Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya bagi penetapan tarikh hari penamaan calon dan tarikh hari pengundian bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor telah pun kita ketahui hari ini.
Sebagaimana menurut kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu 17 April ini manakala hari pengundian pula ialah pada 25 April 2010 ini.
Sebagaimana 'kebiasaannya' tempoh berkempen yang dibenarkan oleh SPR antara 8-9 hari itu merupakan satu tempoh yang telah dirasakan 'amat mencukupi' untuk semua parti yang bertanding berkempen.
Dengan tarikh yang telah diberikan oleh SPR, kini adalah masanya bagi pihak yang ingin bertanding samada daripada Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat. Bagi Barisan Nasional sehingga kini masih lagi belum pasti parti manakah yang bakal bertanding walaupun ada ura-ura yang mencadangkan agar UMNO sahaja diberi peluang bertanding bagi menggantikan MIC disitu!
Bagi Pakatan Rakyat pula, kesepakatan yang terjalin antara tiga parti PKR, PAS dan DAP cukup hebat dan amat tinggi semangat setiakawannya apabila pimpinan tiga parti tersebut telah sebulat suara menyatakan PKR akan bertanding di Hulu Selangor ini bagi mempertahankan kerusi yang pernah dimenangi dahulu pada PRU 12 2008 lalu.
Perbezaan yang cukup ketara diantara dua gagasan parti antara BN dan PR ini secara tidak langsung boleh membuka mata kepada semua bagaimana PR yang begitu kehadapan didalam menyatakan kesepakatannya tanpa mengambil kira apa yang berlaku didalam BN!
Jelas PKR yang berteraskan parti pelbagai kaum dan etnik tahu apa yang perlu dibuat berbanding komponen BN terutamanya kepada UMNO, MCA atau juga MIC yang mana ketiga-tiganya ini mengamalkan pasti berdasarkan semangat perkauman yang cukup tinggi.
Merasakan pergolakan dalaman BN ini pasti akan berlaku sekiranya kita mengambil kira keadaan kini didalam penentuan memilih calon, maka sudah ada suara-suara daripada pimpinan BN menyarankan agar BN perlu kembali kepada semangat tolenrasi didalam BN seperti mana yang diamalkan sebelum ini.
Justeru itu dengan kerjasama yang tinggi didalam Pakatan Rakyat, usaha untuk mengemblengkan tenaga bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini akan menjadi lebih mudah berbanding Barisan Nasional disebabkan pengumuman bersama oleh Majlis Pimpinan PR yang merestui PKR bertanding adalah merupakan kunci kekuatan PR didalam pilihanraya kecil ini.
Paling penting PR perlu bekerja lebih kuat agar segala tohmahan dan dakyah yang disebarkan oleh BN nanti tidak 'termakan' oleh pengundi di Parlimen Hulu Selangor nanti. Harapan kita agar PR akan terus di pilih oleh para pengundi di parlimen tersebut dan matlamat kita adalah bertanding untuk kemenangan....Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment