04.04.1999, jam 10.00 pagi, Lokasi Grand Ballroom, Hotel Renaissance, Jalan Ampang, masih teringat dan kedengaran di telinga akan laungan semangat ketika perlancaran penubuhan Parti Keadilan Nasional (keADILan) yang dilancarkan di hotel tersebut.
Masih teringat bagaimana kita semua yang hadir pada hari itu begitu bersemangat mengisi borang untuk menjadi ahli parti dan merasa bangga kerana turut dapat bersama pada hari yang bersejarah tersebut. Yang pasti saya merasa bertuah kerana turut berada disitu pada hari tersebut.
Hari ini 04.04.2010, genaplah sudah 11 tahun keADILan ditubuhkan. Dengan pengalaman suka duka, pahit maung bersama telah mendewasakan kita semua. Penubuhan keADILan yang telah merintiskan sejarah politik baru negara kita pada ketika itu. Dengan misi perjuangan adalah jelas: "menegakkan keadilan dan kebenaran", siapa sangka selepas 11tahun kita kini sudah berada di tempat yang boleh dikatakan agak tinggi untuk diraikan bersama.
Pengalaman telah mematangkan kita semua selaku pendokong parti. Siapa sangka kita yang dahulunya diawal penubuhan tidak langsung dipandang orang apatah lagi UMNO dan Barisan Nasional, kini menjadi igauan ngeri buat mereka semua....
Sebagai sebuah parti politik yang baru ketika itu, keADILan diberi harapan yang cukup tinggi oleh generasi muda seperti saya sendiri. Harus diingat saya yang ketika itu baru berumur 26 tahun sememangnya mengharapkan wadah ini sahajalah yang mampu merubahkan senario politik negara kita daripada dijajah dengan gaya dan pemikiran ala UMNO dan Barisan Nasional!
Pengalaman saya menyertai parti baru ditubuhkan ketika itu amat getir berbanding ketika menyertai wadah yang lain sebelumnya. Apatah lagi dengan sejarah parti yang hendak ditubuhkan ketika itu pun sudah menghadapi kesukarannya yang amat perit untuk dirasakan.
Dengan sejarah awal secara ringkasnya kita semua pada ketika itu iaitu sebelum parti keADILan ditubuhkan agak 'teraba-raba' untuk mencari wadah perjuangan baru untuk dinaungi, lantas kebanyakan pendokong awal perjuangan dijalanan atau pejuangan Reformasi ini membentuk dan menyertai NGO Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) sebagai wadah perjuangan awal sebagai pentas bagi membela Dato Seri Anwar Ibrahim di peringkat awalnya.
Saya turut mempunyai sedikit pengalaman untuk dikongsikan bersama sebagai orang yang pernah mengikuti ke program gerakan NGO ADIL ini pada peringkat awalnya seperti di Kuala Lumpur dan juga di Batu Buruk Kuala Terengganu, pengalaman ini begitu mahal sekali untuk dikenang apabila melihat berbondong-bondong rakyat bawahan tanpa perlu dibayar untuk hadir bersama ke program tersebut.
Selepas itu usaha untuk menubuhkan parti politik digerakkan dengan segera untuk pergerakan Keadilan ini tetapi menghadapi jalan buntu serta halangan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 (yang berpengkalan di Dungun, Terengganu) ketika itu.
Setelah proses pertukaran nama serta berbagai lagi perkara yang berkaitan dengan urusan pendaftaran ROS selesai, maka pada 04.04.1999, Parti Keadilan Nasional (keADILan) selamat dilancarkan dengan meriah dan jayanya pada ketika itu.
Justeru itu ulangtahun penubuhan keADILan yang ke 11 ini seharusnya diraikan secara meluas dan besar-besaran tahun ini apatah lagi disaat kita akan menghadapi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April 2010 ini, jadikan ulangtahun ke 11 ini sebagai tonik tambahan untuk kemenangan kita nanti!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tuan,sedikit pandangan:
1.Parti Keadilan Nasional-shortform hendaklah ditulis seperti berikut KeADILan
2.Parti Keadilan Rakyat-shortform hendaklah di tulis KEADILAN
kena bezakan kedua ini utk tentukan era atau zaman yg mana satu.dalam perlembagaan ada nyatakan.
satu lagi ialah kecenderungan org kita termasuk pemimpin merujuk kpd parti sbg P.K.R sedangkan perlembagaan menyebut nama ringkas ialah KEADILAN bukan PKR.ni pun kena perbetulkan.
ok terima kasih
terima kasih tuan,
betul, saya terlepas pandang tadi apabila menulis shortform parti keadilan nasional sebagai KEADILAN walhal itu adalah shortform untuk parti keadilan rakyat.
mmg betul dlm perlembagaan ada menyebut parti sbg KEADILAN sahaja tetapi kita tidak faham kenapa ahli kita menyebutnya sbg PKR dijadikan akronimnya dan tidak seperti diawal penubuhan 1999 dahulu kita lebih selesa memanggilnya sbg keADILan..
TQVM.
Post a Comment