Pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil yang diadakan setiap kali sudah sampai waktu untuk dibubarkan atau setiap kali ada kekosongan pada sesuatu kerusi adalah medan yang ‘terbaik’ untuk rakyat diberi ‘kemewahan’ yang sementara disamping janji-janji ekspres serta pengumuman projek-projek umpama mee segera oleh golongan-golongan tertentu disepanjang kempen pilihanraya dijalankan.
Kenapa saya berkata sedemikian? Sekiranya kita melihat pilihanraya-pilihanraya dinegara-negara luar seperti UK, Jepun, Korea , Amerika Syarikat, Australia malahan jiran tertangga kita seperti Indonesia, mereka menjadikan proses pilihanraya tersebut sebagai tempat menguji penerimaan pengaruh rakyat akan dasar yang diperkenalkan oleh parti masing-masing dengan menekan ciri-ciri kearah kebajikan rakyat untuk dilaksanakan.
Ciri-ciri yang berterusan seperti ini akan memastikan perkara utama didalam kehidupan seperti kebajikan kehidupan rakyat yang seminima mungkin untuk dirasai oleh rakyat, kegiatan gejala rasuah yang mesti dibenteras bersungguh-sungguh , membentuk peluang pekerjaan agar ianya diperbanyakkan disamping kemudahan umum untuk rakyat ditambah dari semasa ke semasa.
Melihat senario atau trend pilihanraya dinegara kita samada pilihanraya umum ataupun kecil, parti-parti yang bertanding terutamanya kerajaan yang memerintah seperti UMNO / BN telah menjadikan medan pilihanraya sebagai tempat kempen mereka dengan menjanjikan apa sahaja untuk rakyat miliki disepanjang tempoh berkempen dijalankan.
Kita melihatkan mereka ini hadir dengan membawa kempen yang lebih berbentuk terbuka dengan janji itu dan ini sekiranya parti mereka khususnya dipilih oleh pengundi. Berlainan dengan Pakatan Rakyat yang cuba mengubah konsep kempen dengan menjelaskan dasar dan peranan parti sekiranya berjaya memenangi pilihanraya ini tanpa melakukan janji yang berbentuk pembangunan segera dan kilat disamping cubaan ‘menggula-gulakan’ rakyat.
Pengalaman berada di dua tempat yang berbeza seperti di pilihanraya umum Indonesia dan Malaysia diibaratkan seumpama langit dan bumi perbezaannya. Lihatlah di negara kita tiada apa yang tidak boleh dijanjikannya kepada pengundi sekiranya UMNO / BN berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Hanya bulan bintang sahaja yang tidak dapat dijanjikan, sekiranya ianya boleh dijanjikan untuk diberi kepada pengundi saya pasti mereka pun berani untuk menjanjikannya walaupun hakikatnya kelentong belaka....
Ketika kempen pilihanraya dinegara kita, sesuatu perkara yang sukar selama 50 tahun lebih UMNO / BN memerintah negara ini secara tiba-tiba pula semuanya boleh diberikan serta merta dan mengejutkan! Seperti secara tiba-tiba bekalan air , api elektrik, telefon dan sebagainya boleh diberi walhal bertahun kita cuba mendapatkannya berbagai alasan yang mengakibatkannya tidak boleh!
Itu yang kita pelik kenapa dahulu selama 50 tahun lebih memerintah amat sukar untuk diberi? Itu belum masuk lagi soal janji lain yang diberi seperti untuk dibuat jalan, di adakan pembangunan rumah baru, menambahkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan sejak dulu dan segala-galanya lah…
Lihat di Indonesia selepas era reformasi 1997, pilihanraya mereka adalah pentas terbaik untuk parti masing-masing menjelaskan dasar mereka untuk rakyat serta apa yang perlu dilakukan untuk memajukan negara mereka disamping pembenterasan secara besar-besaran perkara yang tidak sihat tanpa mengira mereka siapa seperti salahguna kuasa, kegiatan rasuah, perdagangan haram dan lain-lain lagi.
Masih kita ingat bagaimana ketika di pilihanraya umum 2004 lalu, negeri –negeri yang masih ketiadaan Universiti di negeri mereka telah dijadikan modal oleh UMNO / BN untuk mengumpan sekiranya UMNO / BN dipilih oleh pengundi negeri tersebut, maka mereka akan diberikan sebuah universiti sebagaimana yang telah berlaku negeri Terengganu apabila memperolehi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebaik sahaja UMNO / BN Berjaya memenangi kembali negeri tersebut pada PRU 11 2004 lalu daripada PAS.
Apa hendak jadi dengan cara mereka berkempen sebenarnya? Kita sudah boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku kiranya UMNO / BN kalah maka semua yang dijanjikan tersebut tidak akan dilaksanakan sebagaimana yang telah berlaku contohnya di Dun Manek Urai, di Dun Penanti dan lain-lain tempat lagi.
Tetapi apa yang hendak di hairankan, usahkan kawasan yang mereka tandingi itu kalah untuk mereka tunaikan janji sebagaimana di kempen pilihanraya lalu, malahan di kawasan yang mereka menangi itu pun masih ditahap yang sama walaupun telah berbulan malahan bertahun selepas mereka menangi sebagaimana yang berlaku di Dun Bagan Pinang tempohari apabila didapati masih tiada aktiviti pembangunan pun sebagaimana yang dijanjikan.
Jadi dengan kata mudah usahlah percaya dengan janji-janji kosong mereka sejak dulu, kini dan selamanya sememangnya kelentong je....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment