Thursday, April 8, 2010

PRK HULU SELANGOR: MIC PILIHAN BN....

Pengumuman Dato Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) semalam ketika di Konvensyen BN negeri Selangor yang menegaskan calon untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor tetap diberikan kepada MIC tidaklah mengejutkan sangat kerana inilah sebagaimana yang dikatakan sebagai tolak ansur dan semangat kerjasama didalam Barisan Nasional.

Namun begitu pengumuman ‘tanpa nama calon’ daripada MIC itu semalam telah menimbulkan berbagai persoalan samada disebelah MIC atau juga di sebelah UMNO yang mana diperingkat awalnya Perhubungan UMNO Selangor begitu ‘tegas’ mengatakan hanya UMNO layak untuk bertanding di Hulu Selangor!

Berbalik kita pada persoalan tersebut. Kepada MIC, pengumuman Najib yang mengisytiharkan hanya calon MIC sahaja yang akan bertanding disitu sebagai mewakili BN sudah pasti menggembirakan mereka, tetapi apakah pula jaminan MIC boleh berikan kepada Najib serta parti komponennya yang lain bahawa MIC boleh memenangi kerusi di PRK Hulu Selangor ini?

Sebenarnya tidak cukup untuk MIC mengatakan kita yakin akan menang dan MIC akan berkerja kuat bagi menjamin kemenangan BN pada kali ini. Secara peribadi, sekiranya melihat kepada calon-calon MIC yang di utarakan setakat ini (berdasarkan didalam akhbar & blog internet), tidak terdapat satu pun yang benar-benar boleh di harapkan untuk mengalas cabaran tersebut kali ini kecuali hanyalah Dato G.Palanivel sahaja yang juga merupakan mantan wakil rakyat Hulu Selangor sejak 1990 lagi.

Memang diakui ketokohan yang ada pada Palanivel selaku mantan Timbalan Menteri disamping juga sebagai orang No.2 parti MIC sememangnya tidak perlu dipertikaikan tetapi apakah sekiranya beliau sekali lagi dipilih sebagai calon, apakah peluang untuk menang kepada BN boleh dijamin?

Itu tidak diambil kira lagi faktor penolakan terhadap MIC yang bakal dikemukakan sekiranya calon lain selain dari Palanivel yang dinamakan. Soalnya sekarang rakyat melihatkan faktor MIC yang masih tidak berubah kepimpinan partinya sebagai satu penyebab yang utama untuk menarik semula sokongan pengundi bukan sahaja kepada kaum india malahan juga kepada kaum melayu serta cina juga.

Bagi UMNO pula, pengumuman semalam sekali lagi menyebabkan parti tersebut berputih mata dan ‘frust menonggeng’ kerana semua orang telah mengetahui yang UMNO telah awal-awal lagi menwar-warkan untuk meletakkan calonnya di situ. Tetapi apakan daya, Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional telah mengambil langkah yang positif untuk terus mengekalkan MIC bertanding disitu.

Bukan sedikit ahli parti UMNO yang merasakan kecewa dengan pengumuman Najib yang tetap dengan pendiriannya meletakkan calon daripada MIC semalam. Keputusan telah dibuat dan tiada apa lagi untuk UMNO kesali.

Apakah keputusan semalam benar-benar tepat didalam suasana politik negara kita masih hangat walaupun sudah dua tahun berlalu selepas pilihanraya umum 2008 lalu? Di kaji balik antara punca UMNO menuntut kerusi Hulu Selangor diserahkan kepadanya adalah memikirkan hampir 57% pengundinya adalah majoriti melayu disamping juga penolakkan secara langsung pangundi kepada MIC khususnya.

Oleh itu melihat kepada suasana ini, adalah diyakini bahawa Pakatan Rakyat melalui calonnya daripada Parti Keadilan Rakyat @ KEADILAN sekali lagi mampu untuk mempertahankan kerusi ini. Indahnya didalam Pakatan Rakyat ialah masing-masing (antara komponen) mereka ini sudah tahu tugasan mereka sendiri dan yang pasti tidak langsung timbul soal berebut untuk meletakkan calonnya.

No comments: