pemuda Umno Malaysia. Keputusan lain seperti di Batu Pahat, Khairy hanya memperolehi 3 undi berbanding Khir 95 dan 186 undi untuk Mukhriz.

Berdasarkan pengamatan terkini, trend penolakan terhadap Khairy ini akan berterusan dan arus perubahan serta bantahan terbuka perwakilan kepada Naib ketua pemuda Umno, Khairy sudah jelas membuktikan segalanya. Itulah Umno....ketika pemimpin berada dipuncak kuasa ramai yang mendokongnya, ketika di ambang kejatuhan kini, lihat lah bertapa ramai yang membencinya.....

Filasuf Pakistan, Mohamad Iqbal pernah menulis didalam bukunya;

"Dalam sebuah negara yang bergolak, para penguasa, politikus dan ahli korporat tidak tidur lena, yang tenteram dan tidak diterjah masalah ialah ahli sufi. Ahli-ahli sufi adalah manusia mengejar Tuhan, sedangkan penguasa, politikus dan saudagar mengejar kuasa dan harta. Tinggalkanlah dunia politik jika mahu hidup tenteram, seperti dilakukan sufi terkenal Ibrahim Adham (Ahli Sufi ini meninggalkan istana/kuasa dan ladang kuda/harta, kemudian berkelanan sehelai sepinggang).


Manakala hujah ahli agamawan yang terlibat dengan politik;

"Bukankah dengan kuasa, penguasa boleh mendekatkan rakyat dengan Tuhannya? politik sekali-kali tidak terpisah daripada agama (Islam)".

Jawab kelompok ketiga;

"kami menyertai politik, namun kami tidak sesekali akan mengheret agama masuk ke kandangnya. Kerana agama itu sifatnya suci sedangkan politik itu sifatnya kotor."

Hujah kelompok ketiga sudah dijawab oleh Ayatollah Khomeini 30 tahun lalu;

Politik kamu (sekular) itu yang kotor, politik Islam tidak...


Itulah hakikatnya...angin perubahan memang perlu tetapi adalah lagi baik perubahan ini disulami dengan nasihat...

Tuesday, October 14, 2008

CABARAN MEMILIH PEMIMPIN

Semalam, saya tertarik kepada artikel utama di muka depan akhbar Utusan Melayu (Akhbar tulisan Jawi terakhir melayu) yang kini hanya boleh ditemui secara mingguan didalam sisipan akhbar Utusan Malaysia sahaja. (untuk rekod: Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi yang merupakan tulisan orang melayu pada awal tahun 60an dulu?)

Saya juga tertarik kepada tagline akhbar tulisan jawi ini "Pencetus Agenda bangsa"....tengok pada tagline ini memang hebat apatah lagi akhbar inilah merupakan lidah secara tidak rasmi untuk orang-orang melayu terutamanya ketika sebelum kemerdekaan negara dahulu.

Artikel depan semalam bertajuk "Cabaran Memilih Pemimpin", besar sekali tajuknya dengan berlatarbelakang gambar perhimpunan agung UMNO di Dewan merdeka, PWTC. Saya petik beberapa artikel tersebut antaranya,
"Bahang pemilihan pucuk pimpinan UMNO mula terasa apabila beberapa bahagian UMNO mengadakan persidangan perwakilan masing-masing. Persidangan kali ini menjadi teramat penting memandangkan pemilihan akan turut diadakan diperingkat bahagian dan seterusnya di peringkat pusat pada Mac tahun depan"

menurut akhbar itu lagi, "Lebih menarik lagi pemilihan kali ini berlangsung seiring dengan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO. Pemilihan kali ini adalah amat penting dalam menentukan hala tuju UMNO sebagai parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah"

"Sehubungan dengan itu para perwakilan ke persidangan bahagian tidak seharusnya lupa mengenai amanah dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh mereka pada pemilihan kali ini. Disini lah bermulanya cabaran para perwakilan ini untuk memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai keupayaan untuk memimpin bukan sahaja parti malah negara kearah yang lebih gemilang"

Secara tradisinya, pemilihan seseorang Presiden UMNO yang baru secara tidak langsungnya menandakan pemilihan seorang Perdana Menteri yang baru secara automatik. Untuk rekod semenjak 51 tahun negara kita merdeka, Presiden UMNO secara automatik akan menjadi Perdana Menteri Malaysia! Tetapi adakah kita maklum bahawa kira-kira 2500 orang perwakilan ke perhimpunan agung UMNO ini sahaja lah yang benar-benar berperanan dan menjadi pembuat keputusan siapa bakal Perdana Menteri negara?

Secara amnya, penduduk negara kita kini berdasarkan statistik terbaru bancian penduduk Malaysia adalah berjumlah 27 Juta tetapi tidak mampu membuat keputusan sebagaimana 2500 orang perwakilan untuk menentukan Perdana Menteri kita. Secara matematiknya hanya kira-kira 0.0000926% sahaja daripada jumlah penduduk negara ini yang berpeluang untuk memilih pemimpin utama negara kita! Memang benar lah kata rakan-rakan saya yang masih didalam UMNO sehingga kini, sekadar dapat menjadi perwakilan (G7) untuk ke perhimpunan agung UMNO setiap tahun apatah lagi ketika di tahun pemilihan seperti Mac 2009 nanti sudah dianggap hebat! kenapa beliau berkata demikian? Jawabnya ditahun seperti ini lah, para perwakilan akan dilayan bagaikan putera, puteri, permaisuri dan raja oleh calon-calon yang bertanding, ye lah....al-maklum ajelah kerana masing-masing calon yang bertanding hendakkan undi daripada perwakilan G7 ini....

Artikel di akhbar Utusan Melayu ini juga turut 'menyarankan' serta 'menasihatkan' agar perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkeupayaan serta berkemampuan sahaja sebagai pemimpin negara. dalam hal ini apakah kriteria yang dimaksudkan berkeupayaan dan berkemampuan tersebut? Dalam hal ini adakah sebagaimana yang disarankan seperti yang diimpikan?
1) Apakah kriteria yang mempunyai sifat keimanan yang tinggi, ketaqwaan, berjiwa merdeka, adil, amanah dan sebagainya sebagaimana kehendak syariat (Maqasid Syariah) itu yang di kehendaki?

2) Adakah juga diandaikan bakal pemimpin yang dipilih nanti sememangnya berasal dari golongan yang hebat kehidupannya seperti golongan bangsawan atau aristocratic tetapi berjiwa rakyat?

Dalam konteks percalonan UMNO sehingga hari ini, kita nampak kebanyakan perwakilan lebih condong memilih calon tunggal untuk kerusi Presiden UMNO yang juga bakal Perdana Menteri, Insya Allah dengan izin Tuhan pada mac 2009 nanti iaitu tidak lain dna tidak bukan sehingga kini hanyalah Dato' Seri Najib Tun Razak. Berdasarkan perkembangan ini, kriteria ke 2 telah diambil kira oleh perwakilan sebagai berkeupayaan dan berkemampuan sebagai pemimpin negara kita nanti.

Karim Raslan, dalam artikel di The Star 23/09/2008 lalu telah menulis tentang Dato' Seri Najib ini yang sememangnya pemimpin yang berada didalam kelas tersendiri bertajuk " The Bangsawan Candidate" antara petikannya
" At the best, they can be the most racially inclusive of figures; cosmopolitan, urban adn well-educated. Deputy Prime Minister Dato' Seri Najib, like his cousin Dato' Seri Hishamuddin Hussein who is Education Minister, are Bangsawan or Aristocratic politicians"

Oleh yang sedemikian, tugas serta cabaran memilih pemimpin ini bukan lah suatu kerja yang mudah dengan sekadar hadir ke perhimpunan agung UMNO dan mengundi atau sekadar mengesahkan inilah pemimpin yang kami pilih tetapi kita perlu fikir setiap perkara didalam menentukan pimpinan negara khususnya.