Friday, February 6, 2009

ADUN BEHRANG: BUKAN SEBARANG 'CABUK'

Gambar Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi

Salam pada semua,

Setiap individu yang dilahirkan didunia ini diberi kelebihan masing-masing dengan berbagai peranan yang dimainkan oleh individu tersebut itu sendiri. Kita sebagai insan juga tidak boleh mengambil sikap memperkecilkan kemampuan (under estimate) terhadap individu tersebut. Kemampuan individu didunia ini kebiasaannya dinilai berdasarkan tahap pendidikan disusuli dengan karier atau pekerjaan seseorang individu tersebut.

Sebagai contoh, pekerjaan sebagai posmen selalu dipandang sebagai orang yang mempunyai tugas yang mulia terutamanya di kawasan luar bandar kerana pekerjaan ini memudahkan seseorang posmen tersebut menjadi lebih dekat kepada masyarakat terutamanya di kampong atau desa.

Secara amnya tugas posmen yang selalu difikirkan oleh masyarakat ialah sebagai penghantar surat sahaja. Berbagai surat yang penting selalunya akan sampai kepada kita samada surat itu surat panggilan temuduga, surat dapat kerja, surat tawaran kemasukan ke Universiti dan berbagai lagi jenis surat atau bungkusan termasuklah bil telefon, Astro, surat hutang kad kredit, surat bayaran kereta, surat-surat saman atau surat panggilan ke mahkamah!

Namun begitu tugas posmen selalu juga dipandang sinis oleh masyarakat peringkat pertengahan sebagai pekerjaan peringkat rendah dibandingkan dengan mereka ini sedangkan hakikat sebenar mereka ini lupa tanpa posmen siapalah yang akan menghantar surat ini kepada mereka diperingkat pertengahan tersebut?

Pandangan sinis ini lagi akan lebih terbukti sinisnya apabila ada sesetengah antara kita masyarakat Malaysia mengetahui berlakunya ‘ketidakjujuran dan amanahnya’ para posmen ini apabila posmen ini melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang posmen! Ini kerana kerana posmen ini juga lah yang memungkinkan kita sebagai rakyat akan gagal memasuki Universiti kerana ketidakjujuran dan amanahnya posmen ini untuk menghantar kepada kita surat panggilan ke university kerana adanya posmen yang tidak jujur ini telah membuang segala macam jenis surat kita kedalam sungai!

Dan kerana posmen yang tidak jujur dan amanah ini juga lah akan memungkinkan kita tidak dapat tawaran kerja atau panggilan temuduga kerja kerana dek perbuatan posmen yang tidak amanah ini telah membuang surat-surat penting kita ke dalam paya atau di buang di semak-semak atau mungkin juga dibakar! Perkara ini telah terbukti berlaku kira-kira 4-5 tahun dulu di Kuantan dan juga di Alor Setar apabila ianya disiarkan didalam media arus perdana Negara ini betapa tidak amanahnya segelintir posmen jenis ini terhadap diri sendiri dan rakyat jelata!

Kerana apa perkara ini boleh berlaku walaupun hanya segelintir sahaja yang melakukannnya? Ini tidak lain dan tidak bukan apabila terdapat sesetengah antara kita yang mungkin terlalu melampau 'under estimated’ terhadap diri individu ini dengan beranggapan dan memikirkan individu seperti ini tidak mungkin mampu melakukan sejauh ini ‘kerja-kerja’ jahat dan khianat itu. Kadang-kadang kita selalu dengar bagaimana masyarakat peringkat pertengahan ini juga sanggup menggelarkan mereka sebagai ‘posmen cabuk’ sahaja. Kita juga sudah terbiasa dengan gelaran cikgu cabuk, askar cabuk, kerani cabuk dan berbagai jenis cabuk lagi yang selalu dihubungkaitkan dengan pekerjaan individu seperti ini.

Tetapi cabuk bukan sebarang cabuk rupanya....kerana wujudnya posmen yang jenis sebeginilah juga telah membuktikan kepada kita satu Malaysia dalam 2-3 hari ini apabila Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tumbang gara-gara angkara yang dibuat oleh salah seorang mantan posmen cabuk!

Tindakan yang dibuat oleh mantan posmen cabuk ini yang juga salah seorang Exco Kerajaan PR Perak telah membuktikan kepada kita hari ini, pada beliau (diri Exco ini) setakat gagal menghantar kepada kita surat-surat penting seperti panggilan temuduga, kerja atau surat tawaran masuk universiti individu ini dengan selamba saja boleh dilakukan dengan membuang surat-surat penting itu ke sungai atau membakarnya sahaja apatah lagi pulak sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan pimpinan PR di Perak?

Tetapi itulah hakikatnya, YB Jamaluddin Mohd Radzi selaku Adun Behrang telah membuktikan kepada seluruh rakyat perak terutamanya dan Malaysia amnya, mantan posmen cabuk seperti beliau boleh melakukan ‘lebih’ lagi daripada setakat membuang surat ke dalam semak atau sungai!.

Gara-gara tindakan bodoh dan bangang serta sikap tamak haloba dan dengki mungkin terhadap kehebatan individu lain didalam barisan adun-adun PR di Perak maka sanggup untuk beliau bersengkokol bersama Barisan Nasional (BN) dan seterusnya meruntuhkan kerajaan PR yang dinaunginya bersama sebelum ini dan memberi laluan pula kepada BN untuk memimpin kerajaan Perak.....Fikir-fikirkanlah, cabuk bukan sebarangan, terbukti kini!

2 comments:

afna said...

harap-harap lepas ni jgn pulak ada inginiur cabuk, doktor cabuk, loyar cabuk hatta ustaz cabuk yg akan membuat onar yg serupa dimana-mana negeri PR yg lain.Aku cukup cuak dah sekarang ni, tambah lagi dengan pakar motivasi cabuk !!!

INGENIUR said...

Insya Allah....sejak 98 bersama reformasi diri tetap sama lagi mcm dulu...