Saturday, February 7, 2009

MB NS: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Gambar MB Negeri Sembilan, YAB Dato'Sri Mohamad Hassan

Salam pada semua,

Dalam Utusan Malaysia hari ini 7 Februari 2009 di mukasurat 12 melaporkan Dato Sri Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan mengumumkan sidang Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan diadakan 2 kali seminggu. Berita ini juga melaporkan perubahan daripada sekali seminggu menjadi 2 kali seminggu untuk tujuan tersebut telah mencipta ‘sejarah’ bukan sahaja kepada Negeri Sembilan malahan kepada Negara kerana ini adalah yang pertama melakukannya.

Alasan yang diberikan adalah kerana sebagai satu cara bagi memastikan semua jabatan di negeri ini dapat berjalan dengan baik bagi mengelak sebarang kelewatan untuk memutuskan sesuatu urursan yng berhubungkait dengan rakyat....(konon-kononnya). Langkah ini rupanya telah dijalankan sejak Disember tahun lepas tetapi telah dibuat secara tidak formal bagi membolehkan masalah rakyat serta kelulusan dapat diberikan keutamaan.

Mesyuarat Exco ini akan diadakan setiasa Rabu dan Jumaat sudah ‘pasti’ dapat menyelesaikan beberapa perkara dengan cepat berbanding kebiasaannya terpaksa mendapat kelulusan mesyuarat Exco pada minggu hadapan. Menurut beliau lagi, langkah ini juga selaras dengan piagam kerajaan negeri agar semua urursan melibatkan jabatan kerajaan negeri dapat disegerakan bagi membolehkan segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan.

Secara peribadi saya melihat keputusan yang dibuat ini hanyalah untuk menutup kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan MB ini sendiri. Mungkin pada firasat beliau, dengan mengadakan mesyuarat exco 2 kali dalam seminggu mampu menyelesaikan banyak kerja yang tertangguh. Namun apabila kita membandingkan dengan kerajaan negeri-negeri lain yang lebih maju serta hebat terutama dibawah Pakatan Rakyat (PR), apalah sangat pada Negeri Sembilan?

Buatlah banyak mana mesyuarat exco pun, buat lah berbagai piagam pun, tetapi kalau ‘mindset’ kakitangan itu sendiri tidak mampu ditukarkan maka ianya tetap gagal. Hujah kita amat jelas dalam hal ini, kalau tidak kerana adanya unsur-unsur politik saya pasti mesyuarat exco 2 kali seminggu ini tidak akan dibuat pun! Percayalah....

Apakah kerana masalah rakyat yang perlu diutamakan maka beliau selaku MB perlu membuat keputusan sedemikian? Apakah selama ini kerajaan pimpinan beliau atau pimpinan yang lain yang tetap sejak 52 tahun dulu BN yang memimpinnya tidak berbuat sesuatu demi rakyat negeri itu? Sebab itu saya berkayakinan penuh disamping kata beliau tadi kerana hubungkait dengan rakyat, unsur-unsur politik juga terutamanya kepentingan mereka sendiri adalah punca utama berbuat demikian!

Mungkin juga keputusan ini ada hubungkait untuk ‘merapatkan’ barisan Exco serta memantau secara tidak langsung adun-adun Negeri Sembilan apatah lagi didalam suasana negeri ini yang turut dikaitkan episode ‘lompat melompat’ adun. Dengan cara mengadakan mesyuarat exco 2 kali seminggu ini, sekurang-kurangnya beliau selaku MB masih boleh berjumpa dan berdepan dengan exco-exco beliau setiap 2 kali seminggu sekurang-kurangnya. Disamping itu juga mudah untuk beliau ‘bertanya khabar’ adun-adun yang lain menerusi wakil exco parti-parti komponen Bn di negeri tersebut.

Kalau hendak dikirakan tentang permasalahan rakyat yang perlu diselesaikan, saya rasa smpai bila-bila pun tidak berjaya menyelesaikan kerana ini sudah semestinya sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat itu lah tugasnya sebagai seorang adun. Soal menunggu atau perlu mengambil masa yang lama untuk bermesyuarat pada minggu seterusnya bukanlah perkara asas melainkan sekiranya ada hanyalah untuk menyelesaikan apa yang dikatakan ada hubungkait dengan rakyat itu sendiri hanyalah dalam ertikata rakyat yang berada didalam ‘lingkungan wakil rakyat’ itu sendiri.

Berbalik dengan apa yang di ertikan oleh saya di awal tadi mesyuarat 2 kali ini mungkin juga bertujuan untuk memantau sesame exco. Mungkin orang akan berpandangan tidak mungkin pula exco beliau sendiri akan turut untuk melibatkan diri dengan acara lompat melompat ke Pakatan Rakyat kerana dirinya sudah seorang exco pula!

Sejarah tidak pernah melupakan kita, hanya kita terutamanya Umno dan Barisan Nasional yang selalu melupakan serta buat-buat lupa tentang sejarah. Terbaru, 4 hari lepas sejarah baru dilakarkan di Perak apabila 2 orang Exco dan seorang Timbalan Speaker Dun Perak dari Pakatan Rakyat melompat kononnya menjadi ‘wakil Bebas’ tetapi memberi serta menyokong penuh kepada BN walaupun ketiga-tiga mereka ini berjawatan dalam Pakatan Rakyat serta sentiasa boleh dikatakan seminggu sekali berjumpa dengan BM Pakatan Rakyat dulu.

Tetapi itulah BN, yang sentiasa penuh dengan agenda untuk ‘mekelentong’ rakyat dengan berbagai tafsiran menurut versi mereka agar mudah dipercayai serta sedap di dengar ketika mendendangkannya kepada rakyat....ye ...kerajaan pimpinan BN memang ‘mengutamakan’ rakyat!

1 comment:

afna said...

Larat ke depa asyik nak bermesyuarat je sampai 2x seminggu. Tu baru mesyuarat exco, belum masuk mesyuarat post exco, jawatankuasa itu jawatankuasa ini, mesyuarat dgn jkkk lagi...sudahnya jadi NATO (no action talk only)...