Saturday, February 28, 2009

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK TIDAK BOLEH DIADAKAN?

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak

Salam pada semua,

Hasrat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar untuk memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan (3 Mac) untuk membahaskan dua usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut mungkin tidak tercapai apabila Dato Sri Najib Tun Razak memberitahu selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan ianya mungkin tidak dapat diadakan.

Sebagaimana menurut speaker sebelum ini, tujuan beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu adalah untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini. Sebanyak dua usul akan dibahaskan pada 3 Mac nanti antaranya ialah;

Usul pertama, mengesahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun begitu dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak dengan alasan dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah iaitu berkaitan dengan kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak itu sendiri daripada segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,'' katanya.

Pelik sungguh apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan Oleh Dato Sri Najib ini apabila beliau menggunakan alasan mahkamah terlebih dahulu bagi mengelakkan sidang dun tergempar Perak berjaya tetapi ketika membentuk kerajaan BN di Perak tempohari langsung tidak mengambil kira hal ini.

Kenapakah pemimpin-pemimpin Umno dan BN begitu pandai berdolak dalik didalam hal yang berkaitan dengan kesilapan yang dilakukan oleh mereka? Kenapa langsung tidak memikirkan risiko yang bakal berlaku sebelum membuat keputusan sedangkan apa yang berlaku di Perak kini cukup mengusutkan rakyat Perak terutamanya.

Tetapi apakan daya, itulah hakikatnya, selagi Umno dan BN yang melakukan kesilapan serta kesalahan yang jelas salah, ianya tidak pernah hendak mengaku akan kesilapan ini. Inilah Umno yang melahirkan pimpinan yang kadang-kadang tidak tahu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan.

UMNO / BN BUAT SEMUA BOLEH , PAKATAN RAKYAT TAK BOLEH !

Dato Seri Hishamuddin Hussein sambil memegang keris


YB Karpal Singh

Salam pada semua,

Kes pertelingkahan antara MP-MP daripada Pakatan Rakyat dengan 'geng-geng samseng pemuda Umno Selangor' di lobi bangunan Parlimen kelmarin terus diperkatakan oleh orang ramai yang menyifatkan keterlaluan yang teramat sangat.

Namun begitu didalam saat diperkatakan orang, masih terdapat beberapa pemimpin terutamanya daripada Umno yang mempertahankan sebab musabab kenapa perkara ini boleh berlaku. Antara mereka yang menyifatkan keadaan tersebut berlaku kerana pemuda Umno rasa dihina ialah oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia sendiri iaitu Dato Seri Hishamuddin Hussein sendiri antara lain berkata;

"kemarahan mereka adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja"

"Apa yg berlaku (pergaduhan di bangunan Parlimen) semalam (kelmarin) membuktikan (apa yang boleh berlaku) bila emosi kemarahan tak dapat dibendung dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru-hara, daripada membendung keadaan."


Sikap yang dipertahankan oleh beliau selaku Ketua Pemuda ini telah menyebabkan pemuda Umno akan 'boleh' berterusan untuk bersikap samseng sekiranya terus didesak. Sebagai seorang ketua, beliau tidak seharusnya berterusan mengeluarkan kenyataan yang bersikap mempertahankan tindakan sebegini.

Sementara itu, Cik Azalina Othman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno pula turut mengeluarkan kenyatan yang berbentuk negatif tanpa mengambil kira keadaan;

"kenyataan Karpal Singh bahawa Pemuda UMNO celaka dan Singh is King dalam sidang Dewan Rakyat semalam adalah menghasut dan berbaur perkauman. Dia mahu Pemuda UMNO bertindak supaya Umno boleh dituduh sebagai pencetus kekacauan perkauman"

Kenyatan ini lebih bersikap prejudis terhadap seseorang dan sebagai seorang menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersikap berat sebelah.

Sementara itu, Umno Selangor dan Pulau Pinang semalam terus mempertahankan tindakan samseng-samseng daripada geng pemuda Umno Selangor yang mendesak Karpal supaya memohon maaf. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata;

"Pemuda Umno berhak membantah terhadap provokasi Karpal yang menunjukkan perangai biadab terhadap orang Melayu. Karpal sewajarnya lebih faham adab dan adat resam penduduk berbilang kaum di Malaysia."

Di Pulau Pinang pula, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Seri Abdul Rashid Abdullah berkata;

" Karpal perlu memohon maaf kerana menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab terhadap dua butir peluru yang dihantar ke rumah Pengerusi DAP itu. Keceluparan Karpal sudah melampaui batas dengan menggunakan istilah yang cukup jijik terhadap Pemuda Umno yang jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang tidak menghormati orang lain,"


Apa yang diucapkan oleh Tan Sri Mohamad Mohd Taib ini lebih menjuruskan realiti yang sebenar pendirian Umno, apabila Umno yang melakukan perkara biadab dan bertindak kurang ajar walaupun dimana ianya tidak salah kerana menurut pandangan mereka lebih kepada mempertahankan diri daripada serangan lawan.

Apakah yang dimaksudkan pula oleh Dato Seri Abdul Rashid apabila mengata kepada Karpal Singh sebagai orang yang tidak menghormati orang lain? Apakah Umno dan BN selama ini sudah cukup menghormati orang lain serta hak-hak orang lain di negara ini?

Kejadian mengambil alih kerajaan Perak oleh BN daripada PR sebelum ini, adakah ini dikatakan dalam konsep menghormati orang lain? Kes percubaan membeli beberapa Adun-adun PR di Kedah dan Perak jelas menunjukkan Umno dan BN tidak pernah mahu manghormati rakyat di kedua negeri ini.

Pemimpin Umno usahlah cuba menegakkan benang yang basah terhadap kesalahan yang jelas diciptakan oleh mereka terlebih dahulu. Kita melihat trend ini seolah-olah kalau Umno dan BN yang melakukan walaupun jelas salah ianya tetap diterima dan dipertahankan oleh pemerintah tetapi sekiranya Pakatan Rakyat yang melakukan perkara yang sama, berbagai kata nista dan tuduhan berbentuk perkauman di hamburkan kepada Pakatan Rakyat.

Bagi kita rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian serta kehidupan yang harmoni di negara ini, pemimpin atau tokoh-tokoh politik tidak kira daripada BN atau Pakatan Rakyat seharusnya lebih peka dan memahami konsep hidup bermasyarakat apatah lagi seperti Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.


Friday, February 27, 2009

PEMUDA UMNO MEMALUKAN PARLIMEN MALAYSIA

Suasana kecoh di lobi bangunan Parlimen semalam

Salam pada semua,

Pergaduhan yang berlaku di lobi parlimen semalam antara 'geng-geng Pemuda Umno Selangor' dengan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyerlahkan lagi sikap sebenar samseng dan angkuh pemuda Umno Malaysia ini.

Kejadian ini berlaku apabila sekumpulan geng-geng pemuda umno ini mengelilingi YB Karpal Singh yang berkerusi roda itu agar memohon maaf kepada pemuda umno kerana marah dengan ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang dibuat oleh YB tersebut di dewan rakyat sebelum ini.

Akibatnya mencetuskan pertikaman lidah sehingga hampir bertumbuk diantara satu sama lain yang melibatkan YB Gobind Singh Deo dengan Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak disamping beberapa MP yang lain lagi seperti YB Gobalakrishnan (PKR) dan YB Segambut daripada DAP.

Tindakan ala gengster ini yang seolah-olah tiada penguatkuasaan undang-undang ini merupakan 'trademark' pemuda Umno sejak dahulu lagi. Dalam sejarah pemuda umno terutamanya ketika zaman Ketua Pemuda Dato Harun Idris dahulu kebiadapan oleh pemuda umno telah wujud dengan cogankata pemuda ketika itu 'Pemuda tahan lasak'. Tindakan yang berbentuk sebegini menjadikan Bangunan Parlimen seolah-olah ianya mudah di 'cerobohi' dengan sesuka hati dan bila-bila masa sahaja pada sesiapa yang berminat!

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, YB Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen"

Kelewatan serta ketiadaan pengawal keselamatan ditempat berlakunya kejadian berhampiran juga turut menjadi persoalan kepada kita semua. Kenapa ini boleh berlaku? Adalah menjadi kebimbangan pada kita semua sekiranya keselamatan para Ahli-ahli Dewan ini terancam kerana wujudnya seperti kes semalam.

TOL: DIUMPAN 2, DIKENAKAN 5 !

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Ir.Mohd Zin Mohamed

Salam pada semua,

Kenaikan tol sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Seri Ir.Mohd Zin Mohamed semalam yang mengumumkan kenaikan tol di lima lebuhraya diantara RM 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa mulai 1 mac nanti sekali lagi telah membuatkan rakyat 'sesak nafas' untuk tahun 2009 ini.

Kenaikan kadar ini yang sungguh mengejutkan orang ramai apatah lagi dua hari sebelum memasuki bulan mac ini benar-benar tidak dijangkakan. Didalam keadaan ekonomi yang berada didalam suasana yang tidak stabil sepatutnya kerajaan perlu memikirkan kesannya terlebih dahulu dan tidak hanya semata mata mengikut terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani sebelum ini.

Alasan menteri yang tidak pernah mahu memikirkan masalah rakyat ini antaranya berkata;

"Kenaikan ini perlu kerana ianya selaras dengan terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara kerajaan dan lima pemegang konsesi lebuhraya tersebut"

Antara lebuhraya-lebuhraya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS, Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan juga Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Semua lebuhraya-lebuhraya ini adalah merupakan laluan utama rakyat yang menggunakannya setiap hari.

Apakah peranan kerajaan yang memerintah selaku dipilih rakyat kalau tidak untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dinegara ini? Kerajaan yang terlalu memikirkan serta lebih mengutamakan pemegang konsesi lagi daripada mengambil tahu masalah rakyat sepatutnya telah lama ditolak ketika pilihanraya.

Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang kini berada di Thailand telah mengesa agar kabinet yang bermesyuarat hari ini untuk menangguhkan terlebih dahulu kenaikan ini tetapi ianya sudah dianggap terlambat walaupun ianya boleh ditangguhkan.

Rakyat yang memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan Malaysia selepas PRU 12 2008 benar-benar terkilan dengan kenaikan ini. kalau tahun lepas selepas PRU kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak sebanyak 78 sen, tahun ini pula kita dikejutkan pula kenaikan tol. Kita sebagai rakyat sendiri tidak tahu apa lagi yang akan dinaikkan oleh kerajaan selepas ini?

Didalam keadaan ekonomi yang semakin teruk, dengan pembuangan pekerja yang terus bertambah sehingga kini dianggarkan sudah mencecah 40,000 orang tanpa sebarang haluan dan pertolongan. Apa yang kerajaan kita bantu sekarang untuk mengatasi masalah ini sehingga kini? Dengan membentuk berbagai skim latihan atau sebagainya sebenar tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Keputusan ini harus dikaji semula demi rakyat negara ini. Keputusan menutup dua tol di Lembah Kelang baru-baru ini cuma 'umpan' sahaja untuk kita 'menerima' kenaikan di lima tol sebagaimana yang diumumkan semalam!

Thursday, February 26, 2009

CAKAP KITA (UMNO) KINI RETORIK! - MUKHRIZ

Calon Ketua Pemuda UMNO, Dato Mukhriz Tun Mahathir

Salam pada semua,

Dalam program Hujah rancangan terbitan TV 9 telah menyiarkan pandangan oleh Dato Mukhriz Tun Mahathir yang telah mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakyat selama ini terutamanya orang melayu terhadap UMNO adalah benar.

Dalam program tersebut, Mukhriz yang juga salah seorang calon Ketua Pemuda Umno Malaysia pada pemiliha Umno Mac nanti telah mengakui betapa umno kini tidak lagi dipandang tinggi bukan sahaja oleh kaum lain di negara ini malahan kepada masyarakat melayu sendiri bahawa Umno sebagai sebuah parti pembela kepada Islam, Bahasa Melayu Institusi Raja Melayu dan berbagai lagi.

Perjuangan yang dibawa oleh Umno kononnya untuk agama, bangsa dan negara adalah bohong belaka dan dianggap sebagai hanya mainan dibibir sahaja terutamanya ketika menghadapi pilihanraya. Sebagaimana yang terpacul dari mulut beliau sendiri jelas apa yang diperkatakan oleh beliau sememangnya benar belaka;

"Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Rakyat tidak melihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita. Segala ucapan kita sudah menjadi retorik dan orang mengatakan kita sememangnya retorik serta tidak lagi mengamalkan apa yang kita kata"

Mukhriz yang kita akui sememangnya seorang yang vokal pada setiap kata-katanya tanpa rasa gentar atau berselindung telah melahirkan kata-kata itu. Sememangnya sejak akhir 80an Umno telah mula berubah apabila berbagai anasir-anasir yang tidak sihat mula melanda parti itu.

Kewujudan politik wang didalam parti itu terutamanya diawal 90an sehingga kini sudah menjadi semakin berleluasa tanpa kawalan. Akibatnya, pembinaan terhadap kemajuan bangsa melayu serta bumiputra yang lain semakin ditinggalkan kerana ahli-ahli umno kini menjadikan parti itu sebagai tempat memunggah kekayaan serta kesenangan peribadi.

Apa yang berlaku terhada agama Islam yang kini semakin kurang penghayatannya ini adalah jelas kesan yang dibawa oleh umno itu sendiri. Kurangnya majlis ilmu serta lebih mementingkan duniawi dengan pelbagai program yang mengasyikkan di TV-TV juga telah menjadikan masyarakat yang peka terhadap agama Islam semakin menjarakkan diri dengan umno.

Kesombongan serta keangkuhan umno didalam isu bahasa melayu sejak 6 tahun dulu sehingga kini merupakan kesan yang semakin dirasai oleh orang melayu kini. Dengan perlaksanaan PPSMI yang telah memasuki tahun ke 6 kini di sekolah-sekolah lagi sekali jelas menunjukkan umno sesungguhnya sombong didalam hal ini.

Yang pasti orang melayu serta bumiputra kini semakin terhimpit akibat dasar-dasar yang terus tidak konsisten yang dibuat oleh umno. Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu adalah benar belaka...."cakap kita (umno) retorik belaka"! Sesungguhnya orang melayu kini banyak tergadai dek perbuatan Umno....

Wednesday, February 25, 2009

CERITA RAKYAT: LEMBU-LEMBU DAN KERETA

Mantan MB Selangor, Dato Seri Khir Toyo

MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Salam pada semua,

Apabila ditanya oleh wartawan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor apakah beliau gentar dengan kes yang dikatakan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu? Dengan selamba beliau menjawab sambil tersenyum;

"Saya tidak takut langsung akan dikejar lembu-lembu dan kereta tersebut"

Jawapan yang diberikan beliau ini jelas menunjukkan kepada semua, untuk apa beliau gentar terhadap isu yang terang-terang dimainkan oleh Umno Selangor terutamanya ini?

Khir Toyo selaku pemain utama daripada Umno yang memainkan isu ini sudah pasti kelu lidahnya apabila mendengar jawapan spontan Tan Sri Khalid itu. Apakah Tan Sri Khalid ini tidak tahu bahawa apa yang didakwa itu semuanya adalah pembohongan yang besar terhadap beliau serta kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor?

Isu lembu yang dikatakan salah kerana dituduh menyalahgunakan wang daripada agensi kerajaan negeri Selangor itu sebenarnya cuba dikaitkan kepada beliau akibat ketiadaan modal oleh Umno terutamanya. Apakah selama ini semua pemimpin Umno tidak pernah menggunakan walaupun satu sen wang daripada agensi kerajaan untuk membiayai lembu-lembu sempena korban Adha?

Sebenarnya isu lembu ini hanyalah satu daripada episod yang dikatakan salah oleh Umno khususnya. Apakah pemimpin Umno selama ini tidak pernah menggunakan wang dari tabung negeri atau agensi kerajaan untuk membiayai seperti lembu korban ini? Apakah semua menteri-menteri Umno dan BN menggunakan 100% wang daripada poketnya untuk membiayai lembu-lembu dikawasan mereka ketika Korban Adha tersebut? Kalau ada yang berani menjawab ye, kita pun tidak hairan kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno baik yang kecil ataupun yang besar, semuanya 'berduit'...

Kalau lembu korban ini yang jelas diberikan untuk tujuan yang baik seperti ini salah, bagaimana pula penyalahgunaan wang rakyat serta dana negeri bagi tujuan lain seperti yang dilakukan oleh Khir Toyo? Dengan beratus laporan polis yang dibuat terhadap Khir Toyo terhadap salah laku beliau dalam hal ini apakah BPR sebelum ini atau SPRM kini sudah bertindak terhadapnya? Ini semua adalah mainan politik ciptaan Khir Toyo dan Umno sebenarnya bagi menunjukkan kepada rakyat ini lah Pakatan Rakyat yang tetap menyalahgunakan kuasa!

Lexus, jenama kereta MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah merupakan kenderaan rasmi beliau kini selaku MB Selangor. Sejak awal lagi beliau telah menolak untuk dibelikan untuknya kereta Camry kerana bagi beliau cukuplah dengan kereta yang telah beliau miliki ini. Lagipun Tan Sri Khalid sendiri sememangnya sudah berharta, untuk apa lagi bagi beliau 'membedal' wang rakyat?

Niat yang baik ini telah menyelamatkan hampir RM 150,000.00 untuk harga sebuah kereta Camry yang telah dibeli bagi kegunaan rasmi kerajaan Selangor kini. Kesalahan yang didakwa kini adalah apabila beliau dikatakan menggunakan wang negeri untuk kegunaan servis dan 'maintenance' kereta beliau.

Sebagai contoh, Salah ke sekiranya kita bekerja dan menggunakan kenderaan kita bagi kegunaan rasmi pejabat yang sememangnya ada peruntukan untuk kita sebagai staf disesebuah syarikat tersebut dan apabila sampai satu ketika pada setiap bulan, kita akan servis serta menghantar bil itu ke syarikat? Apakah ini akan dikatakan menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan diri sendiri?

Saya secara peribadi tidak nampak kesalahan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid ini kerana tugasan beliau sebagai MB sedah tentu perlu bergerak kesana kemari dan sudah tentu lah kenderaan Lexus beliau itu digunakannya. Apakah ini dikatakan salahguna wang negeri untuk kebajikan rakyat yang lagi perlu diutamakan daripada yang lain?

Entah lah, Kita fikirlah sendiri, yang pasti itulah Umno sejak dulu, kini dan akan selamanya tidak pernah senang dengan kebaikan yang dibuat oleh orang lain selagi orang itu tidak turut sama sebagaimana mereka juga...

UMNO DAN BN SEMAKIN DITINGGALKAN...

Tn Hj Hamzah Ibrahim bersama Dato Fauzi Abd Rahman, Pengerusi PKR Pahang

Salam pada semua,

Kehadiran Mantan Adun Guai (Penggal 2004-2008), Tn Hj Hamzah Ibrahim di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21/02/2009 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno dan Barisan Nasional Pahang.

Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk berada bersama-sama dipentas penceramah pada malam tersebut telah menjadi satu tarikan kepada wartawan dari Sinar Harian, Nanyang Siang Pau serta China Press yang turut hadir ke situ. Berbagai spekulasi terhadap mantan YB Guai itu telah mula bertiup sejak April 2008 yang lalu terhadap minat beliau yang berkemungkinan akan bersama Pakatan Rakyat terutamanya di Parlimen Bera.

Dengan kehadiran beliau ke program anjuran PKR tersebut menguatkan lagi spekulasi ini dan ini merupakan satu petanda kepada Umno Bera khususnya bahawa rakyat di kawasan itu telah mula hilang kepercayaan terhadap Umno serta Barisan Nasional.

Saya yang mengenali beliau secara peribadi sememangnya mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sememangnya seorang yang bertanggungjawab serta komitmen beliau ketika menjadi Adun Guai suatu masa dahulu memang di akui keberkesanannya.

Langkah Umno dan BN menggugurkan beliau ketika di PRU 12 2008 lalu merupakan satu kesilapan yang besar kerana mengugurkan seorang Adun yang begitu dekat dengan rakyat serta selalu mengambil tahu permasalahan rakyat khususnya di Dun Guai apatah lagi untuk bermain politik wang di pemilihan Umno Bahagian Bera sejak dahulu.

Mungkin akan ada kata-kata sinis yang memperlekehkan tindakan beliau dengan mengatakan beliau sudah tiada tempat didalam Umno Bera serta beliau seorang yang gilakan jawatan wakil rakyat serta mencari pangkat atau mungkin juga akan ada tuduhan yang mengatakan beliau seorang yang tidak setia kepada perjuangan Umno.

Ibarat kata-kata Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, MB Kelantan sendiri;

"sekiranya kita beralih dan berubah haluan serta perjuangan kearah yang lebih baik apa salahnya?"

Keluar dari Umno yang sememangnya telah 'rosak' dan menyertai parti yang berada dibawah Pakatan Rakyat bukankah itu kebaikan yang perlu dicari? Namun begitu, mulut manusia tidak dapat lari daripada mencari kesilapan orang lain apatah lagi orang seperti Tn Hj Hamzah Ibrahim, mantan Adun daripada Umno itu sendiri.

Tn Hj Hamzah Ibrahim ketika ditanya oleh wartawan yang membuat liputan pada malam itu, kenapa beliau hadir ke program PKR ini dan apakah beliau telah menyertai PKR?

"Kehadiran saya disini kerana untuk meraikan sahabat-sahabat lama saya seperti dato Fauzi Abd Rahman sendiri merupakan bekas Adun/MP Umno. Oleh kerana beliau sudah datang berceramah ke Bera, ini adalah peluang untuk saya berjumpa kembali sejak sekian lama"

"Lagi pun Tn Hj Abas Awang (Ketua PKR Bahagian Bera), Ustaz Sulaiman Mohamad (YDP Pas Kawasan Bera) dan YB Leong Ngah Ngah (Adun DAP Triang) adalah merupakan kawan-kawan saya sejak kecil dan juga di Dun Pahang sendiri seperti YB Leong. Ini semua rakan-rakan saya sejak dahulu. Adakah menjadi kesalahan pada Umno untuk saya meraikan mereka semua ini? "

"Tentang penyertaan saya kedalam PKR, Insya Allah sampai satu masa nanti saya akan beritahu tetapi perjuangan yang baik seperti Pakatan Rakyat ini tidak salah kita menyokongnya bukan? "


Bagi saya, Tn Hj Hamzah telah membuat perkara yang terbaik kini. Sekiranya pada suatu masa nanti beliau mengistyiharkan secara rasmi penyertaan beliau kedalam Pakatan Rakyat, itu merupakan petanda yang semakin jelas Umno dan BN bukan sahaja di Bera atau Pahang malahan diseluruh negara sudah tidak diterima bukan sahaja oleh ahli-ahli bawahannya malahan mantan Adunnya sendiri turut menolak!

PUTERA KATAK BAKAL MELOMPAT LAGI

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali

MB Kelantan, Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat

Salam pada semua,

2,3 hari kebelakangan ini akhbar-akhbar kepunyaan BN asyik menyiarkan cerita tentang Dato Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas yang kini sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar walaupun tidak sekarang tapi akan datang kita pasti beliau akan kembali ke pangkuan Umno.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Pasir Mas sendiri dalam kenyataannya merayu kepada pucuk pimpinan Umno agar Ibrahim Ali dibenarkan untuk diterima kembali memasuki Umno. Gesaan ini telah diberi respon yang baik oleh pimpinan Umno seperti Muhd Ali Rustam calon Timbalan Presiden Umno serta yang lain. Ibrahim Ali yang sememangnya dikenali dengan "Si Katak lompat @ Putera Katak" ini sejak dulu lagi suka melompat dari satu parti ke parti yang lain.

Hari ini didalam kenyataan akhbarnya turut menyiarkan komen beliau yang mengatakan begitu menghormati kepada MB Kelantan, Tn Guru Hj Nik Aziz Nik Mat tetapi menjadi suatu kehairanan pula apabila beliau banyak membuat kenyataan yang berbentuk 'kurang ajar' serta suka menimbulkan masalah dengan MP-MP Pakatan Rakyat (PR) yang lain sebagaimana yang berlaku di Dewan Rakyat minggu lepas.

Ibrahim Ali ketika di minta komen apakah beliau berhasrat kembali kepada Umno, beliau yang sesungguhnya pintar dan pandai memberikan kenyataan yang bersifat selindung antaranya berkata;

"buat masa ini saya belum terbuka hati untuk masuk mana-mana parti. Biarlah saya jadi Ahli Parlimen bebas,...saya pernah terluka dengan UMNO dan sekarang PAS nak bercerai talak tiga dengan saya sekalipun belum kahwin".

Akibat sikap beliau ini telah menyebabkan beberapa wakil-wakil rakyat PAS terutamanya telah menggesa agar beliau melepaskan jawatan MP itu dan bertanding semula bagi membuktikan bahawa kemenangan beliau di PRU 12 dahulu adalah kerana nama Ibrahim Ali itu sendiri gah serta di sukai rakyat dan bukannya kerana sokongan rakyat untuk memilih parti Pas.

Namun begitu kesombongan Ibrahim Ali tetap terserlah sebagaimana dahulu sehingga kini kerana mendakwa apa yang berlaku ialah Pas Kelantan menawarkan beliau bertanding di Pasir Mas dahulu atas faktor strategi untuk menawan beberapa kerusi Dun di Parlimen tersebut. Lagipun beliau bertanding menggunakan wang sendiri serta kekuatan petugas beliau sendiri!

Itulah Ibrahim Ali, sejak dahulu hingga kini tidak pernah sedar dan sentiasa suka mengambil peluang yang terbaik untuk berpaut ditempat yang lebih selesa serta mendatangkan faedah untuk dirinya. Bagi pemerhati politik, keputusan Pas apabila memberi peluang kepada Ibrahim Ali untuk bertanding walaupun atas tiket Pas adalah merupakan kesilapan yang besar kerana rekodnya yang lalu telah diketahui umum sebagai seorang yang suka melompat...

Saturday, February 21, 2009

TIADA BEZA NAMA BPR ATAU SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor

Salam pada semua,

Apa lagi yang boleh diharapkan kepada penguatkuasaan pencegahan rasuah dinegara ini walaupun ianya telah bertukar nama daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Dengan isu terbaru yang dibangkitkan oleh pihak SPRM berkaitan penyalahgunaan kuasa oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tentang isu lembu korban serta wang penyelenggaraan kenderaan Lexus beliau telah membangkitkan sekali persoalan tentang ketelusan pihak terbabit.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dalam Utusan Malaysia hari ini dengan berkata; "Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa berhubung tuduhan beliau telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya. Pihak SPRM telah mempunyai segala bukti tentang kes ini.kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi".

Kes ini pada asalnya telah dibangkitkan oleh Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunus telah dijadikan asas untuk pendakwaan apabila Pengerusi GERAK ini membuat laporan kepada SPRM. Adakah mainan media milik BN yang turut memperbesarkan lagi isu ini dengan bantuan mantan MB Selangor yang lalu, Dr Khir Toyo boleh dijadikan asas pendakwaan yang kukuh untuk mendakwa kes ini?

Kalau ini dijadikan sandaran SPRM, apakah beribu-ribu kes yang dilaporkan kepada pihak yang terlibat sejak 10 tahun lalu dengan segala bukti yang cukup kemas dan lengkap tidak boleh turut didakwa sama kepada mereka yang terlibat?

Pengalaman beberapa orang bekas aktivis anti rasuah ini seperti Sdr Ezam yang suatu ketika dahulu pernah memimpin pemuda Keadilan serta yang lain telah jelas mempunyai bukti yang lengkap terhadap beberapa individu yang berprofil tinggi seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Annuar Musa malahan juga terhadap bekas MB Selangor, Dr Khir Toyo sendiri turut 'gagal' untuk menarik minat BPR/SPRM untuk bertindak terhadap meraka ini.

Apakah tidak cukup bukti lagi atau pun dihalang oleh tangan-tangan ghaib bagi pendakwaan ini dapat dilakukan? Ini semua jelas dan mengesahkan kepada kita semua sebagai rakyat bahawa dasar pendakwaan terpilih tetap diteruskan hingga kini walaupun BPR telah bertukar nama kepada SPRM yang kononnya telah mengikut model dan contoh badan penguatkuasaan rasuah di Hong Kong yang diketahui umum antara Suruhanjaya pencegahaan rasuah yang terhebat di dunia.

Kerajaan BN boleh mendakwa kepada seluruh alam semesta ini bahawa SPRM bebas, tidak terikat dengan BN apatah lagi mempengaruhi SPRM untuk menjalankan tugas, tetapi apa yang berlaku hari ini, rakyat sudah boleh menilainya. Jaja lah pada sesiapapun, tetapi mata kita tetap celik untuk melihat apa yang berlaku.

Kalau setakat mengikut model dan menukar nama sahaja tetapi masih ditakuk lama tahap pencegahaannya, itu tidak memadai. Kehairanan ini turut bertambah apabila kes yang melibat Tan Sri Khalid Ibrahim ini turut melibatkan Peguam Negara (AG) apabila kertas siasatan yang didakwa sudah siap turut dikemukakan kepada AG. Ketika ditanya oleh akhbar kenapa kertas siasatan tetap dan masih diserahkan kepada AG? Jawapan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan amat dangkal; "Kita mahu siasatan ini ada keadilan. Bukan hanya SPRM yang menilainya, malahan AG pun berpeluang melihatnya".

Menjadi kehairanan kita, kenapa SPRM yang telah diberikan kuasa untuk mendakwa sendiri tanpa melibatkan AG telah turut melibatkan lagi AG didalam kes yang melibat MB Selangor ini? Apakah ini hanyalah salah satu daripada agenda terbaru Umno terutamanya untuk melibatkan SPRM didalam usaha menjatuhkan kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor? Sama-samalah kita menilainya...

Friday, February 20, 2009

HAKIM BIDANG TERJUN NEGARA!

PM, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

V.Sivakumar, Speaked DUN Perak

Dato Seri Mohd Khir Toyo

Dato Seri Nazri Abd Aziz

Salam pada semua,

Keputusan penggantungan MB Perak (BN - Dr Zamry Abd Kadir) dan rakan-rakan exconya antara 12 - 18 bulan daripada memasuki serta menyertai persidangan DUN Perak oleh YB Speaker V.Sivakumar telah mencetus satu dimensi baru dalam 'sistem perundangan' negara kita.

Kenapa saya berkata sedemikian? Isu ini yang sepatutnya dirujuk sebagai isu kepunyaan Dewan Negeri sepatutnya mereka yang layak sahaja yang boleh menghuraikan kes ini. Tetapi berdasarkan apa yang kita lihat sejak malam tadi di televisyen-televisyen negara kita, berbagai 'hukuman' dan 'takrifan' yang telah diberikan oleh para pemimpin Umno dan BN serta akhbar-akhbar utama dinegara ini.

Akhbar hari terutamanya telah menjadikan lagi satu isu terbaru tersebut sebagai tajuk utama masing-masing bagi melariskan jualan akhbarnya. Utusan Malaysia hari ini 20 Februari 2009 telah menyiarkan hal ini dengan tajuk utamanya "GANTUNG MB TAK SAH!", manakala NST pula di tajuk utama akhbar tersebut ialah "OUT OF ORDER!".

Sementara itu pula, berbagai kenyataan serta hukuman telah dijatuhkan terhadap kes yang dibuat oleh Speaker Dun Perak ini oleh beberapa pemimpin utama Umno dan BN. Antaranya apabila Perdana Menteri sendiri berkata;

"Tindakan Sivakumar ini sebagai membantah Sultan Perak dan dia tidak boleh halang daripada MB dan Exconya dari menyertai sidang dewan nanti. Lagipun kesemua mereka ini telah mengangkat sumpah di depan Sultan dan ianya dilantik secara sah. Jadi saya anggap tindakan Speaker ini sebagai tindakan yang tidak sah serta menyalahi perlembagaan negeri. Disamping itu juga tindakan Speaker ini adalah muslihat PR untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada kini"

Manakala Dato Nazri Aziz pula berpendapat; "ianya tidak sah kerana Speaker hanya boleh membuat keputusan yang berkaitan didalam dewan sahaja dan apa yang berlaku diluar dewan itu tidak menepati apa yang diputuskan oleh Speaker itu sendiri"

Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin pula; "Speaker daripada parti DAP itu tidak mempunyai asas kukuh berbuat demikian yang secara jelas mempertikaikan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pelantikan Zambry dan enam Exco kerajaan negeri dibuat atas perkenan Sultan Perak mengikut perlembagaan, jadi nampak juga di sini Speaker DUN telah menyalahgunakan kuasanya.Tindakan itu adalah tidak tepat, saya sendiri tidak tahu apakah asas beliau berbuat demikian. Apa yang saya faham, Menteri Besar dan barisan Exconya tidak melanggar apa-apa peraturan Dewan"


Ketua Pembangkang kerajaan negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo berkata, walaupun ada satu jawatankuasa khas memantau tingkah laku semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi sebarang keputusan perlu mendapat pengesahan daripada mereka terlebih dahulu.
"Sepatutnya, perkara itu dibawa ke pengetahuan DUN terlebih dahulu dan menyerahkannya kepada semua ADUN sama ada memutuskan untuk mengambil tindakan sedemikian.Apa keadaan pun, Speaker tidak boleh bersendirian membuat keputusan untuk menggantung Menteri Besar sebelum ia dikemukakan kepada DUN.
Tindakan itu juga sungguh melucukan"


Bagi MB Perak yang dilantik melalui 'pintu belakang' ini pula ianya lebih bersifat sebagai salah guna kuasa Speaker dan sedikit pun tidak menghalangnya dari menjalankan tugas sebagai MB Perak.
"Apa yang penting adalah kesahihan tindakan Speaker terbabit lebih-lebih lagi selepas melakukan pembohongan besar kononnya saya bersama enam Exco kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang semalam.Tidak timbul soal saya dan enam (Exco) berhadapan masalah untuk masuk DUN kerana isunya sekarang adalah cara dia bertindak.Dia telah menyalahgunakan sepenuhnya kuasa sebagai Speaker dan kita akan menangani hal ini mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada"

Lihat lah bertapa angkunh dan sombongnya masing-masing mengeluarkan pendapat yang tidak dipastikan entah betul atau tidak dari segi undang-undangnya. Mereka ini termasuk lah akhbar kepunyaan BN ini telah jelas menjatuhkan hukuman serta membuat takrifan sendiri tanpa mengambilkira implikasi kesannya itu. Ini lah dikatakan sebagai "Hakim Bidang Terjun" tanpa sebarang tauliah walaupun ada diantara pemimpin-pemimpin ini yang sememangnya dari latar belakang pendidikan undang-undang!

Thursday, February 19, 2009

PERANAN MEDIA HARUS JUJUR DAN TELUS



Salam pada semua,

Peranan media sememangnya amat penting sejak turun temurun lagi. Tidak kiralah samada media itu berbentuk media cetak (akhbar ataupun tabloid dan sebagainya) atau media elektronik (televisyen, radio, internet, sms dan sebagainya), peranan media sememangnya kita mengakui bertapa hebat peranan yang dimainkan oleh media itu terhadap kehidupan disesebuah negara.

Kalau kita imbas kembali peranan media khususnya peranan akhbar itu sendiri ketika sebelum kemerdekaan negara kita pada tahun 1957, peranan akhbar yang dipelopori oleh pejuang-pejuang kita ini yang lebih menggunakan penulisan mereka untuk dijadikan senjata utama bagi menghadapi penjajah.

Dengan adanya peranan media berbentuk sedemikian pada tahun-tahun pra-kemerdekaan negara dahulu telah mengakibatkan rakyat di Tanah Melayu ini terutamanya orang melayu bangkit untuk menentang penjajah Inggeris sehingga kita berjaya.

Peranan akhbar pada zaman itu juga telah melahirkan ramai penulis-penulis yang disegani serta dipandang tinggi kerana menbangkitkan semangat melawan serta anti kepada penjajah. Siapa yang tidak kenal penulis-penulis seperti Pak Sako, Arenawati, dan lain-lain lagi didalam membangkitkan hal ini? Peranan yang dimainkan mereka ini juga adalah bertujuan untuk mengimbangi dakyah-dakyah penjajah yang dibuat melalui radio serta akhbar-akhbar yang dikeluarkan penjajah itu sendiri.

Namun kini selepas 52 tahun merdeka, negara kita yang gah dikatakan maju dengan pelbagai kemudahan yang moden apatah lagi dengan pertambahan berbagai bentuk terutamanya akhbar-akhbar serta peranan televisyen dan radio itu sendiri yang mempunyai berbagai saluran apatah lagi dengan adanya perkhidmatan internet, sepatutnya pandangan-pandangan yang lebih berbentuk provokasi seperti 'gaya' penjajah dengan menyiarkan laporan yang tidak tepat dan bohong sepatutnya tidak berlaku lagi.

Dengan era zaman kini, peranan media terutamanya akhbar dan televisyen sepatutnya bebas didalam penulisan dan penyiarannya dalam ertikata selagi tidak bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan serta berdasarkan prinsip yang termaktub didalam perlembagaan negara kita. Media juga perlu tahu menilai berita yang disiarkan itu samada logik ataupun tidak untuk dijadikan sebagai bahan berita mereka.

Cerita-cerita yang berbentuk sensasi seperti isu seks atau skandal terutamanya kepada yang melibatkan pihak pembangkang telah dijadikan modal untuk mereka ini menyiarkan demi mencapai cita-cita sesetengah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Kita juga kadang-kadang pelik dengan tingkah laku mereka yang sanggup menggadaikan maruah dengan berterusan menyiarkan berita-berita yang belum pasti kesahihannya.

Kehairanan kita terus bertambah apabila berita-berita yang benar atau hampir-hampir benar seperti penyalahgunaan kuasa, isu rasuah serta kadang-kadang juga ada terdengar isu moral atau skandal seks yang melibatkan individu-individu terkenal didalam pimpinan parti politik pemerintah tidak di siarkan apatah lagi di siasat. Tetapi itulah mdia di negara ini yang kadang-kadang jelas dilihat sebagai berat sebelah.

Sebagai apa yang didakwa oleh akhbar atau stesen TV, bahawa mereka adalah yang terulung di negara ini, sepatutnya mereka lebih mementingkan nilai kemanusiaan didalam setiap penyiarannya dan bukan memikirkan bahan berita yang dipasarkan itu sebagai pelaris! Dengan kata lain media dinegara kita ini seharusnya jujur dan telus didalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Wednesday, February 18, 2009

PKR PERLU BERANI BERTINDAK

Gambar Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Salam pada semua,

Dengan berbagai kisah 'kekalutan' dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkaitan isu moral atau skandal kini, sudah sampai masanya pimpinan PKR memilih atau menapis sebenar-benar bakal calon PKR untuk bertanding didalam pilihanraya samada umum atau kecil.

Sebagaimana yang pernah saya ulaskan dahulu didalam artikel saya bertajuk 'PKR NEEDS QUALITY CANDIDATE FOR ELECTION' pada 09 Februari 2009 lalu. Artikel ini dikeluarkan rentetan daripada apa yang berlaku pada 2 orang mantan Adun PKR di Perak yang telah bertindak keluar untuk menjadi Adun bebas.

Saya andaikan kes yang berlaku di Perak itu merupakan yang pertama dan terakhir berlaku pada PKR tetapi rupanya tidak apabila bersambung pula pada minggu berikutnya apabila mantan Adun Bukit Selambau, Sdr Arumugan pula dikaitkan dengan masalah moral yang lebih dikatakan berbentuk hubungan sulit dengan wanita lain dan semalam timbul lagi 1 kes apabila YB Elizabeth Wong selaku Adun Bukit Lanjan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor pula turut dikaitkan dengan isu gambar bogel beliau.

Walaupun kes-kes ini boleh di klifikasikan sebagai kes terpencil dan hanya berlaku terhadap beberapa orang yang cuba diganggu gugat oleh musuh parti terutamanya daripada pihak Barisan Nasional (BN) sendiri,tetapi kita sebagai parti yang selalu di war war kan sebagai anti kepada isu-isu yang berkaitan seperti rasuah, moral atau salahguna kuasa seharusnya sudah tiba masanya bertindak bagi ianya berlaku lagi dimasa hadapan.

Rakyat sebagai hakim akan memandang isu ini sebagai serius dan tidak menolak sekiranya mereka yang begitu kurang mendapat maklumat-maklumat terkini daripada sumber alternatif lain seperti akhbar bukan milik kerajaan, internet atau sms akan turut terpengaruh apatah lagi sekiranya media massa milik Umno dan BN akan sentiasa mengulang-ulang perkara yang tidak benar ini.

Sebab itu didalam artikel saya dahulu, saya rasa sudah sampai masanya PKR terutamanya menapis serta memilih bakal-bakal calon yang benar-benar bersih yang boleh menaikkan imej parti. Sudah sampai masanya PKR perlu berani bertindak terhadap perkara ini.

Kegusaran orang ramai terutamanya ahli parti peringkat bawahan perlu diambil kira. Kita sebagai pimpinan yang berada diatas seharusnya perlu peka serta bersikap menerima pendapat terutamanya didalam meletakkan bakal calon. Kita tidak mahu lagi Pakatan Rakyat (PR) akan turut menerima tempiasnya sebagaimana Umno dan BN yang jelas dan nyata selalu di kaitkan dengan isu-isu moral dan sebagainya.

Paling penting, kehendak kita untuk merubah perkara ini perlu ada. PKR perlu ada 'political will' terhadap isu ini. Apa yang diperkatakan ini bukan bermakna tuduhan yang dilemparkan terutamanya terhadap kes YB Elizabeth Wong itu telah terbukti benar tetapi sebagai panduan kita di masa hadapan apatah lagi penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat kini kian meningkat terutamanya dibandar-bandar besar di negara ini.

PKR perlu menerima hakikat walaupun sehebat mana calon atau wakil rakyat itu dimata pimpinan tetapi sekiranya terbukti ada palitan yang telah berbekas, kita seharusnya perlu mengorbankannya walaupun mungkin disebelah parti itu sendiri akan mengatakan sebagai suatu kerugian yang amat besar terhadap parti.

Tuesday, February 17, 2009

PEMIMPIN UMNO LUPA SEJARAH....

MB Terengganu, YAB Dato Ahmad Said

Tan Sri Mohammad Mohd Taib, Mantan MB Selangor dan kini Menteri Pembangunan Luar Bandar

Mantan MB Terengganu, Dato Seri Idris Jusuh

Tan Sri Annuar Musa


Salam pada semua,

Dalam Utusan Malaysia hari ini, MB Terengganu YAB Ahmad Said menyarankan agar sesiapa yang cuba menimbulkan isu menderhaka yang kini kian sombong serta angkuh terhadap institusi Raja-raja Melayu perlulah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau mengaitkan isu ini semakin berleluasa serta kian bermaharaja lela dinegara ini agar segera diambil tindakan untuk kestabilan negara."Tangkap mereka ini dibawah ISA dan biarkan ditahan sekurang-kurangnya 2 tahan agar selepas keluar nanti mereka tahu adab"

Secara peribadi, apabila dikatakan menderhaka secara automatik Umno dan BN akan mengaitkan isu ini penderhakaan terhadap raja-raja Melayu. Umno akan cuba dilihat sebagai juara didalam hal ini. Bukan perkara baru bagi kita semua sebagai rakyat untuk menilai permainan serta lakonan Umno ini terutamanya.

Persolana kita ialah, kalau ini dijadikan asasnya, kenapa apabila pemimpin Umno terutamanya cuba memperkotak katikkan institusi raja, mereka tidak diwar-warkan sebagai menderhaka walaupun secara terang-terangan baik di media elektronik ataupun di media cetak?

Hakikat yang kita tidak boleh nafikan ialah peranan mengapi-apikan soal ini adalah hasil mainan media itu sendiri yang sah-sah dalah milik puak-puak Umno ini semua, sedangkan hakikat sebenarnya laporan ini adalah palsu semata-mata untuk memancing rakyat bawahan terutamanya orang melayu yang kita sedia maklum amat kasih kepada Duli Tuanku sejak dahulu lagi.

Sebagai orang melayu, kita tetap dan akan terus menjunjung institusi raja-raja melayu ini sebagai benteng serta payung kita khasnya. Sebab itu kita amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Terengganu ini. Lupakah apa yang berlaku selepas PRU 12 Mac 2008 lalu didalam hal perlantikan MB baru Terengganu dahulu?

Ingatkah kita lagi apabila melihat penyokong-penyokong mantan MB lalu, Dato Seri Idris Jusuh berarak serta membawa kain rentang yang jelas tertera perkataan "KAMI NAK DERIS NATANG". Kepada siapakah perkataan Natang itu di tujukan? Apakah tiada tindakan langsung daripada pihak berkuasa tentang hal ini? Jelas disini siapa yang menentang keputusan sultan?

Sebelum hendak menggesa agar pihak berkuasa menangkap atau menyumbat mereka yang dikaitkan sebagai penderhaka kepada raja-raja Melayu, (didalam hal ini pemimpin Umno lebih merujuk kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagai penderhaka), bagaimana pula dengan pemimpin Umno sendiri yang telah berulang kali secara jelas melakukannya?

Kalau hendak menangkap mereka ini, perlulah ditangkap terlebih dahulu para pemimpin Umno yang telah berulang kali melakukan perkara yang tidak sopan terhadap sultan atau raja-raja Melayu. Itu baru 1 contoh diatas ketika proses perlantikan MB di Terengganu, bagaimana pula yang lain? Mari kita lihat lagi....

Kes Tan Sri Annuar Musa suatu waktu dahulu pada tahun 1992 pernah cuba 'menabal' seorang sultan yang lain di Kelantan kerana tidak bersetuju terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan kini? Siapakah mereka ini kalau bukan pemimpin Umno? Apakah tindakan yang dikenakan terhadapnya? Tiada bukan? Sebab apa? Sebab beliau ini seorang pemimpin utama Kelantan sehingga kini.

Begitu juga soal meminda kuasa raja-raja melayu pada tahun 1993, siapakah yang begitu bersungguh-sungguh membuka berbagai jenis cerita semata-mata hendak meminda kuasa kekebalan raja-raja melayu berjaya? Segala jenis keburukan disiarkan bukan sahaja di media elektronik malahan di media cetak.

Siapakah dia kalau bukan pemimpin Umno lagi yang cuba berbuat demikian? Tidak lain tidak bukan pemimpin-pemimpin Umno juga....walaupun pemimpin-pemimpin pembangkang utama ketika itu seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakyat bawahan tidak bersetuju dengan pindaan yang dibuat kerana ditakuti pada suatu masa nanti kuasa raja-raja makin berkurangan, tetapi pemimpin Umno langsung tidak menghiraukannya.

Apa pula cerita penderhakaan Mantan MB Selangor yang kini menjadi Menteri Pembangunan luar bandar, Tan Sri Mohammad Mohd Taib terhadap Sultan Selangor suatu ketika dulu ketika beliau menjadi MB Selangor? Semua orang tahu apa yang berlaku.

Sebab itulah apabila MB Terengganu ini berkata perlu menangkap mereka yang cuba menderhaka dengan menahan mereka ini dibawah ISA, rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik negara sejak dahulu lagi ingin melihat terlebih dahulu mereka ini (Pemimpin-pemimpin Umno)di tahan bukannya menunding jari kearah pemimpin-pemimpin pembangkang yang mereka sendiri takrifkan sebagai penderhaka!

Bagi kita sebagai rakyat, Kita sentiasa dan tetap menjunjung setia kepada Kebawah Duli Tuanku Raja-Raja Melayu selaras prinsip Raja Berpelembagaan di dalam negara ini. Daulat Tuanku!

SIAPA UMNO UNTUK BICARA SOAL MORAL?

Cik Elizabeth Wong, Exco Selangor

Dr Khir Toyo, Mantan MB Selangor

Cik Azalina Othman, Menteri Pelancongan

Salam pada semua,

Sekarang kecoh pula isu gambar bogel Exco Selangor, Adun Bukit Lanjan YB Elizabeth Wong. Semakin ramai sekarang orang memberi pendapat serta kenyataan dari pelbagai peringkat sehingga saat ini. Berbagai pandangan samada positif dan negatif diberikan.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan khususnya Umno, usah lah berlebihan didalam memberi kenyataan yang bersifat negatif dengan mengaitkan berbagai kes-kes seperti yang terjadi didalam komponen BN itu sendiri antaranya kes CD lucah Dato Chua Soi Lek sendiri pada awal 2008 dahulu.

Kadang-kadang kenyataan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Umno terutamanya membuatkan kita boleh ketawa apatah lagi cuba mengaitkan isu atau soal moral yang kononnya tidak selari dengan hasrat Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri.

Sebagai contoh apabila Khir Toyo, mantan MB Selangor yang sehingga kini masih meroyan akibat kekalahan BN di Selangor mengaitkan kes ini serius. Memang kita tidak nafikan kes ini sekiranya benar melakukan kesilapan sedemikian sememangnya serius tetapi kita perlu melihat apa kes itu? Menurut kata Elizabeth Wong sendiri kes bogel ini dalam erti katanya yang sebenar bukan lah mengadakan hubungan seks atau berbogel telanjang bulat tetapi sekadar beberapa keping gambar yang dikatakan disiarkan hanyalah gambar beliau ketika tidur telah di ambil gambarnya oleh seseorang!

Pada pandangan Khir Toyo, beliau perlulah melepaskan jawatan samada exco ataupun sebagai adun juga kerana sebagai seorang adun yang dipilih oleh rakyat, kita perlu menjaga batas-batas moral kita. Khir Toyo cuba bercakap soal moral.....Moral dalam erti kata sebenar bukan hanya sekadar soal berlakon lucah atau berbogel atau mengadakan hubungan sulit semata-mata tetapi turut juga melibatkan soal sapu duit rakyat, rasuah sana sini serta kes penyalahan guna kuasa ketika menjadi MB dahulu!

Begitu juga apabila Cik Azalina Othman kita sorang ni, selaku Menteri Pelancongan juga begitu lantang mengecamnya didalam soal gambar bogel ini. Tetapi apakah suatu ketika dahulu Cik Azalina lupa yang dirinya turut menerima tempiasnya juga berkaitan isu moral apabila nama beliau di babitkan didalam kes lesbian serta hubungan sejenis apatah lagi ketika itu beliau mengetuai Pergerakan Puteri Umno? Bukan sedikit laporan serta dakwaan yang dibuat oleh anggota puteri umno terhadap beliau terhadap salah laku yang di dakwakan ini. Apakah ini bukan soal moral pada pandangan beliau?

Sekurang-kurangnya Elizabeth Wong ini berani membuat pernafian serta membuat laporan polis terhadap apa yang berlaku dan membiarkan polis menyiasatnya. Dengan laporan ini juga beliau telah membuktikan dirinya tidak takut menghadapi semua yang diperkatakan orang tetapi apakah kita pernah mendengar suatu masa dahulu Cik Azalina kita ini turut membuat laporan polis tentang dakwaan yang dibuat oleh anggota puteri terhadap beliau?

Siapa lagi didalam Umno terutamanya yang ingin memberi kenyataan tentang isu moral ini? Siapa lagi didalam Umno yang boleh dikatakan bersih? Sebagaimana kata Dato Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu..."Siapa kamu pemimpin Umno yang nak bercakap sangat soal moral ini? Kita tahu siapa kamu"

Sesungguhnya apa yang berlaku ini semua hanyalah kaitan politik BN yang jelas telah merancang segala-galanya demi ketidakpuasan hati sesetengah pemimpin yang berterusan meroyan dan gila di negeri Selangor ini....

Saturday, February 14, 2009

PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU : SPR DAN UMNO MACAM SENADA

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Salam pada semua,

Penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau telah ditetapkan semalam oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)pada 29 Mac 2009 dan 07 April 2009 ini. Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof semalam di pejabatnya di Putra Jaya.

Namun begitu pengumuman kedua-dua tarikh ini yang begitu lewat serta benar-benar memanfaatkan tempoh 60 hari kerusi Dun atau Parlimen mestilah diadakan, secara jelasnya mengikut telunjuk penentuan tarikh berdasarkan kehendak Umno terutamanya.

Ini kerana kebiasaannya SPR tidak akan menunggu lama untuk menentukan tarikh ini. Biasanya SPR menetapkan antara 2-3 minggu tarikh untuk penamaan calon dan tarikh mengundi selepas pengumuman dibuat, tetapi kali ini cukup berlainan sama sekali.

Penundaan kedua-dua tarikh ini yang begitu jauh sekali sehingga ke penghujung 60 hari yang ditetapkan berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, adalah disebabkan kerana pemilihan Umno pada 24-28 Mac 2009 nanti. Bagi Umno sekiranya tarikh untuk tujuan pilihanraya ini dipercepatkan sebelum atau terlalu hampir dengan Perhimpunan Agung Umno nanti, pasti ianya akan menjejaskan tumpuan perwakilan dan ahli Umno ke perhimpunan nanti apatah lagi ketika itu juga pemilihan merebut jawatan tertinggi Parti Umno akan turut berlangsung.

Walaupun ada penafian yang dibuat oleh pihak SPR tentang penglibatan daripada Umno untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat ini tetapi adakah penafian sudah cukup berdasarkan beberapa kes-kes sebelum ini yang begitu 'bias' pada Umno terutamanya melibatkan pimpinan tertinggi parti itu?

Keputusan SPR yang menolak usul Speaker DUN Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Perak terhadap perlunya diadakan pilihanraya kecil di Dun Behrang serta Dun Changkat Jering secara jelas telah menjejaskan reputasi SPR yang kini dipengerusikan oleh Pengerusinya yang baru. Apakah rakyat boleh terima penafiannya apabila mengatakan tiada penglibatan daripada Umno dan khususnya apabila nama Dato Sri Najib Razak juga dikaitkan didalam hal ini?

Rakyat kini sudah matang dan cerdik untuk menilainya. Berdasarkan apa yang berlaku apabila SPR menolak hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat Perak untuk pilihanraya kecil pada 2 minggu lepas tetiba sehari selepas itu Dato Sri Najib Razak mengumumkan acara melompat parti adun-adun PR ke BN dan pembentukan tiba-tiba kerajaan baru Perak di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Apa lagi yang boleh rakyat harapkan dengan jaminan mulut serta penafian-penafian seperti SPR katakan? Yang terang lagi bersuluh kini. Apa lagi yang akan dilakukan oleh Umno serta SPR selepas ini lebih-lebih lagi untuk menghadapi Pilihanraya kecil yang pastinya akan sengit apatah lagi berlaku di Perak dan Kedah?

Kita mungkin tidak tahu sekarang tetapi kita kena 'alert' serta bersikap mengambil tahu dan terus berwaspada di PRK ini. Kita perlu bersedia dan peka dengan lebih kehadapan lagi untuk menghadapi 'permainan' yang bakal di adakan nanti....bukan sekadar permainan di pentas pilihanraya kecil ini tetapi juga permainan yang lebih kearah 'silapmata' antara Umno / BN serta SPR juga.

Friday, February 13, 2009

VALENTINE'S DAY BUKAN TRADISI ISLAM!


Salam pada semua,

Esok 14 Februari : Saban tahun ulama dan cerdik pandai Islam akan memperingatkan umat Islam supaya menghindari daripada turut sama merayakan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day pada setiap 14 Februari pada setiap tahun, tetapi ternyata seruan itu seakan-akan tidak diendahkan langsung bagai mencurah air ke daun keladi.

Kita sedih melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga, malahan sentiasa menunggunya setiap tahun. Satu persatu budaya ‘jahiliyah moden’ Barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan setiap 14 Februari pada setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripa sumber Kristian.

Jadi ianya sangat bercanggah dengan Islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini agar tidak mudah terjerumus sama kedalam situasi yang boleh mengugat iman.

Berdasarkan sumber sejarah asal usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan. Persoalannya kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat meraikannya?

Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah. Ingatlah pesanan (Hadis) Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu.”

Sekarang kita tinjau beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 telah menyatakan:
“Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiah yang bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri meraikan hari itu.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H @ 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, telah menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.

Sepatutnya budaya positif dari Barat wajar diteladani seperti aspek kebersihan, dedikasi bekerja dan budaya cintakan ilmu pengetahuan dan bukannya budaya berseronok seperti Hari Kekasih kita masukkan sama didalam takwim perayaan kita. Jangan biarkan diri terus menjauhi dengan budaya Melayu dan nilai agama Islam itu sendiri. Kesannya sangat buruk kepada keperibadian bangsa dan identiti negara.

Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam, terutamanya dalam meraikan hari tertentu boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan. Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat.

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: "Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan." Oleh itu renungkan lah kembali wahai generasi muda....

TARIF ELEKTRIK: PATUT TURUN LEBIH LAGI

Gambar Dato Shaziman Abu Mansor

Salam pada semua,

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Tenaga Air dan Komunikasi , Dato Shaziman Abu Mansor semalam tentang penurunan tariff elektrik amatlah dialu-alukan walaupun keputusan ini sepatutnya sudah lama diumumkan apatah lagi didalam kedudukan harga pasaran minyak dunia telah hampir 3 bulan menyusut.

Namun begitu dengan kadar purata 3.7% kepada 31.3 sen kWj daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini adalah dikira sebagai tidak munasabah sama sekali kerana pada hakikatnya harga tariff tersebut boleh diturunkan lagi sehingga ke paras yang sepatutnya. Penurunan ini akan melibatkan hampir 5.2 juta pengguna Domestik dan 1 juta pengguna Komersil serta 800 ribu pengguna Industri.

Kesan penurunan ini terutamanya kepada pengguna Domestik sudah pasti akan melegakan rakyat terutama bawahan. Walaupun penurunan ini hanya sekitar 2.54% tetapi langkah yang lebih baik sepatutnya dibuat apatah lagi kini kita berada didalam suasana ekonomi global tidak begitu baik. Dengan penurunan yang lebih tinggi lagi sudah tentulah itu yang diharapkan oleh rakyat.

Pengumuman yang dibuat juga tetap diteruskan walaupun pada sebelum ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah meminta kerajaan mengkaji semula kos besar yang terpaksa dibayarnya kepada pengeluar penjana bebas (IPP) sebelum mengurangkan tariff elektrik.

Sementara itu diberitakan juga pengeluar penjana bebas (IPP) tetap membantah cadangan kaji semula perjanjian belian kuasa (PPA). Ini kerana ianya dilihat bertentangan dengan keputusan kerajaan pada September tahun lepas untuk menangguhkan rundingan sedemikian sementara menunggu keputusan keptusan pemeriksaan semula lengkap sektor elektrik.

Sementara itu juga langkah kerajaan untuk member khidmat percuma kepada pengguna dibawah RM 20 sebulan juga tetap disambut baik terutamanya kepada penduduk desa dan kampung. Namun begitu langkah pemberian percuma ini hanyalah sehingga 31 Disember 2009 adalah satu keputusan yang kurang wajar apatah lagi kebajikan rakyat bawahan juga perlu dititik beratkan.

Kenapa kerajaan tidak berani untuk meneruskan dasar percuma ini sampai bila-bila walaupun kerajaan terpaksa menampung perbelanjaan yang lebih bagi membayar penggunaan percuma itu?

Sebagai kerajaan yang selalu mendakwa mengutamakan kebajikan rakyat, apakah dengan perkhidmatan percuma sebanyak RM 20 ini juga boleh menjejaskan hasil kutipan kerajaan? Saya berpandangan kerajaan perlu meneruskan sampai bila-bila perkhidmatan seperti ini apatah lagi mengambil kira suasana ekonomi kini kurang memberangsangkan.

Kerajaan seharusnya mengambil langkah berjimat cermat bukan dengan mengurangkan kebajikan kepada rakyat bawahan yang memerlukan tetapi mesti mengurangkan perbelanjaan yang melibatkan aktiviti-aktiviti pemimpinnya yang terdiri daripada pemimpin Umno dan BN terutamanya!

Didalam hal membantu rakyat, kerajaan usah takut serta terlalu memikirkan kerugian semata-mata. Kehidupan rakyat yang memerlukan jaminan baik didalam berbagai hal itulah septutnya diambil kira, bukan hanya menjaga perut beberapa orang tertentu sahaja.

EXCO DAN PORTFOLIO PERAK PINCANG!

Gambar YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir, 'MB' Pimpinan BN Perak sekarang

Salam pada semua,

Apa rasionalnya apabila Menteri Besar Perak yang baru Dato Dr Zambry Abd Kadir melantik 4 Penasihat yang bertaraf Exco negeri sedangkan masih terdapat 4 kekosongan Exco yang sepatutnya diisi menjadi 10 barisan Exconya?

Dengan 6 exco yang lain telah diisi jawatannya turut memperlihatkan kepada kita tentang ‘kepincangannya’ apabila negeri Perak yang besar mempunyai 59 kerusi DUN hanya mempunyai 6 exco sahaja sedangkan negeri Perlis yang mempunyai 15 DUN sahaja pun telah mempunyai 6 exconya tersendiri. Dimanakah kewajaran MB yang baru ini apabila membuat keputusan yang pelik apatah lagi turut mengumumkan 4 penasihatnya bertaraf exco semata-mata ingin memenuhi hati setiap parti komponen BN di Perak.

Bagi saya dengan nisbah 6 exco pada 59 DUN adalah begitu janggal serta boleh mengakibatkan beban Portfolio masing-masing akan turut bertambah apatah lagi MB sendiri turut menyandang 8 potfolio serta exconya antara 2 hingga 6 portfolio yang harus dipegang.

Bukankah ini dinamakan satu tindakan yang bodoh dibuat oleh seorang MB sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk melantik sehingga 10 barisan exconya? Memang benar, ramai yang beranggapan sekiranya beliau melantik lagi 4 exconya sudah tentu juga akan dipegang daripada Umno kerana tiada lagi adun-adun daripada komponen BN lain yang memenangi kerusi dun di PRU 12 dahulu.

Tetapi kewajaran samada perlu melantik lagi ataupun tidak 4 lagi exco walaupun daripada Umno tetap perlu diteruskan kerana ini melibatkan pentadbiran kerajaan negeri yang sepatutnya tugas tersebut perlu disandang kepada setiap exco.

Perlantikan penasihat yang bertaraf exco juga perlu dinilai juga walaupun ianya perlu dilantik apatah lagi didalam konteks negeri Perak sekarang dengan mempunyai 27 adun Umno serta seorang adun MCA serta tiada langsung kelibat kerusi daripada MIC! Apakah perlunya tugas-tugas yang diberikan kepada penasihat tersebut sekiranya pada masa yang sama exco yang sedia ada telah memegang portfolio tersebut?

Contohnya MB sendiri telah memegang portfolio Agama tetapi pada masa yang sama YB Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz turut diberi tugas sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama? Begitu juga dengan peranan yang diberikan kepada Dato Chang Ko Youn daripada parti Gerakan yang mempunyai tugas yang hampir sama dengan Exco Dr Mah Hang Soon selaku wakil Hal Ehwal Bukan Islam dan secara tidak langsung sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina?

Apa perlunya lagi Penasihat MB, Dato Hamdi Abu Bakar yang berperanan sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak sedangkan dalam masa yang sama Dato Saarani Mohamad turut memegang portfolio Penerangan negeri?

Bagi saya, portfolio-portfolio yang diisi oleh barisan exco kerajaan baru negeri Perak begitu ‘bercelaru’ dan wujudnya pertindihan tugas sesame sendiri. Suatu kehairanan juga apabila 4 kekosongan exco ini seolah-olahnya saja dibiarkan kosong sebagai satu ‘umpan’ kepada Adun-adun daripada Pakatan Rakyat sekiranya mereka melompat ke Barisan Nasional. Dimanakah sifat pertanggungjawaban kerajaan negeri yang baru ini sekiranya 4 exco ini dibiarkan kosong kerana tugas menguruskan negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Wednesday, February 11, 2009

POLITIK UMNO: SUARA KEADILAN & HARAKAH JADI MANGSA?

Ketua Penerangan PKR, YB Sdr Tian Chua

YB Dato Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS

Ketua Pengarang Harakah, Sdr Lutfi Othman

Salam pada semua,

Kesan pergolakan politik masa kini di negeri Perak sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada akhbar-akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan juga Harakah keluaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Semalaysia (PAS).

Hakikat yang perlu kita akui kini ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajui oleh Menterinya YB Dato Seri Syed Hamid Albar telah mula melakukan siri rampasan akhbar-akhbar alternatif. Tindakan merampas 2 akhbar alternatif utama di negara ini telah mula menimbulkan persoalan kepada rakyat terutamanya didalam menyampaikan info-info terbaru yang lebih tepat dan menyakini rakyat berbanding akhbar-akhbar utama yang lain seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut sumber, pihak KDN bertindak merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor. Ini kerana bagi menutup peluang para pembaca terutamanya yang berada dinegeri berhampiran Perak dari terus mendapatkan maklumat secara tepat apatah lagi dengan tahap kesedaran politik dinegeri-negEri ini semakin meningkat sejak PRU 12 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak. Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan."

Beliau juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Manakala Ketua pengarang Harakah Sdr Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, "pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.
Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam yang diedarkan mulai hujung minggu lepas dicetak."


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan, Sdr Tian Chua, Menteri KDN Dato Sri Syed Hamid Albar telah memberi jaminan tidak akan menganggu terbitan rasmi Parti KeADILan Rakyat, selagi Suara Keadilan mempunyai permit tetapi apa yang berlaku kini amat berbeza dengan jaminan yang dierikan oleh menteri berkenaa.

“Saya telah berkali bertemu Menteri (Dalam Negeri) dan beliau (Syed Hamid) sendiri telah memberi jaminan, selagi beliau menjadi menteri, beliau mengambil sikap yang agak liberal untuk membenarkan pelbagai suara. Serta kita tidak akan hadapi ganguan dari KDN,”

Sementara menurut Setiausaha Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, " operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu."

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

Tetapi masalahnya kenapa begitu tergesa-gesa tindakan daripada pihak KDN ini? Apakah ini satu arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan agar rampasan kedua-dua akhbar ini perlu dilakukan segera didalam minggu ini kerana ingin menutup peluang daripada rakyat mendapatkan maklumat terkini terutamanya di Perak serta perkembangan 2 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau yang bakal diadakan nanti?

Kenapa pihak pemerintah yang diterajui oleh Umno begitu takut kepada rakyat daripada menerima maklumat terbaru? Apakah dengan sekatan serta rampasan akhbar ini maka rakyat tidak lagi mampu berfikir serta memperolehi maklumat dari sumber yang lain?

Fikirkanlah sendiri...sesungguhnya tindakan sebegini lagi menyerlahkan sikap Umno dan Barisan Nasional didalam menghadapi protes rakyat....

KARPAL SINGH BERANI KERANA UMNO!

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

YB Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan

YBM Tengku Razaleigh Hamzah (KU LI), Mantan Presiden Semangat 46

Dato Sri Hishamuddin Hussen, Menteri Pelajaran Malaysia

Menantu PM, Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia

Salam pada semua,

Sudah hampir 4 hari suratkhabar terutamanya Utusan Malaysia menyiarkan betapa 'orang melayu' kononnya bangun mengamuk dengan mengadakan berbagai demo di seluruh negara kerana marahkan Karpal Singh serta Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat dibabitkan sama dalam hal ini kata Umno? ) menghina sultan.

Aku kadang-kadang terfikir, haruskah perkara-perkara seperti ini boleh berbangkit lagi apatah lagi selepas 52 tahun kita merdeka? Kadang-kadang semacam peliknya apabila yang mengapi-apikan diseluruh negara kini tentang perkara ini ialah Umno dan surat khabar Utusan Malaysia sendiri tetapi dalam masa yang sama juga mereka ini menyeru kearah perpaduan rakyat diseluruh negara?

Umno seolah lupa, siapa yang lebih bersikap perkauman berbanding parti-parti lain terutamanya Pakatan Rakyat? Umno sememangnya begitu suka membangkitkan soal kemarahan rakyat terutamanya orang melayu terhadap kaum lain dengan membangkitkan beberapa isu yang besar seperti isu agama, ketuanan melayu serta isu raja-raja melayu.

Tetapi apabila disiarkan didalam akhbar Utusan Malaysia hari ini apabila di tanya kepada Karpal Singh kenapa beliau mahu dan masih berkeras ingin menyaman Tuanku Paduka Seri Sultan Perak, jawapan beliau cukup mudah kerana berdasarkan apa yang diperuntukan didalam pindaan perlembagaan melibatkan kuasa raja-raja pada tahun 1993,

"Selepas tahun 1993, perlembagaan persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan dimana secara jelas menyatakan raja-raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah. Perlembagaan yang dipinda itu telah memperuntukkan sedemikian. Bukan saya yang menentukannya. Saya tahu apa yang saya perkatakan"

Itulah alasan Karpal Singh terhadap hasrat beliau untuk meneruskan saman terhadap Sultan Perak.

Apa yang saya ingin bangkitkan ialah siapakah disini yang telah meminda perlembagaan serta mengurangkan imuniti raja-raja Melayu ini kalau tidak UMNO? Kerana Umno lah maka kaum bukan melayu seperti karpal Singh ini begitu berani dan lantang ingin menyaman tuanku Sultan Perak.

Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada pendemo-pendemo Umno terutamanya yang kononnya mempertahankan kadaulatan raja-raja Melayu. Siapakah yang begitu beria-ria membuat pindaan ini suatu ketika dahulu pada tahun 1993? Umno dan Barisan Nasional lah orangnya. Saya masih ingat ketika itu bagaimana YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Parti Melayu Semangat 46 dan Almarhum Presiden Pas Ustaz Fadzil Noor sendiri tidak bersetuju untuk meminda perlembagaan yang jelas memperuntukkan kekebalan raja-raja Melayu kerana bimbangkan perkara seperti ini lah yang akan berlaku suatu hari nanti.

Nah! sekarang sudah terbukti kini. Gara-gara kerja Umno terutamanya yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan rakyat kononnya telah melakukan kesilapan besar. Pemimpin umno ketika itu hanya memikirkan tembolok masing-masing sahaja tanpa mengambil kira risiko terhadap institusi raja-raja Melayu. Apa lagi yang Umno boleh berbangga konon mempertahankan raja-raja? Apa sudah jadi kes penghinaan terhadap Kesultanan Terengganu yang terang-terang dan jelas menghina Tuanku Sultan Terengganu dengan kesat!

Selepas 10 bulan kes itu berlaku, dimanakah kesudahananya sekarang? terus diam! Dimana Khairy Jamaluddin, Hishamuddin Hussein, Azeez Putera Umno serta beberapa orang lagi yang kini lantang memainkan isu ini sekarang? Kenapa tidak mempertahankan Sultan Terengganu ketika di kata dengan caci nista berpandukan kain rentang yang di bawa oleh orang UMNO sendiri didalam membantah perlantikan MB Terengganu yang baru?
Saya yakin, tiada satu permohonan maaf pun telah dibuat kepada Tuanku Sultan Terengganu hingga kini.

Umno lah yang sepatutnya dipersalahkan didalam hal Karpal Singh mahu menyaman Sultan. Kerana Umno lah puncanya yang meminda perlembagaan berkaitan dengan institusi raja-raja Melayu yang mahu mengurangkan kekebalan raja serta Umno jugalah yang memandai-mandai mewujudkan mahkamah khas. Semuaa kerana Umno punya kerja...

Saya sebagai orang melayu beragama Islam tetap mempertahankan Institusi Raja-raja melayu ini. Selaras dengan peruntukan didalam perlembagaan negara kita, menjunjung kasih kepada Duli Tuanku. Saya bersetuju sebagaimana yang diperkatakan oleh Tn Guru Hj Hadi, Presiden Pas tempohari bahawa Pakatan Rakyat tetap dan akan mempertahankan institusi raja-raja melayu ini selaras dengan prinsip demokrasi yang ada.

Jadi marilah kita berfikir, Umno punca segala-galanya didalam kekusutan ini dan didalam masa yang sama juga sikap Karpal Singh untuk meneruskan saman itu juga harus dihentikan! Daulat Tuanku!