Friday, April 9, 2010

YANG PASTINYA CHEW MEI FUN TIDAK DIJUMPAI DIDALAM UMNO...

Perletakan semua jawatan dalam parti dan kerajaan semalam oleh Datin Paduka Chew Mei Fun seharusnya membuka mata kepada semua terutamanya kepimpinan wanita didalam Barisan Nasional (BN) khususnya kepada UMNO.

Dengan mengotakan janji sekiranya Dato Seri Chua Soi Lek (CSL) menang untuk jawatan Presiden MCA maka beliau dengan rela hati akan melepaskan semua jawatan yang disandangnya samada di peringkat parti atau juga didalam kabinet kerajaan.

Antara jawatan yang dilepaskan itu ialah Ketua Wanita MCA, Ketua Wanita MCA Selangor, Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti MCA, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta jawatan Senator.

Kita sebenarnya amat kagum dengan prinsip yang dimiliki oleh beliau kerana tidak melihat jawatan, pangkat serta kedudukan untuk melupakan janjinya itu. Sebagai seorang bukan Islam, keluhuran didalam dirinya yang tegas serta tidak sesekali berpatah balik atau termakan pujukan agar menarik balik niatnya itu cukup di kagumi semua.

Apa kata-kata beliau sehingga membawa perletakan jawatannya itu? Menurutnya, beliau tidak akan sesekali boleh bekerjasama dengan CSL yang jelas terlibat dengan skandal seks.

“Adalah jelas perletakkan jawatan saya ini adalah bertujuan untuk mempertahankan hak serta maruah golongan wanita”

Secara umumnya beliau dilihatkan sebagai seorang yang benar-benar menentang kepada sesiapa yang cuba mengeksplotasikan hal wanita. Baginya isu ini telah merendahkan martabat wanita seolah ianya sebagai tempat pemimpin melampiaskan nafsu semata-mata.

Nah! Lihatlah dan bukalah mata mu wahai pemimpin-pemimpin Wanita dan Puteri UMNO sekelian, bagaimana seorang yang bukan Islam begitu tinggi sekali ketegasannya itu. Atas prinsip intergritinya, kita semua kagum dan menyanjung tinggi langkah yang telah dibuat oleh beliau terutamanya didalam mempertahankan maruah wanita!

Tetapi ini tidak berlaku didalam parti lain khususnya pada wanita UMNO yang dilihatnya lebih mementingkan pangkat dan kedudukan daripada sanggup melepaskan jawatan demi mementingkan perut dan tembolok mereka sendiri sahaja daripada berganding bahu menentang pemimpin-pemimpin yang cuba melakukan kesalahan seperti itu.

Sehingga kini kita tidak pernah lagi melihat walaupun seorang samada pemimpin Wanita atau Puteri UMNO yang sanggup melepaskan kesemua jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Chew Mei Fun kerana takut kehilangan segala-galanya.

Pemimpin sebeginilah yang seharusnya UMNO miliki dan bukan sekadar membabi buta untuk menyokong tanpa mengambil kira latar belakang sesetengah pemimpin yang jelas gagal untuk di jadikan contoh akhlaknya itu.

Sekiranya ramai pemimpin-pemimpin politik wanita di Malaysia ini mempunyai pendirian serta ketegasan yang sama didalam isu mempertahankan maruah wanita sebagaimana Chew Mei Fun lakukan, saya yakin tidak akan ada lagi pemimpin-pemimpin tinggi kepimpinan sesebuah parti akan melakukan perkara yang sama sebagaimana yang telah dilakukan oleh CSL dahulu.

Ketegasan Chew Mei Fun juga akan dilihat oleh semua pengundi golongan wanita di negara ini sebagai wirawati mereka yang boleh diharapkan dan yang pastinya kita tidak akan menemui seseorang seperti Chew Mei Fun didalam UMNO....

No comments: