Gambar 1) Ketua Bahagian UMNO Cheras
Gambar 2) Menteri Pelancongan Malaysia
Salam pada semua,
Hari ini akhbar-akhbar utama seluruh Negara memaparkan situasi ‘tidak aman’ dengan rusuhan dan demonstrasi jalanan yang berlaku di negeri Perak. Berbagai reaksi serta komen yang diperkatakan yang rata-ratanya member komen yang cukup negative serta kurang menyenangkan.
Menteri Pelancongan yang juga pemegang tali pinggang hitam Dan 9 Tae Kwan Do, Dato Sri Azalina Othman ketika member komen antara lain berkata, “Jika Dato Sri Nizar Jamaluddin dan barisan ‘exconya’ sudah tidak yakin terhadap kedaulatan raja-raja, saya cabar mereka untuk keluar dari Negara kita”. Begitu angkuh sekali pandangan menteri yang masih lagi berstatus ‘Cik’ sehingga kini didalam mengeluarkan kata-katanya. Apakah beliau ingat Malaysia ini hanya Negara beliau dan ahli-ahli Umno serta BN saja ke yang begitu mudah menghalau orang lain? Macam negara ini hak milik dia sekeluarga saja rupanya...
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula mengesyorkan agar anugerah Dato Seri yang di anugerahkan kepada mantan MB Perak (mengikut versi BN) Dato Sri Nizar Jamaluddin di tarik serta merta oleh Paduka Seri Sultan Perak. “ Ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap sesiapa yang melanggar titah raja-raja sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar. Perbuatan beliau yang tidak mahu meletakkan jawatan sebagaimana titah sultan amatlah dikesali”. Syor yang dibuat oleh Ketua Umno Cheras ini umpama lebih kuah dari sudu!
Manakala NGO Gagasan Melayu Perak yang diketuai oleh Dato Sri Helmi Ismail ketika dihubungi turut memberi komen yang kurang ajar kepada Dato Sri Nizar ini antara lain mengatakan, “ GMP berpendapat tindakan beliau itu seolah mengajar agar rakyat di Perak bersikap kurang ajar kerana sikap ini tidak sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang dalam masyarakat majmuk di negeri ini”. Kenyataan Presiden GMP ini yang juga merupakan bekas wakil rakyat Umno suatu ketika dulu jelas menunjukkan beliau juga tidak faham kenapa perkara ini semua boleh berlaku?
Kalau ketidakpuashatian rakyat serta ahli-ahli Pakatan Rakyat berlaku apatah lagi sekiranya menyentuh sedikit sebanyak institusi raja dinegara ini ‘waima’ sekelumit sahaja bunyinya maka seluruh Negara di hebahkan tentang kebiadapan ini kepada umum serta di ulas dengan pelbagai komen yang tidak langsung adil serta sedap didengar.
Umumnya mengetahui selepas PRU 12 2008 dahulu, siapa lagi biadap terhadap institusi raja-raja melayu kalau tidak Umno itu sendiri?
Masihkah kita ingat bagaimana kain rentang yang dinaikkan serta di bawa ketika perarakan ke Istana di Kuala Terengganu bagi membantah perlantikan MB Terengganu Dato Ahmad Said yang juga sah-sah seorang Adun Umno/BN? Masihkah kita ingat apa yang ditulis pada kain rentang tersebut yang tidak lain tidak bukan mengecam terhadap institusi raja melayu? Kain rentang yang bertulis ‘KAMI NAK DERIS NATANG’ jelas secara terbuka dan kurang ajarnya ahli-ahli serta penyokong Umno dan BN ini terhadap institusi Kesultanan Terengganu.
Namun begitu selepas 11 bulan sejak Mac 2008, kemanakah isu ini dibawa? Kenapa sehingga kini tiada tindakan kepada mereka ini diambil? Kenapa tidak walau seorang pun baik wakil rakyat biasa BN sehingga bertaraf menteri malahan Perdana Meneteri pun tidak memberi komen apatah lagi memohon maaf secera terbuka kepada sultan? Tiada bukan?
Inikah Umno sebagai parti berteraskan melayu bumiputra kononnya sebagai pembela kepada institusi raja melayu yang langsung tidak mahu bertanggungjawab didalam isu yang berlaku di Kuala Terengganu dulu? Siapa dan dimanakah mereka ini seperti Dato Sri Azalina, Dato Sri Helmi, Dato Syed Ali Alhabshee atau yang sewaktu dengannya puak-puak Umno ini ketika kesultanan Terengganu di hina sedemikian?
YB Presiden Pas Tn Guru Hj Hadi ketika memberi komen di kediaman rasmi MB Perak kelmarin berulang kali berkata, Pakatan Rakyat menjunjung prinsip demokrasi dan raja perlembagaan walau apa cara sekali pun sebagaimana yang termaktub didalam perlembagaan persekutuan. Itu lah menggambarkan disini siapa yang jujur serta sayang kepada institusi raja ini.
Sebab itu segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Dato Seri Nizar Jamaluddin seolah-olah beliau seorang penderhaka terhadap Paduka Seri Sultan adalah begitu berat sekali tuduhan terutamanya sebagaimana yang dibuat oleh Umno itu sendiri. Jadi marilah kita berfikir bersama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment